3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

21 July 2008

Kerana Saya Manusia, bukan Robot


Hari ini bermula dengan agak baik bagi saya. Harap2nya sampai malam nanti jadi baik juga, bukan terbalik. :) Here goes my 3rd Combo. :P


BATMAN vs SPIDERMAN




Tayangan Batman The Dark Knight telah mencatatkan 155.34 juta dolar US dalam masa dua hari tayangannya, mengatasi rekod Spiderman 3.




Dalam artikel dari Yahoo, ada yang berpendapat bahawa tayangan ini mungkin menjadi sangat "tebaboom" tempias dari mendiang Heath Ledger . Watak Joker yang misterius, yang dibawakannya, memberikan satu warna baru kepada siri Batman. Setau saya, siri-siri Batman sebelum ini tak pernah yang hit seperti ini.




Kenapa saya tulis tentang Batman? Sebab saya pernah minat Batman masa kecik dulu. (Dan sekarang pun rasanya. Sanggup tangguh makan malam sebab nak tengok Batman: the mask of the phantom sampai abis, sabtu lepas :P )




Bagi saya, walaupun Batman tak berapa sempurna, dia adalah contoh (walau ia bukan realiti) kepada:




1) orang kaya (baca:budak yang bapak dia kaya), walaupun diorang sengal kadang2, diorang ni ada satu sifat yang identikal - dorang lonely. Kawan2 dorang tu datang sebab dorang ada duit je.




2) bila dorang jumpa something good in someone, dorang akan fight for that someone.




3) Batman adalah contoh orang kaya yang menggunakan teknologi dan duit untuk kebaikan. (Yup, selain Iron Man dan Green Arrow). Sebab banyak orang kaya yang tak tahu nak buat apa dengan duit dorang dan ended up being sarcastically demeaning their value -eg , membazir beli menda tah apa2.beli keta sampai 10, bukan pakai semua pun.)




4) Batman menggunakan martial art yang pelbagai bagi mempertahankan diri dan orang lain. Dan beliau belajar. Bukan digigit kelawar atau terkena cosmic ray, dan bukan dari planet lain. Memberikan kita semacam harapan, kalau kita nak something, we have to earn it the hard way. Cuma dengan cara ini kita akan menghargainya.




5) Batman juga manusia yang penuh dengan emosi (takut, dendam, marah). Namun beliau mampu mengawal emosinya dan menyalurkan emosi tersebut menjadi penggerak kepada siapa beliau sekarang - memilih untuk membantu mengurangkan kadar jenayah dengan caranya tersendiri, bukan menjadi pembunuh@perogol bersiri.




6) Oleh kerana Batman tidak mempunyai kuasa luar biasa, beliau jarang memusnahkan harta benda awam dengan kesan laser, ais, atau letupan, atau mencemarkan bangunan dengan untaian sarang labah2 yang pastinya mengurangkan nilai estetika bangunan (bangunan baru jadi buruk sebab ada sarang labah2).




Oleh itu, marilah kita menonton The Dark Knight bersama2 kawan2 kita yang sekepala. Hihi :p




Islam dan Realiti Mualaf




Satu perkara yang orang Islam tak semuanya rasa - Masuk Islam.




Betapa susahnya orang yang mencari kebenaran, akan terasa semakin susahnya sebaik masuk Islam atas dua perkara :




1) mereka berdepan dengan masalah baru.


Pasti tidak ada langsung saudara baru kita yang mengadu masalahnya selesai bila masuk Islam. Masalah apa? yang pasti, bukan masalah tak cukup makan, atau minyak keta tak cukup. Tapi masalah lebih besar dari itu - penerimaan keluarga satu hal, penerimaan masyarakat pun satu hal juga. Specifically, masyarakat Muslim kita adalah masyarakat yang Muslim secara warisan. Jadi mereka tak merasa apa yang dirasa saudara baru ini. Mereka tak akan faham, sebab itu mereka buat2 faham.. Ini cuma dua masalah dari berpuluh2 masalah yang bakal mereka hadapi. Mahukah anda ringankan beban mereka?




2) mereka kehilangan arah.


Minggu pertama mereka masuk Islam, ramai yang menghulur bantuan. Ramai juga datang yang menghulurkan kalungan tahniah. Dan lain2 (yang anda boleh fikir atau bayangkan sendiri).




Masuk minggu kedua, orang2 yang tadi semuanya terus hilang. Dan mereka sendiri pun hilang. Tak ketahuan.




Lama kelamaan, reverted tu old way of living, walau beragamakan Islam pada kulitnya.




Saya tak mahu menyalahkan sesiapa. Tapi saya membawa beberapa pandangan, berupa cadangan. Apa kata:




1) Sebelum mereka masuk Islam, kita perkenalkan mereka pada Islam dengan sebenarnya. Berikan mereka bahan bacaan yang mudah, paling penting, tentang Tauhid dan ketuhanan. Buku2 untuk anak2 kecil Muslim bagi saya adalah yang paling baik. Tak perlu beri majalah keagamaan yang berat2. Tak perlu berbincang banyak tentang khilaf2 dan mazhab2 dalam Islam ketika ini.




2) Sebaik saja tauhid selesai, dan mereka tampak bersedia, mula sampaikan pada mereka realiti sebenar keadaan yang bakal berlaku. Mereka perlu tahu bahawa walaupun mereka bakal memeluk Islam, masalah mereka tidak akan hilang sebegitu saja. Dan demi tugas itu, kita perlu yakinkan mereka bahawa walau macamana pun terjadi, mereka akan menghirup udara yang sama, menikmati pelangi yang sama, bersama kita .




3) Selepas mereka masuk Islam, dedahkan mereka pada pengetahuan yang lebih mendalam. Hantarkan mereka pada institut dan kumpulan2 yang berlatar belakang lebih kurang seperti mereka. Ini adalah untuk menghilangkan rasa isolated dan menggalakkan mereka berkongsi pengalaman seterusnya mencari kekuatan dalam ramai. Contoh komuniti sosial adalah seperti PUSBAM di Sungai Petani, Kedah. Anda boleh hantarkan rakan2 yang baru menjadi saudara kita ke sini. Mereka akan belajar selama 3 bulan, dalam perkara2 asas Islam lebih terperinci. Pengambilan seterusnya pada November ini.




4) Kita janganlah pula cuma berkata 'sabar, sabar, ini ujian' apabila mereka mengadu pada kita. Sebaiknya, kita bersungguh2 menunjukkan bahawa kita ini adalah bersaudara - membantu bersungguh2. Kita perlu sedar, dalam banyak keadaan, sebaik saja mereka menjadi saudara kita, mereka berseorangan.




Mereka perlu bantuan, nasihat, tempat untuk bergantung. Bukan setakat kalimah sabar. Mereka lebih tahu apa erti sabar dari kita, tak perlu untuk kita membebel kalimah itu.




Manakan tidak, andai mereka tidak sabar, mereka tidak akan memilih Jalan Yang Satu.




Jadi, berhenti membebel dan mulakan membantu :)




Kenapa saya menulis? Kerana saya meluahkan rasa kasihan. Buat masa sekarang, cuma ini yang saya mampu bantu mereka - tolong sebarkan kehendak mereka pada masyarakat Muslim. Ya, anda, saya, kita semua.




Bukankah Muslim itu bersaudara? :)




Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails