14 July 2008

Kata Yang Menyedarkan Rasa

Kata2 hikmah untuk hari ni:
"There's nothing such as TOO LATE, for everything." (najran)



Saya pernah mencapai kejayaan sebanyak 5 kali di sekolah. Ketiga terbaik hafazan peringkat Johor (darjah 5), UPSR 4A, keempat terbaik seluruh tingkatan (tingkatan 2), johan emas kategori POOMSE (tingkatan 3) PMR 9A.

dan kemudian prestasi saya menurun ketika di SPM, sekadar cukup makan. Dengan BM yang kantoi (sebab buat menda kurang bjiak ketika jawab karangan-tulis semula karangan baru seleaps 20 minit menulis, dan tulis karangan yang tak pernah dibuat oleh semua calon di sekolah saya spm 2000- skrip mini drama).

di matriculation IIUM, bermula dengan CGPA 3.406, setiap sem menyaksikan penurunan, ditimpa musibah berhikmah, hingga akhirnya saya tukar course, dan grad semula dgn CGPA 3.415.

di kampus utama, sem pertama 3.415 dan kemudian prestasi turun, turun dan terus turun. dari first sem yang cemerlang (hingga ada kwn yang kata saya ni legend-mcm mengarut je) kegagalan demi kegagalan saya tempuh. hinggalah ke hari ini. \

dan semester ini saya bermula semula. dari bawah. mendikit mencari diri dan falah.

petang tadi, dalam aspal yang basah selepas hujan, saya menujah kaki menuju bus stop pertama untuk membeli tiket pulang ke rumah, mencari rahmat di telapak ibunda dan lentunan ayahanda. juga menjenguk adik yang baru kebah.

adakah jejak rahmat Nya telah bermula? saya ketemu dgn Najran, rakan di Darul Quran, SMAP, dan juga UIAM. Dia dah grad dah pun, baru interview di VASTALUX Sdn BHd katanya tadi petang.

Walau tak mahu menyusahkan Najran untuk menghantar saya ke Greenwood membeli tiket, (atas sebab tak nak menyusahkan kawan - kata2 seseorang yang saya cuba utk pegang smpi skrg), Najran sebaliknya mengingatkan, kawan memang untuk diminta tolong dan diberi pertolongan. kalau tak nak disusahkan, jgn berkawan dgn manusia.

Saya betul2 tersentak. Namun cuba berlagak cool. (huh, poyonya aku.)

Ayat demi ayat, setiap satu bukan setakat menyentap rasa, tapi menghentak kalbu. Sebak saya tahan sendiri. Mana mungkin tak sebak. kawan yang pernah saya simpan rasa tak puas hati ttg beberapa perkara sekian lama (sori najer), sebaliknya mengingatkan saya ttg banyak perkara yg saya sendiri tak sedar.

Quote lagi..

"mungkin kau tak sedar, dulu di DQ kau dah sangat jauh mendahului masa banding dgn kitorang, dgn your theory and practical on self development and time management. mgkn tuhan bg kau sakit supaya time kau tu stop and kitorg leh kejar"

hehe, saya gelak je dlm hati. ape benda la ko merepek ni najer :)

Najer, are u reading this? :P

InsyaAllah, I will bring myself to the best. this time. thanx bro :)

1 comment:

mira said...

wow~

did i ever be like him to u, abang? :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails