3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

05 July 2006

iklan baru Sunsilk : apakah ia sekadar iklan?

quoted from .:bisikan nurani:.:

"Kalian ada terlintas iklan terbaru Sunsilk? Pasal seorang siswi ni yang dapat mengembalikan keyakinannya berlakon dalam teater Laila Majnun selepas menghilangkan masalah kelemumur menggunakan syampu Sunsilk?

Apa yang tak kena dalam iklan tu? Pakai tudung dah ok [jadi penghormatan pada wanita bertudung sejak iklan pertama Sunsilk yang bemodelkan Wardina Safiyyah]. Tapi scene last tu macam ada yang tak betul."

..........................

Iklan adalah bentuk pemasaran yang dikawal oleh tindakbalas otak dan penerimaan sosial masyarakat.

Iklan yang mempunyai pengaruh yang baik, adalah iklan yang berulang-ulang, memiliki daya tarikan unik dan mampu untuk membuat pengguna membeli barangan tersebut.

Iklan sunsilk semakin lama semakin unik, kerana ideanya menggamit hati pengguna yang bertudung untuk memakai syampunya.. walau kita sebenarnya tak tahu adakah dengan memakai sunsilk kita takkan gatal kulit kepala dalam satu jangkamasa yang lama, mungkin dalam 10 jam (waktu standard bekerja sekarang di Malaysia).

Namun keunikannya kini telah pun mengundang satu persepsi skeptikal yang tidak lah begitu baru sebenarnya, tentang wanita bertudung, adab dan batas pergaulan sosialnya.

Dalam iklan ini, gambaran diberikan berlaku di kolej. Seorang gadis merasa tidak yakin untuk menyertai latihan teater Laila dan Majnun (mgkn Qaisy dan Laila, saya baru tgk iklan ni dua kali), disebabkan kelumumur di bahu kiri kanannya.

Akhirnya, setelah maju mundur beberapa kali, sahabat sebiliknya membelikannya Syampu Sunsilk edisi baru khas untuknya. Ini membolehkan masalah ketombe (atau kelemumurnya) dapat dikawal, (atau mungkin hilang terus, siapa tahu), seterusnya meningkatkan keyakinannya..

Keyakinannya terpancar apabila...... dia menyambut huluran tangan hero teater yang melutut di depannya, sambil tersipu2 malu.

Ini adalah satu tamparan yang hebat kepada Muslimah zaman kini, khasnya remaja, yang baru berjinak2 memakai tudung, (tidak mengecualikan remaja yang telah pun memakai tudung sejak kecil lagi), kerana skop personaliti mereka telah pun dikecilkan oleh iklan ini.

Iya, memang, personaliti kita adalah hak kita. Kita punya apa2 cara dan stail untuk menjadikan diri kita adalah kita.

Namun perkara prinsip tetap prinsip. Bukan muhrim perlu faham bahawa sesama mereka , TIDAK ADA SENTUHAN YANG DIHALALKAN.

Ini bukanlah provokasi, tetapi kenyataan yang benar memang biasanya mengundang kontroversi. Kita bukanlah terlalu naif untuk memahami bahawa iklan ini bisa saja mengundang beberapa persepsi yang persis kepada penghinaan dan perendahan taraf wanita dan gadis remaja yang bertudung.

Harapan penulis, agar kita para pembaca dapat berbuat sesuatu mengenai ini.

di blog mirakimura, beliau meminta agar anda merefer sendiri kepada website sunsillk.

Tapi, di blog saya, anda saya sediakan ruang untuk memberi penghormatan kepada wanita2 bertudung. Peliharalah adik, kakak, teman, rakan sejawat, ibu, dan siapa2 perempuan yang ada dalam hidup anda, agar mereka tidak disalahfaham oleh persepsi masyarakat akan datang, yang telah dan akan sering disalahkelirukan oleh kuasa media.

Dengan ini, sila forward artikel ini ke mana2 sumber yang anda tahu dan kenali. semoga usaha kita diberkati dan ditunjukkan jalan. Amin.

Yang benar,
tintamadani
Nurul Fahmi Mahat
pelajar UIAM Gombak.

2 comments:

mira said...

baik hantar di majalah i, ruangan komentar pembaca pun bagus juga ;)

Fahmi Mahat said...

boleh juga..
saya tambah semangat bila mira cakap camni..sahkan apa yang saya buat... support saya..

marilah kita sama2 support menyupport antara satu sama lain..

moga ia lebih menguatkan ikatan persahabatan istimewa kita.. :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails