3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

22 April 2009

Mentor Musim 3: Zass!

"Untuk menyanyi lagu rock, you kena jujur. Jujur dengan diri you sendiri. Dengan lagu yang you nak bawa. Feel dia tu. Orang yang pertama masuk syurga adalah penyanyi rock." (lebih kurang cam nie ler ayat dia, blh dgr sendiri untuk lebih kepastian)

Salah seorang mentor Mentor mungkin akan mengulangi apa yang pernah berlaku kepada Rosnah Mat Aris dengan kata2 ini.

Persoalannya, adakah, bukan, mestikah sejarah akan berulang?

Apa yang penting, bagaimanakah penerimaan anda kepada ayat tersebut?

Jika anda tanya saya, saya akan katakan, ia bergantung kepada persepsi mereka yang mendengarnya.

Akan ada yang mengatakan ia adalah apresiasi rock kepada manusia yang jujur sahaja yang mampu menyanyikan rentak rock tersebut dan meluahkannya kepada gaya dan stail bersahaja.

Akan tetapi, akan ada juga yang mengatakan bahagian "syurga, kejujuran dan penyanyi rock" tidak begitu sedap didengar perkaitannya untuk dilontarkan sebagai bahan lawak di hujung lidah.

Anda blur? Lihat yang ini.


3 comments:

Nazz@Purple said...

Ye betul,sy perasan jgk mase tgk mentor hari.Agak terkejut,oit apsal dia cakap macam tu..

Kak Bayah said...

Salam,

Pada pandangan saya yang tidak berpengetahuan tinggi ni...

kemungkinan mentor itu memaksudkan, penyanyi rock yang pertama akan masuk syurga sebab kejujuran mereka dalam penyampaian mesej rock tu. Disabitkan dengan sifat jujur tu dan bukan kerjaya mereka sebagai penyanyi rock ;)

Ni pun salah satu cara nak periksa balik persepsi kita terhadap sesuatu perkara. Rupanya selama ni kita kaitkan penyanyi rock dengan keyakinan bahawa mereka tu bakal penghuni neraka ke? hehehe...

Fahmi Mahat said...

naz : saya pun terkejut juga :)

kakbayah : persepsi pun ya juga. sebab tu saya buat dua persepsi dalam entri tu. penyanyi rock pun manusia juga. kalau namanya manusia, kesilapan tu memang lah pakaiannya, tak kiralah siapa atau apa kerja manusia tu.

yang penting, bila nak melawak tu kenalah tengok2 juga ayatnya. takkanlah perkara berkaitan akhir hidup manusia pun nak dijadikan lawak juga. :)

kita yang ada ni, bukan apa, cuma nak merefleksi dan mengambil iktibar aje. sebab bukanlah semua penyanyi itu buruk akhlaknya, dan bukanlah semua ulama itu betul cakapnya.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails