3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

21 September 2011

Transformasi yang Tidak Berapa Kekal



Sekolah teknikal + vokasional, remaja bermasalah, dan universiti teknikal, adakah ia isu yang diselindungkan dalam polemik isu lain?

Jika anda tanyakan pada saya , Ya, ia adalah isu. Diselindungkan dari banyak isu 'picisan' lain dalam akhbar, yang asyik berkisar tentang sejarah yang terkunci kemas dalam lipatan timeline. Yang asyik berkisar tentang isu butthurt.

(Kenapa , Fahmi?)


Sebelum anda teruskan membaca, saya mahu yakinkan anda yang entri ini, adalah entri kontroversi berbaur kritikan yang paling panjang pernah saya hasilkan. Amaran buat yang tak suka baca panjang2: Sila tinggalkan entri ini. Anda dah sedia?



Masalah ini pada asalnya adalah kesusahan pada pelajar yang benar-benar tidak dapat grab pelajaran yang biasa diambmil dalam sekolah menengah biasa.

sebelum ini, apabila sekolah teknikal dan  vokasional diasingkan, ia  bermaksud, kemahiran teknikal yang dikesan pada pelajar, sewaktu mereka berada dalam tahap menengah rendah (tingkatan satu hinga tiga) , akan diserapkan ke aliran vokasional, agar mereka ini, akhirnya nanti menjadi manusia yang berkemahiran tinggi.

Walapupun tanpa kemahiran akademik, mereka akan meneruskan kelangsungan hidup menerusi kemahiran vokasional yang lebih spesifik, ... dan menjadi sumber manusia yang hebat,


Sementara pelajar yang sedia adanya mapan dari akademik, mampu meneruskan kelangsungan pembelajaran di sekolah bertema akademik, tidak kira sains atau agama, dan seterusnya ke jalan hidup berikutnya, matrikulasi, universiti, dan keluar bersama segulung ijazah dan ilmu yang mampu dipraktik.

Apabila ini berlaku, kita mampu uuntuk ada dua jenis sumber manusia. Sumber manusia yang kaya dengan akademik knowledge + praktikal skill, dan sumber manusia yang penuh dengan technical knowledge + praktikal skill.

Konsep Two Towers.

Tetapi, akhir-akhir ini kita menyaksikan begitu banyak penaik tarafan yang berlaku dalam sistem pendidikan vokasional.. bersama kesan yang lain.

Politeknik Metro, Kolej Universiti, penambahan institut kemahiran yang baru, dan banyak, (ADTEC, IKBN, dan sebagainya), sekadar menyebut beberapa contoh... yang terkesan dengan impak ini.

(apa kaitan yang awak cuba sampaikan, Fahmi?)


Kita mungkin nampak banyaknya institut teknikal ini sebagai suatu tanda aras yang baru. Mungkin kita rasa negara kini betul-betul menyasarkan peluang-peluang baru buat golongan teknikal.

tetapi tahukah apa yang sebenarnya berlaku?

SISTEM YANG CELARU


Rombakan pada sistem aliran sekolah teknikal dan vokasional beberapa masa yang lalu, ketika Musa Hitam telah tidak lagi menjadi Menteri Pelajaran, memberi impak yang  bukan kecil.

Pada asasnya sekolah teknik diwujudkan berasingan dengan sekolah vokasional. Dari sekolah rendah, kanak-kanak yang dilihat dan meyakini dirinya tidak begitu prowess dalam akademik, boleh mendaftar sebagai pelajar di sekolah menengah teknik. Dari situ, subjek kemahiran hidup yang teras dan elektif bakal mengasah mereka untuk masa depan mereka.

Kemudian, apabila mereka sudah masuk ke tahap lebih tinggi, mereka boleh ke sekolah vokasional, untuk meneruskan apa yang mereka telah pelajari.. pada tahap yang lebih tinggi.

Namun apabila ia disatukan, ia seperti ombak yang bermula kecil, dan menjadi ombak rasaksa yang menghancurkan bukan saja pesisiran, tapi apa saja yang ada di hadapan pesisiran itu.
Ihsan dari Adteclondon.wordpress.com.  Gambar Hiasan


Rombakan yang dibuat, mencantumkan sistem teknikal dan vokasional ini menjadi satu.

Sistem pembelajaran pula mula memfokus pada jumlah A, dan biasiswa juga pemilihan Universiti mula dibuat berdasarkan kelayakan dengan jumlah A.

Rombakan inilah menyebabkan semakin ramai pelajar yang bakal 'dibentuk' untuk mengikuti arus perdana ini, dan tinggal selama yang mungkin dalam sistem pendidikan akademik... meskipun mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti aliran ini.

Ini belum lagi kita kisahkan tentang pembaziran yang tidak sedikit berkaitan PPSMI, (yang kursusnya makan belanja yang banyak, masa yang bertahun, yang akhirnya terbuang tak terganti), yang mencaca marbakan dunia pendidikan Malaysia, dan mengocak hati ilmuwan bahasa dan pakar, yang bukan-bukan katanya.

Lantas, apabila pelajar-pelajar tidak lagi mampu meneruskan kelangsungan, self esteem mereka hancur. Apabila ini hancur, konsep kendiri mereka juga entah ke mana, mereka mencari external source yang mampu mengesahkan kewujdan mereka. Mereka mula mencari perhatian dan mereka rasa mereka masih mampu 'memberi' sesuatu.

Maka di sinilah terjadinya gangsterisme, buli , dan sebagainya, bagi menunjuk-nunjuk, yang mereka masih perlukan perhatian.

KECICIRAN YANG MENCICIRKAN


Apabila ini berlaku, sekolah akan mengambil tindakan, dan mereka ini (yang sepatutnya sudah boleh ke vokasional, jika dalam sistem yang asal), tidak akan dapat diterima di bahagian teknikal, kerana bad repo.

Apabila kemasukan di bidang teknikal pada peringkat sekolah adalah kurang, ia bakal mempengaruhi kemasukan dalam peringkat lain yang lebih tinggi. Contohnya , di IKBN.

Meskipun penambahan-penambahan institut masih berlaku, tapi penambahan pendaftaran pelajar adalah kurang. Mengapa? Kerana peratusan lepasan sekolah yang betul-betul mampu (atau layak) masuk ke bahagian teknikal tahap seterusnya ini, juga kurang.

Kerana apa? kerana bakat yang dikesan dalam bidang teknikal tidak diapresiasi sebaiknya ketika mereka berada di sekolah pada tahap menengah rendah. Sebaliknya mereka diasuh untuk terus kekal dalam bidang akademik ketika minat mereka bukan lagi di situ.

Ini belum lagi kita ceritakan tentang sistem penyelarasan UPU yang menggabungkan institut teknikal dalam kemasukan, yang lebih patut untuk diasingkan, andai benar ikhlas usahanya bagi men'two-towerkan' sumber manusia, dan bukan hanya menambah 'tangkap muat' remaja yang mencari status sosial sebaik bergelar pelajar, seusai matrikulasi mahupun STPM... if you can see what I meant.

Sudah tentu bukan ini yang kita mahukan bila 'mereka' maksudkan mengarusperdanakan aliran teknikal.
Politeknik Port Dickson. Sekadar Gambar Hiasan

PENAIKTARAFAN YANG MERENDAHKAN TARAF


Maka jadilah pembaziran yang berbillion-billion, yang dicatu dari cukai-cukai,  bagi menampung kos 'transformasi', ke satu transformasi yang lain.

Pembaziran sumber manusia, pembaziran masa, pembaziran pembinaan, pembaziran conceptualization yang dijana oleh thinktank sebelumnya.

Penambahan institusi secara 'cendawanan' (penambahan 'an' saya gunakan untuk menunjukkan suatu yang  berlebih-lebihan), turut  bakal merendahkan kualiti produk pelajar yang dihasilkan, juga penarafan tanda aras bagi definisi kecemerlangan dalam bidang teknikal.

Kalau dulu kita ada politeknik dan sekolah vokasional, tapi kini kita ada terlalu banyak variasi (bukan pilihan, tapi hanya kepelbagaian yang tak diperlukan), dan tiap satunya hanya akan menimbulkan keliru,

Yang bakal masuk ke situ tidak tahu yang mana satu lebih baik, bukan lagi yang mana satu paling berguna untuk si abang yang mahu benar2 menjadi pakar bidang teknikal. Kerana tiap satunya memberikan penarafan yang berbeza, dan paling penting, tentulah sosial status yang bakal diperolehinya sebaik saja bergelar graduan institut2 ini.

Penaiktarafan tidak semestinya bermaksud menambah kuantiti, tapi juga menghasilkan kualiti yang lebih baik. Simple. Makanan yang  banyak mungkin mengenyangkan, tapi tak semestinya bermanfaat untuk badan. Kan?

Anda masih mampu teruskan pembacaan? Tahniah. Jom kita ke bahagian seterusnya.

VISI YANG TIDAK SEHALA

Hanya dengan aspirasi 'transformasi', penaik tarafan institut bertema teknikal, menjadikan 'lambakan' institusi yang menawarkan bidang teknikal.

Dengan penambahan bangunan baru, dan equipment yang bukan sedikit kuantitinya, dan bukan murah harganya, kita membazirkan wang yang belum tentu kita miliki, menerusi 'pelaburan sumber manusia' yang thinktanknya tidak begitu terperinci, sebelum kita benar-benar menghalusi.

Sebelum kita betul-betul memerhati, adakah perlu penambahan institut semata, bukannya penambahbaikan modul, pemasaran institut dan penjenamaan semula. 

Sedang pada satu tahap yang lain, kemasukan pelajar tahun ke tahun semakin sedikit.

(Apa yang tidak kenanya dengan semua ini, Fahmi?)

Yang tidak ada kena mengena dengan ini semua, adalah 'visi' dan 'legasi' yang tidak mahu diwarisi.

Visi adalah wawasan seorang pemimpin. Legasinya adalah apa yang ditinggalkan buat successornya masa akan datang.

Visi Tun Mahathir adalah wawasan 2020. Visi yang hebat, dengan perancangan yang rapi, dan thinktank yang cukup hebat.

Tetapi successornya tidak begitu.

Maka langkah PPSMI yang dimulakan, dihenti. Sistem aliran teknikal-vokasional dirombak. Sekolah Rendah Kebangsaan yang menyatukan bangsa, tidak diteruskan sebaik mungkin di peringkat menengah, mewujudkan perpaduan yang terpisah, dan stigma inter-bangsa yang menjauhkan. Perpaduan atas nama lambang yang semata 'khayalan', cacamarba yang disolekkan atas nama transformasi.

Inikah Legasi yang mahu diwarisi sucessor selepasnya?

Inilah legasi yang basi. Yang terjadi hanya kerana Visi yang hebat itu dikongsi separuh hati.

(Apa yang sebenarnya kita patut lakukan, kalau awak pandai sangat, Fahmi?)

SOLUSI SEKADARNYA

Sekiranya kita benar-benar ikhlas mengarus perdanakan aliran teknikal, saya ingin cadangkan:

1) Gunakanlah semula formula asas untuk teknikal. Berikan ia sebagai ruang bagi pelajar yang telah dikesan tidak begitu berkemampuan dalam aliran akademik biasa... dan wujudkan teknikal +  vokasional seperti sedia kala. Tambahkan atau kekalkan elektif dengan sekolah-sekolah tema teknikal yang asal. Begitu juga sekolah vokasional.

2) Ini akan bakal mengurangkan dua perkara : jumlah kes pelajar bermasalah , dan pembaziran peralatan juga sumber2 lain di sekolah.
Gallarado. Gambar Hiasan dari http://otoloso.blogspot.com/

3) pisahkan dan jenamakan semula teknikal ini dalam sistem pendidikan, dalam pendaftaran UPU. Bukan semata-mata meletakkan ia dalam pilihan, tetapi memberi 'pilihan dual towers; maka ia akan dilhat sama tinggi, bukan lagi sekadar pilihan pelengkap.

4) kawal pembinaan institut baru, sebaliknya, menjenamakan dan mengkategorikan fungsi institut berdasarkan zon dalam Malaysia. Penggunaan sistem zon bakal membolehkan peralatan, makmal, dan bengkel dikongsi dan dipusatkan.  Ini bakal menjimatkan belanja kita untuk membina dan mengimport peralatan dan mesin yang harganya boleh jadi lebih mahal dari 10 buah Gallarado Handmade, jika kita mampu kumpulkan kesemua harga mesin di seluruh institut teknikal Malaysia.

KESIMPULAN

Sumber yang kita ada terlalu banyak untuk digunakan untuk perkara -perkara penting negara. Seharusnya motif dan juga visi pelaksanaan transformasi ini haruslah berkesinambungan  dari yang awal kepada yang akhir, barulah segalanya berguna untuk rakyat dan generasi seterusnya.

Kerana  hakikatnya, kita tidaklah memiliki negara ini, kita cuma meminjamnya dari generasi yang bakal mewarisinya.







Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails