3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

25 July 2008

Alkisah Ali dan Lembunya

Ali ke rumah tok penghulu mengadu lembunya dicuri oleh dua orang kampung yang dikenali, Halim dan Kamil. Halim dan Kamil pula berkawan rapat dengan menantu tok penghulu, Ghafar.

Selepas mengadu, tok penghulu berjanji akan menyelesaikan perkara ini, akan membawanya ke tengah. Katanya, "kita kena adil dengan semua org. Lagipun saya ni kan tok Penghulu. Kenalah berlaku adil." Ali berasa agak senang hati.

Then, tengahari tu, Ghafar pulang ke rumah. Tok penghulu bercerita kepada anaknya. Ghafar bengang dan takut kantoi. Sebab lembu tu Halim dan Kamil dah jual dan bagi sket share pada dia.

Jadi dia pun cakap kat ayah dia, "Ayah cari je lah orang kampung lain kat hujung kampung tu. Ala, budak yang "mental" sket tu. Biar dia je jadi kambing hitam. Kalau ayah tak buat, Ghafar bagi tau kat mak pasal Ayah gi Clubbing dengan ketua nurse kat klinik kampung tu."

Tok penghulu, takut dan terdesak, terus ikut je cakap Ghafar. Budak mental tadi dijumpai dengan kulit lembu dan sisa2 darah lembu atas katilnya.

Ali dipanggil tok penghulu. Tok penghulu berkata, report Ali dah diselesaikan.

Tapi Kamil dan Halim tak leh dihukum, "sebab takde bukti kukuh yang mengaitkan dorang dengan lembu awak pada hari kejadian berlaku. Saya kena berlaku adil dengan orang kampung saya."

Ali bengkek. Sebab dia ni bukan bodoh. Dia dah pun rekod kejadian tu dengan video cam anak sedare dia, apa yang takde buktinya pulak?! Dah terang2 lagi bersuluh dorang terbabit kan? Apsal dorang takleh dibawa ke tengah pulak. Betul kan?

Ali nekad, sebab lembu tu je dia ada untuk buat baja kebun. Dia buat salinan banyak2 video tu, print gambar mangkuk dua org tu tgh tarik lembu dia, hantar kat orang2 kampung. Imam pun tolong solat hajat.

Last2, orang kampung gulingkan Tok Penghulu dan lantik Ali jadi penghulu.

Agak-agak korang la kan, mangkuk2 tu kat mana sekarang? Gua panas hati tul. Korang ada nampak tak kat mana? Rasa mcm dorang masuk TV3 hari tu.

X faham? cuba baca yang ni.

2 comments:

mira said...

tak kenal.

Fahmi Mahat said...

haih, baik tak yah komen klu takat nak cari gaduh. sbb gaduh takde kat sini. =)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails