3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

29 April 2009

Wolverine dan Aqso Madina



Menonton Wolverine (yang tak siap lagi, hasil kerja ) disambilsalingkan dengan Aqso+Madina, yang berlarutan hingga selepas tamat mengajar anak-anak Quran di kediaman, membuatkan saya berfikir :moral/motivasi:

a) dendam memanglah kuasa pendorong yang sangat kuat
b) kita masih boleh memilih, walaupun mungkin kita merasakan pilihan itu telah diambil dari kita. Kita mampu sebenarnya memilih untuk tidak memilih.
c) Pengorbanan itu nilainya cuma di sisi Allah. Kita cuma dapat menghulurkan pengorbanan itu kepada Allah dan berdoa agar ia diterima. Soal ia berbaloi atau tidak, sepatutnya bukan urusan kita. Sebaiknya pengorbanan itu difikir secara mendalam terlebih dahulu.
d) Kejahatan muncul sebab ada kebaikan. Tapi ia bukan perkara yang mesti untuk mewujudkan salah satu daripadanya.
trivia:
a) admantium tak mungkin boleh menghilangkan memori. tetapi sel otak yang baru diregenerate memang tak punya apa-apa memori di dalamnya. Yang peliknya, tahu pula Logan mengeluarkan kukunya (skill mengeluarkan kuku memang power Logan, tapi ia perlu dipelajari kut? -aplikasi semantic memory)



b) Watak Wade dilakonkan oleh orang yang pernah memegang watak antagonis dalam Blade, Ryan Reynolds (dan juga Definitely, Maybe,). Memang gile pedang betul mamat sorang nih.






Tengah fikir nak tengok full version Wolverine atau tak. Siapa nak ikut? :P

2 comments:

نذر الأفندي بن عبد الغني said...

check la...

http://ustaz-kunang.blogspot.com/2009/04/fitrah.html

mira said...

dah ikut :p

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails