15 May 2009

Quran dan Henfon

Macamana agaknya kalau kita jadikan Quran macam henfon kita? Kita akan... :

a) Membawanya setiap hari ke hulu ke hilir dalam poket kita. Tak pun, gantung dengan tali yang stylo abis kat leher
b) Kita membelek-belek dan menyelak lembaran "mesej' setiap hari.
c) Kita sanggup berpatah balik ke bilik untuk mengambilnya kalau tertinggal.
d) Kita menerima 'mesej' darinya setiap kali kita membuka inbox.
e) Kita tak sanggup hidup sehari takleh bukanya.
f) Kita menghadiahkannya pada orang yang kita suka berkawan@sayang.
g) Kita menggunakannya bila kita mengembara dan berjalan ke sana sini.
h) Kita akan menggunakannya ketika kecemasan.

Tak macam henfon, Quran takde masalah network.

Alangkah~ :)
terjemahan dari sini.

5 comments:

نذر الأفندي بن عبد الغني said...

Al-Qur'an adalah al-Qur'an. Telefon adalah telefon. Aku tak akan samakan taraf al-Qur'an dengan telefon. Tak ada telefon, masih boleh hidup lagi. Lagi aman...

Fahmi Mahat said...

:)

you are quite right there.
but, I was going to say about the other metaphor here, bro.

People could be reading Quran less than they read SMS everyday. I'm just trying to knock those heads with this thought a little bit.

A little knock wont hurt much,though.

mira said...

faham maksud fahmi. boleh juga gunakan buku teks ganti handphone tu. buku teks boleh dihabiskan terutama menjelang exam. tapi quran tak larat. sebab kita tak tahu 'exam' kita bila. kalau tau?

quran akan hilang dari dunia satu hari nanti. terus terang, saya belum bersedia akan kehadiran hari itu..

Khairul said...

Di Malaysia agak pelik. Kalau kita terlampau alim, orang akan cakap kita mencapap. So kalau kita bagi Quran kat kawan, pasti banyak cerita -ve keluar.

Fahmi Mahat said...

mira:begitu juga dengan Quran dan facebook. kita boleh merasa terhibur dengan facebook, appsnya, gamenya dan quiznya. tapi belum tentu kita akan mampu rasa terhibur bila menyelak-nyelak lembaran Quran sambil merenung maksud dan mengaitkannya dengan hidup seharian kita.

metafora memang suatu yang indah.setuju?

khairul:di Malaysia memang pelik. tapi biarkanlah. bukan semua perkara yang orang akan cakap, akan semuanya betul, at least, kena dgn apa yang kita buat.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails