3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

30 April 2009

Jungle Of Hope and Aspirasi Melayu Muslim

That saying of the Prophet," he said, returning to the saying he had read out at the beginning, "tells us to strive for the hereafter as is we would die tomorrow, and to strive for this world as if we would live forever. This means, that we must do our religous duties earnestly, with rapt attention and humility, surrendering our outer and innerselves totally to Allah. How can we do this if we don't even perform all the five daily prayers regularly, and skip the Zuhur prayer everyday and perform the prayer later with the Asar prayer, just to finish a bit of hoeing or something else".
______________________________________________________
The teacher tried to see the responses to his preaching. But his listeners sat with their head bowed and he could not read their faces."Perhaps we think that we are striving for the world as if we would live forever,and thatis why we cannot perform Zuhur prayer in its specified time. Is this true? If it is true, why is the result of our hard work so meagre compared with that of the non Muslims? It's because we are not striving earnestly to get abundant yields, we only work half-heartedly. Having lived a long time, surely we would need an abdundance of the necessities of life. we would not be living from hand to mouth. this hand-to-mouth existence is not a part of the teachings of Islam," the teacher smiled slightly. "We work without rules, without schedules, perhaps evven without looking our agricultural tools properly. We use up so much energy that we have no more strength left for prayers. We take up so much time that we cannot pray at the proper times. Yet the result of our slogging is so puny." The teacher studied each face before him.
"All these spring from our ignorance of the inner wisdom of the teaching of Islam. Think, study: is there a single one of our religious duties that is without conditions and principles? In these conditions and principles lie the wisdom concerning the importance of rules and time. Ritual prayers have their times, conditions and principles. Fasting, tithes, pilgrimage, all have their conditions, times and rules. Daily work is also a religious duty for we are commanded to do it for our life in this world. As a religious duty, it must have conditions and principles too. It must have proper rules and schedules, This inner wisdom brings good results."



Ia adalah petikan dari Jungle of Hope, Karya Keris Mas yang diterjemahkan dari Rimba Harapan oleh saudari Adibah Amin. Tanpa melihat kepada gaya penterjemahan yang sangat bagus tetapi lebih memerhatikan isi kandungan petikan ini, terlalu banyak hikmah yang boleh dipetik.

Beberapa ketika saya merasakan ia mengenai hidung begitu ramai orang, khasnya Melayu dan Muslim. (Pedulikan isu ketuanan Melayu, sudah jelak saya membaca dan mendengar dari kaca-kaca dan corong-corong media. Isu ketuanan Islam usai pula dari minda mereka semua ni. Sedang asli Melayu itu mandirinya islam, bukanlah sebaliknya. ) Petikan ini memukul rata keseluruh "jenama" Melayu - Melayu bandar, Melayu kampung, Melayu liberal, Melayu muda, Melayu tua, dan lain lain lagi.

Dalam usaha kita memperbaik KPI, menggantikan DEB kepada dasar ekonomi yang lebih membantu melayu tanpa menganaktirikan bukan Melayu, kita tak pernah serius mengambil pusing kepada aspek pemasaan dan aturan kerja yang lebih patut diberikan fokus. Fokus ini pula datangnya semesti dari pemerhatian dan kejituan kita kepada siri rukun yang lima. Namun, malang sekali, apabila rukun yang lima cuma dilihat dari aspek keuntungan. Contohnya zakat dan haji. Yang tidak begitu menguntungkan (dan tidak dapat dipusingbelokkan untuk diambil keuntungannya), contohnya syahadah, solat lima waktu, dan puasa tidak ditegas dan ditekankan. Kita boleh lihat, baca, dengar dan fikirkan sendiri.

berkaitan syahadah-
isu murtad, berapa seriuskah pihak yang berkenaan menyelesaikannya? tidak termasuk lagi dengan akta agama baru kita yang melibatkan anak di bawah umur 18 perlu mengikut agama asal ibu bapa mereka.

Berkaitan solat-
Pihak berwajib lebih menekankan pembinaan masjid-masjid baru tanpa menekankan pengimarahannya secara total. Boleh difikirkan lanjut. Soal solat lima waktu? Mereka tahukah yang solat lima waktu yang berkualiti lebih berkesan meningkatkan produktiviti kakitangan dalam jangka masa pendek dan panjang daripada program kendalian Human Resources, yang costly dan lebih banyak libur dan hiburnya dari efektifnya?

Berkaitan puasa-berapa ramai Melayu yang tidak berpuasa (lupakan mereka yang sudah meninggalkan Islam)? Memanglah puasa tidak ada "Lembaga Tabung Puasa", seperti mana ibadah haji. Tapi, hanya kerana puasa tidak memberi keuntungan secara langsung kepada ekonomi negara selain dari bazar-bazar yang melata, perlukah kita menghantar lebih banyak "kereta mayat" setiap hari Ramadhan untuk menunjukkan kesungguhan kita membentuk Melayu berjatidirikan puasa?

Sekadar ulasan dari petikan. Namun hakikatnya saya kasihan melihat bangsa sendiri. Dihina orang pun masih tidak sedarkan diri.

29 April 2009

Wolverine dan Aqso Madina



Menonton Wolverine (yang tak siap lagi, hasil kerja ) disambilsalingkan dengan Aqso+Madina, yang berlarutan hingga selepas tamat mengajar anak-anak Quran di kediaman, membuatkan saya berfikir :moral/motivasi:

a) dendam memanglah kuasa pendorong yang sangat kuat
b) kita masih boleh memilih, walaupun mungkin kita merasakan pilihan itu telah diambil dari kita. Kita mampu sebenarnya memilih untuk tidak memilih.
c) Pengorbanan itu nilainya cuma di sisi Allah. Kita cuma dapat menghulurkan pengorbanan itu kepada Allah dan berdoa agar ia diterima. Soal ia berbaloi atau tidak, sepatutnya bukan urusan kita. Sebaiknya pengorbanan itu difikir secara mendalam terlebih dahulu.
d) Kejahatan muncul sebab ada kebaikan. Tapi ia bukan perkara yang mesti untuk mewujudkan salah satu daripadanya.
trivia:
a) admantium tak mungkin boleh menghilangkan memori. tetapi sel otak yang baru diregenerate memang tak punya apa-apa memori di dalamnya. Yang peliknya, tahu pula Logan mengeluarkan kukunya (skill mengeluarkan kuku memang power Logan, tapi ia perlu dipelajari kut? -aplikasi semantic memory)



b) Watak Wade dilakonkan oleh orang yang pernah memegang watak antagonis dalam Blade, Ryan Reynolds (dan juga Definitely, Maybe,). Memang gile pedang betul mamat sorang nih.






Tengah fikir nak tengok full version Wolverine atau tak. Siapa nak ikut? :P

22 April 2009

Mentor Musim 3: Zass!

"Untuk menyanyi lagu rock, you kena jujur. Jujur dengan diri you sendiri. Dengan lagu yang you nak bawa. Feel dia tu. Orang yang pertama masuk syurga adalah penyanyi rock." (lebih kurang cam nie ler ayat dia, blh dgr sendiri untuk lebih kepastian)

Salah seorang mentor Mentor mungkin akan mengulangi apa yang pernah berlaku kepada Rosnah Mat Aris dengan kata2 ini.

Persoalannya, adakah, bukan, mestikah sejarah akan berulang?

Apa yang penting, bagaimanakah penerimaan anda kepada ayat tersebut?

Jika anda tanya saya, saya akan katakan, ia bergantung kepada persepsi mereka yang mendengarnya.

Akan ada yang mengatakan ia adalah apresiasi rock kepada manusia yang jujur sahaja yang mampu menyanyikan rentak rock tersebut dan meluahkannya kepada gaya dan stail bersahaja.

Akan tetapi, akan ada juga yang mengatakan bahagian "syurga, kejujuran dan penyanyi rock" tidak begitu sedap didengar perkaitannya untuk dilontarkan sebagai bahan lawak di hujung lidah.

Anda blur? Lihat yang ini.


20 April 2009

Menang dalam Stadium: Macamana?


Kicky menang untuk kali ke enam berturut2 hari ni


macamana nak menang banyak kali dlm Stadium:
Paling penting untuk:
a) jangan terlalu fokus pada kemenangan, tapi fokuskan lebih pada timing jump dan klick banana peel.
Walaupun tertinggal di 2 section pertama, anda masih boleh kejar pet lain, dengan cara timing green boost pad, dan click banana peel untuk elakkan pet dari terjatuh. Oh ya, lupa nak bagitahu anda, banana peel lain di lane lain pun boleh diclick, sebab ada duit yang tersembunyi di celah2nya. (Kalau anda rasa anda boleh kalahkan dorang tanpa faktor disadvantage banana peel kat lane dorang).


b) jangan terlalu fokus pada kemenangan, tapi fokuskan lebih pada paw point yang nak dikutip dalam masa sehari
Paw point penting untuk levelling up. Sekiranya dalam Race, anda kalah di tempat pertama, anda memang tak dapat coins, tapi anda akan dapat +10 paw points untuk first runner up, dan +5 untuk second runner up. Dan, anda masih boleh cari paw point dalam practice.


c)jangan terlalu fokus pada kemenangan, tapi fokuskan lebih pada flow game tu sendiri.
Bila terlalu fokus, kita akan stress. Bila over stress, kita hilang sense of objectivity. Kita akan hilang objektif kita untuk berlumba. Apa objektif pet anda berlumba dalam Stadium? paw point? Coins? atau Trophy 100 wins?

18 April 2009

Trading untuk Paw Points

Levelling up dalam pet society untuk level 25 dan ke bawah adalah mudah. Namun, sebaik saja level 25 dicapai, anda akan mengalami senak perut, dan sawan menyampah. Dengan tiba-tiba anda memerlukan 3000 paw points dan lebih, untuk naik ke level yang berikutnya.

Ada yang terus give up dan meninggalkan pet society.

Anda bagaimana? Mungkin anda mahu cuba yang ni pula :)

Cari barang yang paling mahal dalam pet house yang anda pernah lihat. Sekiranya anda kenal tuan punya pets, berdiskusilah elok2 dengannya untuk meminjam barang tersebut untuk membuat "trade".



KickyWikki menerima gift yang sangat banyak~ (untuk 2 minit je,haha)



Apa itu "trade"?


Trade adalah satu skill, yang menggunakan barangan berharga, untuk dijadikan gift item. Gift ini kemudiannya dihantar kepada empunya pets yang amanah dan anda percayai.




Sebaik saja gift dihantar, anda akan menerima paw points, yang banyak bergantung kepada harga pasaran gift tersebut.

Glossy black bed : Kicky hantar kepada Honey dan Honey menghantarnya kepada Kicky semula



Sebagai contoh:

  • glossy black wooden bed = 37 paw points
  • pink wooden bed = 40 paw points
  • basic white toilet = 25 paw points
  • jukebox (paling byk saya dapat stakat ni) = 100 paw points

Untuk menggunakan trade, anda dan rakan anda perlu saling menghantar dan menerima gift2 ini. Buat lah sbanyak mana anda suka setiap hari. Tapi pastikan anda menghantar gift yang mahal2. :)


Ini barulah win-win situation. :P






17 April 2009

SpeedBoost Pad dan Warnanya



Ada faktor tertentu yang menyebabkan pets anda kalah kepada pet di lane bersebelahan. Ramai yang mengatakan pets di lane tengah lebih laju. Ada juga yang menyalahkan lagging dlm server pet society yang menyebabkan mereka takleh nak click pets supaya pets mereka mengelak kulit pisang, atau melompat di hurdles.

Sebenarnya ada cara terbaik untuk melajukan pets anda. Ia menggunakan boost pad dengan timing yang tepat, di dalam Hurdle Race di Stadium Pet Society.

KickyWikki mengalahkan pets lain di Stadium


Sebaik saja anda sampai ke Boost Pad, tunggu ia bertukar wana dari Biru kepada Kuning, Merah, Hijau. Sebaik saja ia menjadi hijau, klik Pets anda.

Warna hijau adalah warna Pad yang membolehkan Pets anda mememecut pada kelajuan maksimum.

Hijau > kuning > merah.


(aliran kelajuan mengikut warna. tanda > bermaksud "lebih laju dari" )

16 April 2009

Pet Society's Dance with the Rhyme

Frisbees, Balls, dan Skipping Rope


Kenapa Skipping, Frisbees dan Ball lagi menarik dari Stadium?

a) untuk cipta rekod baru. Setiap kali rekod baru dihasilkan untuk kedua2 senaman, anda akan mendapat trophies dan jumlah coin tertentu. Anda juga akan mendapat bonus paw points.
b) untuk mencipta rekod baru, dalam sepanjang usaha dan percubaan anda tersebut, anda akan mencipta coin2 untuk pets anda dalam anda tak sedar.
c0 untuk tujuan mencipta rekod baru juga, sepanjang coin2 tersebut dikutip, anda akan mendapat paw point dengan secara rawak.

15 April 2009

Couple Killing

Ketika makantenghari tadi, saya mencari kafe yang ada tv. Di HS cafe confem takde. Jadi, saya menapak jauh sket ke Galeri Evoke.

Dalam pada tengah menyuap, saya ternampak satu tag di CNN, yang tak mengebeskan selera makan saya.

Taliban?
Couple Killing?

Aiyok.

Terus saya mencari relevannya dengan apa yang saya dah pernah tahu. Saya
Saya cuba kaitkan dengan Saddu'zzarai'e. Apa yang saya faham, jalan ke arah kemungkaran dihalang dengan menghalang couple. Dalam hal ini, copule pula dihalang dengan pembunuhan mereka yang sedang bercouple, supaya orang lain tidak bercouple.

Saya pun berbincang dengan kawan di meja sebelah.

saya:couple killing ni sadduzzarai'e ke agaknya ek?
beliau: eh, ini dah bukan sadduzzarai'e ni.. hehe
saya:nape lak camtu.
beliau: mm, sadduzzarai'e kita menghalang orang dari sampai kepada evil. tapi yang ni, kita terus membunuh evil tersebut, bukan menghalang.

saya diam. Huhu~

Sadduzzara'ie: satu method dlm fiqh, menghalang dari kita mendapat akses ke arah kejahatan dan dosa, dengan menghalang apa yang membolehkan kita mendapat akses tersebut.

baca lebih lanjut di sini. copy text ini dan pastekan ke google anda. allinurl:fiqh al ahkam
selamat membaca.

Feeding Apple atau Salami?

Dua Sebab Mengapa Feeding dengan Apple lebih menguntungkan berbanding Salami:

a) untuk health bar yang kosong, (betul2 kosong), anda akan memperolehi 17X7 paw point = 119 paw point, dengan menggunakan tujuh biji epal yang berharga 35 coins kesemuanya. Berbanding Salami yang berharga 30 coins, anda akan dapat penuhkan bar tersebut, tapi anda cuma dapat 17 paw points.
b) apple adalah makanan paling ringan untuk pets anda, takde makanan lain yang boleh isi sampai 7 kali untuk penuhkan bar. metzo biscuits pun 6 kali je. (kalau tak silap. anda boleh cuba).

14 April 2009

Operant Conditioning :Satu Refleksi

Operant conditioning: Satu refleksi dari apa yang saya belajar dalam kelas, kepada aplikasi kehidupan seharian

Adaptasi.
Adaptasi memerlukan kekuatan yang menyokongnya. Barulah adaptasi tersebut akan dapat dielakkan dari hilang dari kelakuan kita (klu lah ia berkaitan dengan kelakuan kita).

Contohnya:
Kita mungkin melihat monyet memiliki tangan dan kaki yang kuat untuk memudahkan mereka memanjat, mengawal pergerakan di permukaan membujur (vertical plane) (contoh Adaptasi). Tetapi kita tidak tahu kekuatan yang menyokongnya (reinforcer), iaitu sistem cardiovascular yang sgt hebat. Jantung monyet 5 kali lebih kuat dari jantung manusia dari seri ketahanan dan kekuatannya. sistem pengaliran darah monyet membolehkan graviti dilawan dengan mudah dan efisien.



Sekiranya kita mahu menjadi kuat seperti monyet, dan berfikir, dengan mengimplankan sel tisu otot kaki dan tangan monyet kepada kita, kita tidak akan berjaya mengadaptasi kelebihan tersebut tanpa kekuatan jantung yang sekurang-kurangnya sama seperti monyet.

Hikmah.
Dalam aspek lain, sekiranya kita memohon daripada Allah untuk diberi kekuatan menempuh cabaran akan datang (adaptasi), kita juga perlu memohon agar kita dimudahkan dalam segala cabaran yang akan datang (reinforcer). Supaya bila kita dihadapkan dengan cabaran, kita akan kekal dengan kekuatan tersebut.

Trivia.
Entri ini ditarik dari stream of ideas, apabila melihat sekawan monyet memanjat dari bangunan IRKHS ke Econs melalui jejambat. haha, ada kawan yang menyergah, tapi monyet tu buat donno je. agaknya, dia fikir,
"apehal mamat ni, aku tak kacau ko pun. karang aku gigit nanti baru kena ebola. haha~"

13 April 2009

hopeless

It took a lot of courage to say something that you might regret it. but it took more to eat that something and pretend nothing had happened.

furthermore, what would you expect?~

lame.

11 April 2009

PMRAM: adakah ia masih relevan?

Jawapannya; Sudah Tentu.

Kenapa PMRAM dicaknakan dalam minggu pertama DSNTR mengambil alih pemerintahan Msia? Walaupun isu relevansi dengan pembangkang adalah isu lama, ia bukanlah isu yang poyo untuk dipandang sebelah mata.

Hakikatnya saya pun tak pasti rancangan sebenarnya. Tapi selepas berbual dengan lepasan Univ Kaherah di lokaliti saya, baru saya faham ceritanya lebih kurang.

PMRAM lebih berfungsi dari UMRAN.. malah ia seolah-olah setaraf dengan embbassy Malaysia di Mesir. Jadi ia boleh jadi sebab yang Kenapa?

a) Mereka menyambut student baru Malaysia yang sampai ke sana. Bukan PIC dari Embasssy.
b) Mereka menyelia penginapan pelajar,
c) Mewujudkan bi'ah solehah dan "a little place they can call home" di kalangan pelajar Malaysia di sana
d) Mewujudkan hidup terancang dan berpersatuan di kalangan pelajar Malaysia
e) Memudahkan urusan-urusan rasmi pelajar (baca:juga urusan kecemasan) yang biasanya akan mengambil masa berhari-hari sekiranya dipanjangkan kepada pihak Embassy kita.. sorry, but it's scarely true...

lagipun, PMRAM diwujudkan pada 1930, berpuluh-puluh tahun lebih awal sebelum Malaysia menghantar kedutaan ke sana.

Cabaran terkini PMRAM menyaksikan serangan dari dalam dan luar mereka sendiri. Dari dalam:

a) pengembangan gerak kerja mereka - lebih ramai orang di dalam, lebih banyak kerja yang seharusnya disiapkan, tapi tak dapat diselesaikan semuanya atas masalah tertentu
b) masalah tipikal dan standard dalam mana2 society di institut pengajian tinggi. Anda boleh fikirkan sendiri.

Dari luar:

a) perubahan dasar politik dan permainan politik semasa Malaysia, yang seterusnya akan mengubah...
b) Dasar Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang akan mengubah pemilihan dan sponsorship pelajar Malaysia ke sana,
c) dan lebih menggusarkan, kawalan autokratik kepada pelajar Malaysia di sana akan lebih diketatkan - idea, persatuan, aktiviti universiti, semuanya akan dipantau. AUKU khas untuk mereka mungkin?
d) Rentetan-rentetan episod mihnah dan tribulasi lain. (Nantikan..huhu~)

Sekiranya UMRAN sangat bercita-cita untuk menongkah arus dan mengambil tampuk kuasa dan pengaruh PMRAM (baca: dan memanjangkan aspirasi k-pintar DSNTR), anda perlu memastikan terlebih dahulu 4 isu pertama di atas diselesaikan... barulah perjuangan anda ada maknanya. Kalau tidak.. masuk angin keluar asap daaa~

09 April 2009

Masa dari Pandangan Hadapan

3 perkara tentang masa depan yang anda perlu tahu (kerana anda akan mula menggunakannya)

a) teknologi hibrid - teknologi tenaga
b) teknologi nano - teknologi perindustrian baru
c) teknologi klon - akan menggantikan teknologi kitar semula

juga 3 perkara tentang masa depan yang anda perlu timbang2kan:

a) pertambahan kawasan longgokan sampah di merata dunia
b) kekurangan sumber kuasa berasaskan fossil dan galian
c) pertambahan penduduk bumi - bumi anda sama saiz, tapi penduduk di bumi semakin ramai

06 April 2009

PetSociety: Paw Points "Maxed out!" part 2

Cara mudah untuk dapatkan lebih paw point dan jump to new level :)

a) gi exercise. :)
pergi ke Stadium, join Race dan Practice. Untuk kemenangan di Race, anda akan menerima 30 coin, dan 20 paw point. untuk kemenangan Practice, anda tidak menerima coin, tapi paw point tetap akan diterima. tempat pertama 20, tempat kedua 10, dan tempat ketiga 5.

b) berziarah ke petshouse lain :)
setiap kali ziarah, "make them happy". anda akan menerima 17 paw point untuk :
-gift yang anda hadiahkan pada mereka,
-untuk setiap makanan yang anda feed pada mereka,

Sehingga penuh bar hygiene, health dan happiness, anda akan menerima 5 paw point untuk:
- setiap effective brushing dan soaping yang anda lakukan pada mereka

Hikmah tersembunyi ;
a) Kita memang digalakkan bertukar-tukar hadiah sesama kawan2 dan jiran. Ada hadis nabi yang sahih, yang memaklumkan kita tentang ini. budaya bertukar hadiah setahu saya setakat ini masih belum berjangkit kepada masyarakat melayu kita, tetapi di US dan UK ia telah lama dipraktiskan, bukan semasa Thanksgiving atau halloween sahaja.

b) exercise memang sangat2 perlu kepada badan. tak kisahlah untuk Pets atau tuan punya Pets. kajian menunjukkan sel yang tidak menerima oksigen secukupnya dalam badan punya kecenderungan untuk menjadi sel kanser.

05 April 2009

PetSociety: Paw Points "Maxed out!"


Antara cara memaksimumkan paw point value untuk setiap coin yang dibelanjakan dalam Pet Society, anda boleh cuba untuk:

a) lebihkan pembelian makanan berbentuk buah-buahan.. dan hadiahkan pada pets lain.
Makanan ini bernilai biasanya kurang dari 10 coin@sen. Setiap kali anda memberi pets lain makan makanan anda, anda akan mendapat +17 point, tidak kira berapa mahal makanan yang anda berikan pada pets tersebut. Untuk memenuhkan Bar health mereka, adalah lebih menguntungkan bagi anda, untuk memberi 5 biji epal dari sebiji Salami atau Loaf Bread, walaupun kedua-duanya memberi kadar kekenyangan yang hampir sama.

b) lebihkan pembelian mystery gift dari furniture dan clothes.
Dengan pembelian mystery box, anda mengurangkan risiko overspent untuk coin yang anda perolehi. hanya dengan 50 coin, anda mampu memperolehi unique furniture, clothes, yang pet anda boleh pakai. Kalau tak mahu barangan tersebut, select dan drag item tadi ke "Sell" dan dapatkan nilai coin anda semula. Walaupun ia tak sebanyak mana, namun ia lebih menjimatkan dari membeli barang di kedai furniture dan clothes asal.

cthnya, Red Playfish Shirt bernilai hampir 300 coin. tapi dengan mystery gift anda boleh membelinya dengan 50 coin sahaja. Jika tak mahu, ia boleh dijual dengan separuh harga, iaitu 150 coin.

(disclaimer: mystery gift adalah misteri. kalau tak dapat apa yang anda inginkan, cuba lah lagi ya :P )

X faham apa yang saya ceritakan? Join Facebook hari ini, dan search PetSociety Aps. boleh kita berjiran. ;)

01 April 2009

Sepi Tak Semestinya Sunyi

"There's something you can't buy. For everything, there's Mastercard."

Alangkah bagusnya kalau saya boleh tukarkan ayat tu kepada ini:

"There's something you can't write. For every word and ideas, there's Blogger."

Hm, lately terlalu banyak perkara yang saya rasa sangat best, tapi tak dapat nak diceritakan. Atas sebab:

1) Riak-riak emosi berubah begitu pantas, dan neuron saya tak dapat nak mengkodkan setiap emosi tersebut menjadi patah2 kata yang tersusun, walaupun huruf keyboard hanyalah di hujung hari saya...

2) Privacy saya telah dicerobohi, sebab ada orang yang bercerita (baca; membawa cerita yang bukan2)tentang saya, dari blog ini. Siapa makan cili, dia lah rasa pedasnya, takkanlah rasa manis pula.. Anda yang disana, jangan fikir saya tak tahu, lalala

3) Saya tak rasa begitu teruja untuk memberitahu semua orang tentang apa yang saya fikirkan kebelakangan ini. Entah kenapa ia tak seperti sebelum ini.

4) Saya ada hobby baru yang agak interesting dari menaip dan menulis: melukis digital di photoshop untuk artwork collection di Deviant Art dan project mini saya untuk tahun 2009. (mini la sangat, huhuh)

Kendatipun, saya masih membaca blog2 anda semua. Yang itu jangan dirisaukan. RSS Feed kan ada? Walaupun tak update baca di link2 blog anda, saya masih baca di RSS Reader Google.

Ala kulli haal, Ma'annajah untuk yang berjuang, dan Ma'assa'aadah untuk yang bakal berwalimah. Hai la bulan 12, hai la bulan 12~ (lalala)

p/s: Cop! Saya nak jual tagline tu kat Blogger. Agak2 dia punya bayaran boleh sponsor saya kahwin ke ek? hehe~

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header