3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

11 April 2009

PMRAM: adakah ia masih relevan?

Jawapannya; Sudah Tentu.

Kenapa PMRAM dicaknakan dalam minggu pertama DSNTR mengambil alih pemerintahan Msia? Walaupun isu relevansi dengan pembangkang adalah isu lama, ia bukanlah isu yang poyo untuk dipandang sebelah mata.

Hakikatnya saya pun tak pasti rancangan sebenarnya. Tapi selepas berbual dengan lepasan Univ Kaherah di lokaliti saya, baru saya faham ceritanya lebih kurang.

PMRAM lebih berfungsi dari UMRAN.. malah ia seolah-olah setaraf dengan embbassy Malaysia di Mesir. Jadi ia boleh jadi sebab yang Kenapa?

a) Mereka menyambut student baru Malaysia yang sampai ke sana. Bukan PIC dari Embasssy.
b) Mereka menyelia penginapan pelajar,
c) Mewujudkan bi'ah solehah dan "a little place they can call home" di kalangan pelajar Malaysia di sana
d) Mewujudkan hidup terancang dan berpersatuan di kalangan pelajar Malaysia
e) Memudahkan urusan-urusan rasmi pelajar (baca:juga urusan kecemasan) yang biasanya akan mengambil masa berhari-hari sekiranya dipanjangkan kepada pihak Embassy kita.. sorry, but it's scarely true...

lagipun, PMRAM diwujudkan pada 1930, berpuluh-puluh tahun lebih awal sebelum Malaysia menghantar kedutaan ke sana.

Cabaran terkini PMRAM menyaksikan serangan dari dalam dan luar mereka sendiri. Dari dalam:

a) pengembangan gerak kerja mereka - lebih ramai orang di dalam, lebih banyak kerja yang seharusnya disiapkan, tapi tak dapat diselesaikan semuanya atas masalah tertentu
b) masalah tipikal dan standard dalam mana2 society di institut pengajian tinggi. Anda boleh fikirkan sendiri.

Dari luar:

a) perubahan dasar politik dan permainan politik semasa Malaysia, yang seterusnya akan mengubah...
b) Dasar Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang akan mengubah pemilihan dan sponsorship pelajar Malaysia ke sana,
c) dan lebih menggusarkan, kawalan autokratik kepada pelajar Malaysia di sana akan lebih diketatkan - idea, persatuan, aktiviti universiti, semuanya akan dipantau. AUKU khas untuk mereka mungkin?
d) Rentetan-rentetan episod mihnah dan tribulasi lain. (Nantikan..huhu~)

Sekiranya UMRAN sangat bercita-cita untuk menongkah arus dan mengambil tampuk kuasa dan pengaruh PMRAM (baca: dan memanjangkan aspirasi k-pintar DSNTR), anda perlu memastikan terlebih dahulu 4 isu pertama di atas diselesaikan... barulah perjuangan anda ada maknanya. Kalau tidak.. masuk angin keluar asap daaa~

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails