3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

05 September 2011

Bukan Tentang Kucing, Serius!

Kredit buat Blog Kucing
Kadang-kadang kita tak tahu bila kita akan sebetulnya sedar, apa yang kita fikirkan, dengan siapa kita luahkan rasa, dengan siapa kita selalau pertikaikan keadaan dan kata-kata.

Mungkin kita akan rasa dalam hati. Atau fikir di minda.

Betapa kita rasa banyak saja perkara yang tidak kena dalam hidup kita.

Tapi semua itu, kita yang pilih untuk rasakan.

Di setiap situasi, kita ternyata ada pilihan, ' Untuk rasakan semua itu, atau pun pilih untuk buat tak tahu. buat tak faham.

Kita mampu pilih, sebab kita ada kuasa memilih. Kita ada kuasa kehendak. Kita ada kuasa  berfikir.

Tapi kita harus juga, (dan dalam banyak keadaan) MESTI juga sedari, apabila kita memilih pilihan itu, kita tidak berhak untuk mengawal kesan yang berlaku pada diri kita.

Untuk setiap pilhan yang kita pilih, kita perlu ada rasa tanggungjawab, dan keberanian untuk memilih.

Dan dengan beraninya mampu berkata, "yes, aku telah pilih, dan aku akan jalani akibat@kesan daripilihan tadi."

Contoh mudah.

Usai berbuka puasa, kita lihat makanan yang lebih di atas meja. Kita tahu di luar ada kucing yang mengiau-ngiau sejak awal maghrib tadi.

Kita boleh pilih untuk kumpulkan makanan tadi, gaulkan dengan nasi lebihan, taburkan dengan sedikit kicap, letakkan di atas suratkhabar, dan suakan pada kucing-kucing tadi.

Atau, kita juga boleh pilih untuk, masukkan semua baki tadi ke dalam plastik sampah, dan teruskan langkah ke garbage bin.

Dalam pilihan tadi, kita juga harus rasakan tanggungjawab untuk pilihan-pilihan tersebut.Kenapa?

Kerana, jika kita pilih untuk beri makanan pada kucing tadi, kita harus ada rasa tanggungjawab untuk membersihkan sisa dan tempat makan kucing... juga 'sisa' yang ditinggalkan selepas ia makan.

Sanggup basuh najis kucing setiap hari, hanya kerana kemahuan kita untuk tidak mahu membazir? Jika sanggup, teruskanlah niat untuk mengenyangkan mahluk Allah itu.

Jika kita pilih untuk menyimpan makanan tadi dalam plastik sampah, kita juga ada perlu rasa tanggungjawab untuk buang sampah dengan cepat ke dalam garbage bin untuk elakkan makanan tadi berbau.... dan berdepan tanggungjawab di akhirat dengan soalan "kenapa kau bazirkan makanan itu dan tak bagi pada kucing yang mengiau minta dihulurkan makanan?" dan seterusnya jawapan untuk tanggungan yang bakal menghalang anda dari masuk syurga.

'"Sesungguhnya hambaKu masuk ke SyurgaKu dengan rahmatKu' excerption dari sepotong Hadith Qudsi.

Jika anda rasa rahmat Allah itu anda bakal peroleh dengan cara lain, selain dari mengenyangkan kucing-kucing tadi, (merapatkan silaturrahim,  bersedekah, bertukar2 hadiah, menolong orang lain dalam kesusahan), go on, buanglah makanan itu.

Contoh tamat.






Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails