Mari buat something yang bes dgn XP anda!
Slipstream. Wow, mcm bes gak pkataan ni kan? Untuk Prostreetiers (NFS), anda mesti tau punyalah teknik ni. untuk mengurangkan rintangan angin yang keta kita lalui, dengan cara follow kat belakang keta depan (takkan follow keta belakang pulak) kita akan menstabilkan kelajuan, sebelum memecut+memotong keta depan dengan begitu bergaya.
Skrg meh kita belajar sama2 slipstream xp kita bagi laju mcm keta tdi.. huhu~
Dgn slipstream xp ni, kita akan gabungkan setup file windows XP kita yang kita pnah ada, dgn update pack sp3. tapi bukan itu saja, kita akan menjadikan setup file kita kali ni, lebih ringan, lebih kecil, dan lebih stabil, bila diinstall ke dlm pc kita. amacam, ada berani? ;)
requirement:
*space kat hd ada lebih dari 1.5gb. kira paling lowkey pun 1.5 gb la kena ada ni.
**download nLite latest.leh google untuk cari menda ni.takpun amik kat
sini jer :)
Ikut step2 ni ya adik2, abang2, akak2~! ;)
1) buka google.com.. taipkan "Windows XP sP3 network installation package". Click link pertama paling atas. Anda akan dibawa ke page microsoft.com. Bertenang, jangan gabra.
2) perhatikan nama fail ini. "windowsxp-kb936929-sp3-x86-enu.exe".jumpa?
3)buka download manager yang anda paling suka. kalau takde, download di
sini pun boleh. :). Bersiap2 untuk memulakan langkah pertama, huhu~
4)download fail di (2) tadi dengan selambayayanya menggunakan download manager tadi.klu anda download tak cukup selamba (tak guna IDM td), anda kena tunggu sikit punya lama, sebab file ni bagak gak ler.
5)dah siap?Bagus. Skrg, cari cd windows XP yang anda pernah ada. yup, apa pun boleh, pro, tak pro, home, semua boleh. yang sp1, sp2, pun boleh.Apa? takde? dont worry. pinjam jiran sebelah rumah punnya pun boleh. Asal ada sudaa~ next thing, buat satu folder dlm ruang yang masih ada (perlukan 2gb space utk menda ni,lupe nak gtau td). Namakan XPORI. Copy segala isi CD tadi tu ke dlm folder ni.
6)next, buat satu folder dlm ruang yang masih ada, Namakan XPSP3. masukkan fail yang anda download tdi ke sini. skrg, pegi ke start->Run, dan taip :
D:\XPSP3\WindowsXP-KB936929-SP3-x86-ENU.exe -x
pilih "extract to same folder".
Yatta!~ dah jadi. orait, next step...kittaaa!!!
7)skrg, kita akan mula slipstream.. hoo yeah.. saya anggap anda buat segala apa yang saya dah suruh tadi (yea, bagus anak ayah, hehe). File yang baru di download di dlm D:\XPSP3 dan file asal xp dlm XPORI.
skrg, pegi ke start-> run dan taipkan :
D:\XPSP3\i386\update\update.exe /integrate:D:\XPORI
akan kuar menda ni:
biar smpi abis. dia tgh slipstream tu.layankan jer :P pas ni akan kuar msg, "update completed successfully."
8)ok. skrg install nLite dan run. akan kuar cam ni :
layan.. biar je english tu. next~!
9)ok.skrg korang akan diminta untuk cari kat mana folder installer xpkorang tu.
browse, cari xpori td.
bila dah pilih, klu slipstream tadi cilok ok jer, dia kuar la cam ni.
orait. smpi step ni, boleh dikatakan korang dah berjaya 40%. Apa, sikit? hehe. :P next!~
10)orait.dia akan kuar preset ni plak.
korang jgn cuak, klu takde pape tu bkn maksudnya menda ni tak jadi. leklek jer. tekan next.
11)orait. skrg ni, task selection. pilih Components, Unattended, dan Bootable ISO.
tekan next. dia akan kuar ni plak.
tekan compatiblity. korang mgkn akan perlu pada beberapa item dlm ni.cthnya cam
Cameras and Camcoders, DHCP, (IE korang nak gak ke?x mau try mozilla?:P),
Printers, Remote Desktop (this might be handy for unforesaken problematic troubleshooting),
Windows Update, dan Windows Activation and Sysprep.
(anda mgkn juga nak letak file update terbaru, patch, atau pack2 lain yang lebih latest dari tarikh entri ni ditulis. anda boleh buat camtu dgn tekan "hotfixes, add ons and service packs' n explore kat situ dgn lebih lanjut. ikut arahan kat situ ya? saya tak buat langkah ni, sbb tu x nk explain lebey2~)
Dah pilih? orait. tekan ok. next~!
12) ok. skrg ni, kita akan pilih beberapa item yang sebenarnya tak berapa nak berguna (this is relative to personal usage actually.) ada byk section. tgk satu2. saya buka Drivers dulu.
Cth yang saya click, sperti IBM thinkpad, boleh dibuang. Display adapters (old) tu, klu anda gunakan notebook jenis lama, mgkn ada baiknya anda biar je. menda lain yang boleh dibuang mgkn juga logitech wingman dan microsoft sidewinders. dua ni adalah untuk joystick and gamepads. jgn buang klu anda gamer mcm saya (ces, main 3 game NFS pun nak kecoh~)
Anda boleh juga buang games microsoft yang simple2 tu, atas alasan yang sama. (Gamehouse lagi seronok main dari game microsoft ni pun :P )
pergi ke hardware support, boleh buang apa yang anda tak perlukan lagi untuk IT zaman kita. contohnya, Iomega Zip drive, Gravis-menatang-apentah, dan lain2. "Modem" jgn buang dulu. mgkn PDA anda memerlukannya.
Time to kill! buang semua menda dlm ni, kecuali keyboard layout yang anda biasa pakai. :)
yang lain, dlm bhg multimedia, anda boleh buang movie maker klu tak suka, media center, music samples. dlm operating system option plak, anda boleh buang search assistant dan juga Tour.
orait. huuu, byknya~. next~!
13)anda akan masuk ke Unattended. Di sini, ada beberapa tab yg agak penting gak la untuk anda tgk2.
cthnya, di General, untuk mudahkan hidup anda masa depan time nak install xp ni, anda boleh buang cd key (haa, percayalah, jgn x caya beb- caranya, biar kosong kat ruang tu)
anda juga boleh tetapkan setting regional and Language kat sini, so next time x yah susah2 nak cari tu semua.. leceh. yg lain anda boleh tgk2 sendiri. bg can la untuk anda explore sendiri. seronok~!
dah setel semua.. tekan next!
14) orait.
tekan "yes" jer. pastu tunggu smpi siap bhg ni.bg yang bujang, anda boleh pi ke dapur, buat air sedap2, layan blues sorang2 sambil tgk Nabil Lu Fikirla Sendiri kat youtube iPhone korang(klu ada time tu.rasanya korang tak layan sgt kut budak nabil tu..hihi). dlm 10 minit siap la ni. tunggu tau~
orait. nanti kuar img ni plak
mcm apa yang saya tulis kat situ, saiz tu relatif, ikut apa y anda tambah + buang.
Next!!
15)bila smpi page ni, anda dah pun berada pada stage 90%.
pegi ke "Mode". Anda boleh pilih untuk terus burn ke CD kalau dah ada Cd kosong dlm CD Writer anda. takpun, anda boleh create image and record later, klu anda nak pi sambung buat air yang da abis tadi.. hihi :)
di label, buh la nama yang anda rasa ok. Self Explanatory.
di information, memandangkan file installation xp slipstream ni ni cuma 500 lebih sket je, ada 200 Mb lagi space, yang anda boleh letak apa2. ikut anda la.. nk letak file bonus ke apa.. muzik ke.. gamba2 cun ke..
klu dah, tekan next.
16) untuk yang pilih create image di mode tadi, mula2 gamba ni...
then bila dah sudah ia akan jadi ni.
Orite! dah siap dah pun. tinggal nak ngeburn ke CD jer. siap!! :)
Kalau artikel ini berfaedah kepada anda, tinggalkan komen ya? Thanks! :)
Take Note!
*eksperimen ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit.
**support tidak disediakan. Jangan contact Microsoft untuk tanya anything berkaitan. :P
***Bagi yang malas menyiapkan semua ini, tapi mahukan cdxpsp3, boleh emailkan kepada saya alamat penghantaran di fahmi.mahat(at)gmail(dot)com, beserta slip pembayaran ke Maybank acc saya 151043978140 sebanyak RM 10 perCD. Boleh ler klu anda nk order lebih dari 5, saya bg 50% diskaun. Tp jgnlah sampai 100 keping. pengsan ler nak mengeburnnya :P (versi saya adalah versi Malaysia. sila tinggalkan requirement yang anda mahukan untuk regional n language setting, n keyboard layout)