Harimau Malaya Vs Singa Pura
Dari 45 minit pertama dan kedua, kita boleh lihat kelemahan dari kedua-dua belah pihak. Meski saya bukan begitu arif langsung tentang bola sepak, tapi saya teruja juga. Lebih-lebih lagi bila tau ramai kawan blogger yang datang stadium tengok.
Apapun yang terjadi, saya masih kira Harimau Malaya kita masih banyak lagi aspek yang boleh dipuji dan banyak potensi yang boleh diperkemaskan, bukan terlalu dikritik.
Saya kira Khairul Fahmi menyelamatkan terlalu banyak cubaan kali ini, dan melepaskan satu Gol Singapura bukanlah kesilapan yang harus dipertanggungkan secara total padanya. Saya sangat
impressed dengan cubaan menyelamatkan double attack dari striker Singapura.
Saya suka cubaan gol yang telah berjaya. Nampak smart!
Nampak terserlah kegigihan bahagian tengah kita untuk menghantar bola ke atas. Syabas!
Namun, saya kira, bila bermain long ball, kita perlukan dua orang striker, atau sekurangnya seorang Attacking Midfielder yang akan assist Striker. Sebab dari masa pertama membawa ke pertengahan separuh masa kedua, kita nampak jelas penggunaan long ball yang menggunakan banyak tenaga untuk naik dan turun, hanya mengundang 5 ke 6 percubaan yang nyata dipatah dengan mudah, akibat ketiadaan orang yang cukup di bahagian hadapan.
Adakah saya salah?
Safi Sali masih memerlukan through pass dari rakan yang baik. Kawalan aerial bahagian atas mungkin tidak menjadi malam ini, ya? =)
Amirul Hadi pula mungkin telah diamanahkan untuk menghantar bola hanya kepada orang tertentu. Sebab itu dia nampak teragak-agak dan tidak mampu menghantar direct ke atas. Abah kata, nampak blur, tapi saya rasa, tentu ada sesuatu
beyond that blurriness.
Dari pihak sana, sukar dipercayai juga, body contact yang nihil sanggup dijadikan bahan untuk Singapura melambatkan masa. Bukan sekali, malah 3 kali.
"Ai, sepak tanah sendiri pun jatuh, pun nak berguling2? Kaki sayur ke, prosthesis?"
Mungkin yang ini berbaur tuduhan (kerana tidak ada alat yang sesuai untuk mengesahkannya), tetapi pada kejatuhan pemain Singapura yang mukanya 'annoying" itu tadi, saya seolah nampak Fisio perempuan itu berkata dua kali, "you hold on, hold on", dengan tangan yang body language yang tertutup, atau narrow, bukannya open.
Dalam kajian mengenai Neuro Linguistic Programming, body language yang tertutup dan narrow, boleh menampakkan kelakuan kita yang menyelindungkan sesuatu.
So, jika anda memahami apa yang saya maksudkan, anda tahu apa yang saya sampaikan.
Yes, lakonan mereka memang menjadi. Mungkin pemain import mereka memang ada side income lain sebagai posers atau fakers? #adehh.
Apapun itulah strategi, walaupun strategi itu nampak menjengkelkan. Sangkar burung masih okay lagi. Tapi
faking injuries? Oh, too much la kan takat nak delay masa aje.
Sanggup mereka merendahkan maruah sendiri dan taat pada jurulatih yang suruh mereka berlakon bagai. Kan? Tak boleh ke mereka fikir untuk diri sendiri? Tak malu la kat anak beranak yang tengok hang pa main... ish.
Kepenatan dan kreativiti
kreativiti akan meningkat apabila badan menggunakan oksigen dan darah secara optimum. Juga apabila pendedahan kepada stimulus yang merangsang kreativiti diteruskan. Namun, bila kepenatan melampau berlaku, kreativiti akan nyahidrat dari sistem. (hehe boleh ke macam tu hipotesisnya?)
Apa yang saya lakukan sekarang adalah tengok animasi yang saya sukakan untuk release stress, disamping minum air yang saya paling suka untuk dapatkan rehat semula, dan dapatkan kickstart untuk empat job flash yang telah tertangguh hampir seminggu. bukan buat alasan dengan job web yang bertalu, tapi inilah hakikat.
Bila kita tangguh kerja, ia tentu akan affect pada kerja yang lain, dari banyak aspek, momentum dan perhatian kita sendiri.
Itu tak termasuk lagi kes blackout berturut2 dalam block kuarters perumahan kami. Anehnya, namun saya seolah dapat rasakan ia mungkin berpunca dari kabel extension komputer saya sendiri.
Dulu di kampus, pernah terjadi, akibat extension, satu block kolej terpadam. Kes berhenti selepas extension di bilik kami ditukar baru.
Maaflah kalau betul. Tapi macam mustahil lah, kalau iya jawapannya. Sebab, kuasa yang menghantar blackout ini sampai affect ke rumah tenaga, mengeluarkan bunyi yang aneh. Takkan lah kabel extension + Power Supply CPU Casing Power Logic mampu buat macam tu? Anda rasa?
Header akan siap malam ini, insyaAllah~
Trafik Blog Mendadak Turun
Selain dari kegagalan ping blog di autoping favourite, dan kegagalan meneruskan post kadar satu post sehari, adakah anda ada apa2 penjelasan untuk ranking yang turun dari 536,000 kepada 557,000 dalam masa kurang dari 24 jam?
Ada siapa2 punya penjelasan, kah? Meh tolong saya sebelum saya search the real culprit dalam google ;)
Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!