selepas berkongsi pengalaman family member dan relative terdekat kepada kelas, juga mendengar pendapat dari Dr Rahmatullah Khan dan beberapa pengalaman peribadi classmates, akhirnya saya tiba pada satu kesimpulan - hipotesis baru saya.
Mungkin sebenarnya masyarakat Melayu memiliki Potential Ressesive Gene dalam coding kromosom masing2 untuk hal2 berkaitan halusinasi dan delusi.
Dari aspek biologi, manusia juga boleh menjadi abnormal atas beberapa sebab. Satu daripadanya berkaitan dengan faktor genetic.
Dalam setiap sel badan anda, ada nukleus. Dalam nukleus ini, ada kromosom. Dan dalam kromosom ini ada DNA. Pada setiap salinan DNA ini, ada gen2 tertentu yang mengawal sifat dan kecenderungan manusia.
Hipotesis saya adalah, manusia yang berasal dari benua Asia Tenggara, mereka memiliki gen resesif yang membolehkan minda mereka menganggap mereka melihat,merasa dan mendengar perkara2 yang sukar dijangkau dengan deria manusia normal. Saya gelarkan Gen resesif ini sebagai MVR (monovisionresesif. Kenapa nama nya mcm ni? Sebab saya
Apabila dikatakan gen resesif, ia bermaksud:
1) Gen ini tidak akan memunculkan sifat tersebut tanpa faktor keturunan (faktor nature)Maksudnya, suami yang ada gen resesif MVR, berkahwin dengan orang yang ada Gen resesif MVR, anaknya akan memiliki Gen Dominan MVR dan membolehkan anaknya memiliki minda yang melihat perkara2 seperti ini dengan mudah.
2) Gen resesif MVR ini juga akan menjadi kuat dan dominan apabila faktor environment mempengaruhi minda seseorang, apabila ia diajar sejak dari kecil lagi untuk mempercayai cerita karut-marut tentang jin (faktor nurture). Walau pada awalnya mindanya tidak boleh melihat perkara2 ini, disebabkan imaginasi yang diforce-inputkan, akhirnya minda bawah sedar menjadi kuat dan memunculkan bayangan2 jin dalam bentuk yang telah disalahtafsirkan, kepada otak sedar.
Oleh sebab itu, perkara-perkara aneh seperti mendengar bicara jin, melihat lembaga aneh, melihat jelmaan, dan jin2 lain (self explanatory - saya tak mahu menambah kesyirikan anda dengan melabel jin dengan nama hantu-hantu bodoh itu), menjadi possible dalam masyarakat Asia Tenggara.
Walaupun berbeza kepercayaan, dan adat, jin2 ini akan muncul dan menyerupakan diri mereka dalam apa yang dibayangkan dalam minda.
Disebabkan gen ini sekata munculnya dalam masyarakat, maka yang sakit dan yang mengubat berpotensi untuk melihat perkara2 ini.
Dalam aspek Islamic perspective saya sendiri, dalam satu hadis ada disebutkan bahawa hidup kita ini memang telah ditentukan dari awal lagi, cuma bergantung kepada kita untuk hidup macamana - memilih untuk meyakini Allah, atau memilih untuk menyalahkan Allah. After all, life is just a test.
Interesting, bukan? Kesimpulannya yg saya dpt buat, perkara2 jin2 ini mungkin bukan sekadar kepercayaan. Tapi ia mungkin dah ada dalam genetik kita sedari awal lagi. Tinggal kita aje yang mahu percaya atau tidak. Dan tinggal kita saja yang mahu berdoa agar dijauhkan dari gangguan Syaitan dan Jin.