3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

14 April 2009

Operant Conditioning :Satu Refleksi

Operant conditioning: Satu refleksi dari apa yang saya belajar dalam kelas, kepada aplikasi kehidupan seharian

Adaptasi.
Adaptasi memerlukan kekuatan yang menyokongnya. Barulah adaptasi tersebut akan dapat dielakkan dari hilang dari kelakuan kita (klu lah ia berkaitan dengan kelakuan kita).

Contohnya:
Kita mungkin melihat monyet memiliki tangan dan kaki yang kuat untuk memudahkan mereka memanjat, mengawal pergerakan di permukaan membujur (vertical plane) (contoh Adaptasi). Tetapi kita tidak tahu kekuatan yang menyokongnya (reinforcer), iaitu sistem cardiovascular yang sgt hebat. Jantung monyet 5 kali lebih kuat dari jantung manusia dari seri ketahanan dan kekuatannya. sistem pengaliran darah monyet membolehkan graviti dilawan dengan mudah dan efisien.



Sekiranya kita mahu menjadi kuat seperti monyet, dan berfikir, dengan mengimplankan sel tisu otot kaki dan tangan monyet kepada kita, kita tidak akan berjaya mengadaptasi kelebihan tersebut tanpa kekuatan jantung yang sekurang-kurangnya sama seperti monyet.

Hikmah.
Dalam aspek lain, sekiranya kita memohon daripada Allah untuk diberi kekuatan menempuh cabaran akan datang (adaptasi), kita juga perlu memohon agar kita dimudahkan dalam segala cabaran yang akan datang (reinforcer). Supaya bila kita dihadapkan dengan cabaran, kita akan kekal dengan kekuatan tersebut.

Trivia.
Entri ini ditarik dari stream of ideas, apabila melihat sekawan monyet memanjat dari bangunan IRKHS ke Econs melalui jejambat. haha, ada kawan yang menyergah, tapi monyet tu buat donno je. agaknya, dia fikir,
"apehal mamat ni, aku tak kacau ko pun. karang aku gigit nanti baru kena ebola. haha~"

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails