3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

10 July 2008

Mencari Diri Dalam Po

Mencari diri yang bukan diri. Mencari seseorang yang boleh menjadikan diri kita, kepada diri kita yang sebenar, bukan diri yang selamanya menjadikan kita terbelenggu, jauh dari impian kita.

Apakah makna impian?

Cukupkah sekadar hidup "cukup makan?"

Cukupkah sekadar bersuka-suka, berseronok?

Apakah makna impian, andai tak mampu dan tak mahu bermatlamat?

Dan apakah makna impian, jika anda tak mahu mengingati sebarang mimpi yang sangat bermakna pada anda? (yg ini mgkn off-limit. ingat mimpi tak bererti andai anda tak mahu berfikir dan membayangkan mimpi itu jadi kenyataan. ini barulah impian) :P

menonton kungfu panda, lewat pagi, di saat otak benar2 bekerja (ikut waktu biologi otak, waktu paling efficient saya adalah jam 1-3 pagi) benar-benar memberi kesan.

lewat pagi ini, Kungfu Panda, adalah inspirasi, di saat segalanya seakan baru bermula sekali lagi untuk saya. Biarlah saya yang faham sendiri apa makna ayat ini. Tetapi Po mengingatkan saya, tentang beberapa perkara:

1) impian anda, tak semestinya sama dengan apa yang ibu bapa anda impikan tentang anda.
-Bapa Po mengimpikan anaknya menjadi penjual mi yang berjaya. Tetapi Po mengimpikan apa saja tentang kungfu. Anda mungkin berjuang untuk mencapai impian itu, tapi perjuangan pertama anda bermula dengan meyakini bahawa impian anda adalah milik peribadi, dan meyakinkan ibu bapa dengan pencapaian matlamat2 anda menuju impian. Bagi saya, ia amat susah, tetapi, a "long journey always starts with a first step".

2) peluang bisnes ada di mana2
- Ini adalah antara prinsip yang di ajar dalam sebuah buku Chef Li dalm sirinya Jutawan Senyap. Di mana tempat orang berkumpul, di situ anda boleh menjual makanan. Po dicadangkan oleh ayahnya untuk menjual mi di kuil kungfu, tempat orang2 akan berkumpul untuk menyaksikan pemilihan Dragon Warrior.

3) bila anda mengagumi seseorang (atau mungkin dua tiga orang) yang hebat, dan anda mendapat peluang untuk berkawan dengan mereka, tanggapan anda pada mereka mungkin akan berubah:

a) kerana mereka hebat, dan mereka rasa hebat
b) kerana mereka hebat, dan anda rasa rendah diri
c) kerana anda rasa rendah diri, dan anda terus mengagumi,
d) sedang mereka memandang anda cuma sebelah mata
e) kerana anda insan biasa. dan mereka luar biasa

4) menghargai impian anda, kerana impian anda menjadikan anda istimewa.

5) dan mencari orang yang mampu membantu menjadikan impian anda kenyataan, walaupun pada awal2 nya anda mungkin berasa hati dengan orang ini. Bagi saya, ini adalah perkara kedua penting selepas menghargai impian. Be it your best friend, uncle, abang, kakak, atau strangers. Cari orang yang mampu menjadikan impian itu kenyataan, dan, make it happen!

5) yakin, bukan setakat percaya pada diri sendiri. Perkara ketiga paling susah adalah meyakini sesuatu yang anda belum jadi. Secara psikologi, apabila anda belajar untuk meyakini, anda sebenarnya memecahkan mental-block atau tembok-minda - perkara yang menghalang anda untuk mencapai langkah pertama. Apabila minda anda meyakini anda mampu lakukan sesuatu, minda akan menciptakan keadaan untuk badan anda bertindak melakukannya. Belajar meyakini diri sendiri dengan saranan bawah sedar anda sendiri. :)
a) lain bunyinya, " saya percaya pada diri sendiri, saya boleh buat"
B) dengan "Saya yakin pada diri sendiri, saya mesti boleh buat!"


6) Kawan adalah penting.
a) dalam sekelompok kenalan anda, akan ada dua kumpulan, satu yang suka dengan anda, dan satu yang tidak suka dengan anda.
b0 anda perlukan teman dari yang suka dengan anda (supaya anda boleh kongsi cerita dan rasa), tapi jika anda juga perlukan sedikit sebanyak komen dan kritikan (kutukan, mungkin) dari yang tidak berapa suka dengan anda, dont overdo it.

Po adalah hero kepada mereka yang mencari diri dalam diri sendiri.
Ketika semua kawan yang anda ada cuma muncul disaat mereka memerlukan sesuatu dari anda, (mungkin lebih teruk, ada yang menikam dari belakang,) dan ketika satu-satunya kawan yang anda pernah ada sudah tidak mempercayai anda, orang yang anda paling boleh terus dipercayai adalah diri sendiri. Sebab itulah, belajar meyakini diri seawal mungkin. Tidak ada orang yang lebih mengenali diri anda dari diri anda sendiri.

Kekuatan mungkin ada dalam duit, jawatan, lingkup kawan, atau rupa, bergantung pada siapa anda sekarang. Tetapi kekuatan sebenar adalah dari hati yang meyakini bahawa dirinya adalah istimewa dan mampu mencapai apa yang diimpikan. just my 2 cents :)

sebelum terlupa,

"there's saying that yesterday is history, tomorrow is history,
but TODAY IS A GIFt, THAT'S WHY IT'S CALLED PRESENT"

1 comment:

mira said...

Tak perlu 2 cents tu. Anda kena yakin diri! ;)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails