3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

17 July 2008

Perjalanan Meniti Jarum Masa

Ada beberapa peristiwa + perkara penting yang saya ingin kongsikan . Sebelum ia akan terlepas tarikhnya, saya akan mengkombokan entri saya, mcm apa yang saudara saya selalu buat ;)

A Trip to Remember

pada jumaat malam sabtu lepas, saya telah ke Lowyat untuk menghantar graphic card saya untuk diperbaiki. (Ini bukan cerita utama)

Dalam perjalanan ke Lowyat, ketika tren saya sampai di stesen KLCC (Putra), tiba2 bunyi-bunyi aneh mengegarkan gegendang telinga saya yang ketika itu sedang mendengar lagu2 dari "I Am Fahmi" (nokia 5200 saya). Sebaik saja saya mengangkat kepala (kerana ketika itu saya agak keletihan dan semacam mahu tertido sebenarnya), saya melihat kelompok manusia yang aneh.

Bukan aneh seperti alien. Tapi aneh kerana mereka kelihatan janggal dan teruja. (macam tak blend dengan environment, meminjam istilah
yang tersayang :P) Ingatkan mereka dari jepun. Apabila ditanya, oh baru tahu, mereka ini dari Korea. Sempat juga saya berkenalan dengan mereka. Jennifer, Alice (ini kanak2 usianya 11 tahun) dan Aunty Jie (ini guru mereka).

Saya juga sempat mencatatkan kalimah2 penting dlm Korea. contohnya,
"Kwan Yong Ham Ni Daa" . maksudnya yang ni, selamat datang.
"Ta Un". maksudnya, lagi dua. (ketika dit anya, kami tinggal lagi dua stesen sebelum sampai ke KL Sentral).

Dan yang paling tak tahan, saya sempat bergambar dengan mereka :P

(Gambarnya akan saya updatekan lain kali atas sebab tertentu)

Jalan2 Cari Cinta

Keesokan harinya, saya pagi2 lagi dah bertolak ke Pudu. Cuak2 gak. Sebab pernah terjadi peristiwa x disangka2 di area pudu sekitar waktu yang sama.

Sebaik sampai, wajah yang dirindu sedang melihat ... kaunter Transnasional. :P

Kami bersarapan apple dan banana pie yang saya beli di hadapan mydin, on the way ke Puduraya.

Tepat jam 9.30, selepas termenung tak tau nak buat apa, kami berjalan menuju ke Bus Stand Klang. Mencari petunjuk dari orang2 yang tak dikenali, saya belajar, bukan semua orang suka ditanya. Yang tanya ni pun naik menyampah tengok reaksinya. (ada la org tu)

Sampai di Shah Alam , depan PKNS dengan bas U 80. Berjalan, kami mencari hadiah untuk pengantin, Radziq dan Nar..qes. Ya, saya hampir tersasul. :P

Saya mula2 mencadangkan hadiah yang simple, (bagi saya simple dah). Mira mencadangkan buku. Dan kami bertemu buku yang dicari. Bungkus. Dan bergerak pula ke Alam Sentral sekejap. Sebelum mira mengadu dah tak tahan. Lapar katanya. Terus kami bergerak mencari Tasik dan Galeri Shah Alam. :)

Saya mencuba kamera yang dibawa Mira. Canggih, dengan ketajaman pixel 7.0 MP. Cun giler gamba~!

Dan menjadi fotographer yang tak berlesen (eh, kena ada lesen ke :P ). Gambar2 di blog mira, saya lah yang amik semuanya. ada bakat tak? :P

Selepas solat di Alam sentral, kami berjalan lagi, dan berjalan. terus berjalan. Menikmati angin tasik.

Menganyam kasih agar kembali bertaut. Kerana kembalinya rindu yang menyapa, sebaik ditegur amarah, membawa saya ke malam yang panas tiada api, tak boleh tidur .. :)

Begitulah kisah kasih buat satu hari itu ? :)
Semalam yang Bermakna

Malam semalam, saya dengan rasa poyonya mendaftarkan diri untuk menjadi commitee convest 08 bahagian multimedia presentation. Bila ditanyakan mengapa ingin jadi komittee, saya kata saya perlukan lebih banyak portfolio flash. (huh, tak malu tul, tapi kata
yang tersayang kena promote diri untuk bisnes :P ) Rasanya macam dapat, tapi entahlah. Tunggu pengesahan dari orang SRC lagi. (Mungkin saya yang perlu tanya pada mereka sekejap lagi.. atas sebab terten tu)

Malam semalam juga, saya sempat menonton konsert kumpulan nasyid ngetop Malaysia, Mirwana. Sebaik saja masuk ke dewan (lambat sebab interview komitee hampir sejam), saya terus terkaku mendengar 3 lagu baru mereka, Seruan Lima Waktu, Semalam dan Jauh. Macam bes pula, sebab masuk2 terus dengar lagu baru :P Ada juga lagu2 dari album pertama mereka. Ada juga kumpulan Variant dan Damascus.

Lirik Seruan Lima Waktu, antara yang dapat saya tangkap, cukup membuat saya "terasa pedih". Baguslah. Mesej mereka sampai pada saya. Bagi saya, nasyid apa pun, walau sedap mana lagunya, andai mesej sebenar lagu tak dapat disampaikan ke dalam hati pendengar, ia kurang bermakna. Setuju?

Seruan Lima Waktu - Mirwana

terdengar suara azan
tinggalkan semua urusan
ayuh-ayuh mari teman
laksanakan perintah TUHAN
namun kau katakan nanti
nanti sekejap lagi
kau sering katakan tunggu atau pergi dahulu <<--

bergema alunan azan
puji kebesaran TUHAN
ayuh-ayuh semua insan
mari menuju kejayaan
namun katamu tiada waktu
biar saja berlalu <<--
dibuai helah duniamu
seakan tak bersyukur

manusia terlena dalam mimpi indah
cinta dunia yang fana'
hanya sementara
manusia terlupa janji pada TUHANnya

Small Changes Lead to Big Result

Sebaik saja usai konsert, bergegas saya pulang ke bilik untuk solat. Sebab saya ke interview jam 8.25, belum isyak lagi. Di pertengahan jalan, ( dalam 200 tapak lagi sampai ke bilik), bertemu pula dengan rakan Comoros, Vagamal Chaibou atau Vaga. Dia sedang menikmati dinner as kerana dia baru saja pulang dari luar.

Kami berbual ringkas, kerana saya mahu pulang. Entah macamana, kami berbincang tentang attitude. Terkeluar lah ayat di atas. walau simple, tapi ia amat bermakna pada saya sekarang. Vaga, if you are reading this, thanks bro. :)

Selesai~. Next time :)

1 comment:

mira said...

moga dapat promokan diri dengan artwork yang ngetop!

[terima kasih banyak quote mira. suka~! :p ]

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails