3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

05 September 2011

Wu Xia : Bila Holmes Di 'China' kan


 
Bila di google, Wu Xia, tajuk itu sendiri, adalah gabungan aliran kungfu 'unisex', sama seperti Wing Chun yang original.

Wu Xia satu cerita yang kompleks, tapi mudah difahami bagi mereka yang suka sentuhan Thriller yang kemas  dalam mana-mana filem.
Kesekian kalinya, saya rasakan Donnie Yen semakin bagus, dalam gerak kerja kungfu choreographer, dan juga dalam watak yang dipegangnya.

Cuma kali ini, dalam Wu Xia, saya nampak satu sisi yang cukup lain.  Ia seolah-olah, rasa yang sama, ketika saya menonton Jackie Chan, dalam New Police Story. Ada emosi yang lebih jelas diperlihatkan, dan terserlah kematangan pelakon benar-benar diuji ketika membawakan kemampuan asalnya, dan tahap watak yang lebih mencabar.

Wu Xia, secara asasnya, adalah kisah kungfu yang tidak benar-benar bertemakan kungfu, tidak seperti Yip Man yang bertemakan kungfu vs aikido@judo, juga tidak seperti Kung fu Panda, dan lagi lah tidak seperti Kungfu Hip Hop atau Kung Fu Dunk.

Wu Xia, adalah kisah detektif (Liu Baijiu, lakonan Takeshi Kaneshiro), yang mencari seorang watak yang hilang dari timeline 10 tahun, dan dikesan ketika watak utama , Liu Jinxi atau Tang Long (lakonan Donnie Yen), menyelamatkan kota tempat tinggalnya dari serangan penjenayah (mat pow).


Kesan Khas
Kesan Khas tertentu dalam cerita ini, saya kira, antara kesan khas yang biasa-biasa. Mungkin kerana ia menumpukan lebih pada jalan cerita sebagai kekuatan utamanya. Tapi menariknya, ada dua scene   melibatkan 3d animation , semacam yang saya pernah tonton dalam House M.D.

Jalan Cerita
Memang tragik apabila kecurian identiti mangsa berlaku, dan dilakukan semata-mata untuk menyelamatkan diri dan menguburkan kisah silam yang mahu dilupakan atas nama 'taubat'. Tema kecurian identiti muncul buat kali pertama (seingat saya) dalam kisah Kungfu yang saya pernah tonton dari dulu hingga sekarang, dalam kisah kali ini.

Kecurian identiti, adalah satu jenayah yang terancang. Dan saya tak sangka ia dapat dibayangkan berlaku seawal 1907, tahun ketika Holmes pun belum wujud dalam pemikiran Arthur Conan Doyle.

Menariknya pula, Liu Baijiu, seolah-olah Holmes. Dengan pemerhatian yang begitu detail, dan kemampuan menganalisa struktur pembunuhan dan anatomi manusia, saya tak berhenti berfikir adakah Holmes benar-benar merupakan titik rujukan pengarahnya, Peter Chan, ketika watak Liu dibentuk.

Namun akhirnya, semua mati. Okay, ini memang jarang.

Tentang jalan cerita yang selebihnya, biasa-biasa saja. 

Kungfu
Kungfu yang saya lihat kali ini, gerakan nya lebih advance, dan tak nampak sangat five elements, tak seperti Yip Man I dan III.

Untuk itu, bagi siapa yang mahukan kelainan dalam cerita kungfu, memang patut kisah ini dijadikan koleksi dalam External Hard Disc baru anda.Tak rugi, pun!








Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails