3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

16 September 2011

Bahang Apinya : I

Api tak pernah kenal lawan atau kawan.

Bila dia kecil, kita berikan dia udara dan kayu kering kecil yang secukupnya. Nampak dia lemas sikit, kita gerak-gerakkan kayu agar dia boleh bernafas dengan udara, dan makan secukupnya sebelum dia besar.

Bila dia besar, kita dah boleh mula "main kasar" sikit dengan dia.

Contohnya  kita boleh lempar kayu besar sedikit, ketuk, atau longgokkan terus selambak daun kering. Dan dia akan ngap semuanya .. dan minta lagi.

Bila lagi besar, kita boleh baling kayu yang lebih besar tanpa pedulikan dia akan "sakit", atau padam.

tapi jaga-jaga.

Kalau tak melecur kerana dia, kita juga akan 'lemas' dengan 'kasih sayang' dia.

==============
Ada apa-apa analogi yang anda mampu kaitkan di sini?
Jika anda tanya saya , saya lebih senang kaitkan sifat api ni dengan 'harapan dan cinta'.


p/s: dalam mood bengang.



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails