31 May 2009

Testosteron dan Mood Anda

Bagaimana testosteron mempengaruhi mood seorang lelaki?

Apabila seorang lelaki normal merasakan dia takde@kurang mood, ia mungkin boleh disebabkan oleh paras hormon testosteron yang rendah dari biasa dalam badan.

Kajian yang dijalankan terhadap haiwan mendapati testosteron meningkatkan daya tumpuan, ketegasan, dan kecekalan dalam menghabiskan tugas yang diberikan(Andrew, 1978; Boissy & Bouissou, 1994). Kajian terhadap manusia pula memperlihatkan testosteron dapat dikaitkan dengan dominasi dan kejayaan dalam komunikasi interpersonal (Mazur & Booth, 1998).

Hormon Testosteron ini boleh dihubungkan dengan pelbagai jenis aktiviti manusia. Di antara aktiviti tersebut adalah pemilihan kerjaya (Dabbs, 1992), memacu keseronokan ke arah perancangan perkahwinan (Booth & Dabbs, 1993), membunuh (Dabbs, Riad, & Chance, 2001), dan juga keberanian menyapa orang yang tak dikenali (Dabbs, Bernieri, Strong, Campo, & Milun, 2001).

Oleh itu, ia memiliki kesan antisosial atau prososial, bergantung kepada beberapa faktor motivasi dan keadaan persekitaran(Dabbs & Dabbs, 2000).

Dalam eksperimen berikutnya, kajian terhadap kesan Testosteron kepada bacaan Ciri Big 5, antara teori penting dalam Personality Psychology, telah dijalankan.

Menerusi kajian ini, sampel menerima bilangan patch testosteron yang divariasikan selama 2 minggu, dan ciri Big 5 mereka dicatatkan. Setiap lima hari, mereka akan menulis beberapa perenggan untuk menghuraikan kelakuan dan perasaan mereka.

Bagi peserta lelaki, mereka yang tidak menerima testosteron tetapi sebaliknya bahan yang menurunkan testosteron (contohnya likuoris), mereka jadi orang yang "tak kisah, cuai, dan seriusly boring gile". Lelaki yang menerima testosteron pula menjadi "aggressif, bijak, dan rasa konfiden".

Jadi, untuk menjadi lelaki yang boleh selalu rasa bijak dan konfiden, marilah kita sama-sama menjaga level hormon testosteron kita, melalui:

a) aktiviti yang menambahkan hormon testosteron - sukan, baik anaerobik atau pun aerobik.
b) menjauhi aktiviti yang boleh merendahkan hormon testosteron - rehat terlalu lama, makan makanan yang boleh mengurangkan hormon ini, smoking, dan terlalu banyak makan makanan bergoreng dan berminyak.
c) biasakan makan makanan yang kaya dengan zat besi dan vitamin C. Contohnya: seafood, kekacang dan bijiran.



Reference

Alexander, G. M., & Sherwin, B. B. (1991). The association between testosterone, sexual arousal, and selective attention for erotic stimuli in men. Hormones and Behavior, 25, 367-381.
Anderson, R. A., Bancroft, J., & Wu, F. C. W. (1992). The effects of exogenous testosterone on sexuality and mood in normal men. Journal of Clinical Endocrinology and Metabolism, 75, 15031507.
Andrew, R. L. (1978). Increased persistence of attention produced by testosterone, and its implications for the study of sexual behavior. In J. B. Hutchison (Ed.), Biological Determinants of Sexual Behavior. (pp. 255-275). New York: Wiley.
Armanini, D., Bonanni, G., & Palermo, M. (1999). Reduction of serum testosterone in men by licorice. New England Journal of Medicine, 341, 1158
Bhasin, S., Storer, T. W., Berman, N., Callegari, C., Clevenger, B., Phillips, J., Bunnell, T. J., Tricker, R., Shirazi, A., & Casaburi, R. (1996). The effects of supraphysiologic doses of testosterone on muscle size and strength in normal men. New England Journal of Medicine, 335, 1-7.
Boissy, A., & Bouissou, M. F. (1994). Effects of androgen treatment on behavioral and physiological responses of heifers to fear-eliciting situations. Hormones and Behavior, 28, 66-83.

2 comments:

mira said...

wow! factly but sempoily :D

Fahmi Mahat said...

huhu. thanx :)

sebenarnya on research grant by diri sendiri, nak tengok correllation testosterone dengan mood.

:)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails