3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

07 September 2011

Super Hero Sebenar bukan Supermak

Amfaizul adalah Hero. kata DS Najib.
Kata saya, AmFaizul, bukanlah hero.

tapi beliau adalah SUPERHERO. (kenapa pula, Fahmi?)

#1
Manusia biasa suka masuk gambar.

Hero juga suka masuk dalam gambar, walaupun mereka tak suka mereka terkantoi suka gambar mereka sendiri.

Superhero ajelah yang sanggup berkorban mengambil gambar agar orang lain tahu gambar itu benar-benar penting untuk dikongsi dan dilihat oleh manusia biasa, dan jua hero.

#2
Manusia biasa tak kan suka bersusah payah untuk ubah posisi diri semata-mata mahukan gambar sasarannya cantik. biasanya sasaran @ model itulah yang akan dipaksa-rela untuk gerakkan.

Hero biasanya suka mengubah suai kedudukan kamera secara rahsia, agar foto mereka tetap kelihatan heroic meski baju mereka dah pun compang-camping terkena serangan. (pengaruh sinematografi yang cantik. hehe)

Superhero biasanya  all out untuk pastikan gambar yang diambil benar-benar meninggalkan impact pada penonton gambarnya... sehinggalah mereka sendiri terkadang out-of-reach (kawasan liputan telefon, susah nak contact, sebab cari lokasi yang betul2 impresif), out -of-order (kamera DSLR lah segalanya, objek lain tak penting dah. henfon jatuh pun biar aje)... dalam kes extreme, out-of-world (bila terbunuh ketika mengambil gambar dan rakaman paling bersejarah dalam dunia.)

Tak kisah walau pasukan pengaman tempatan tembak arwah Amfaizul atas apa alasan sekalipun, (mempertahankan media tempatan/melindungi somalia dari liputan negatif/prasangka realpolitik) Allah Maha Mengetahui.

Untuk itu, belasungkawa buat arwah, dan takziah buat keluarganya. Al Fatihah.




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails