3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

07 December 2007

Computer Untuk Anda. Murah Murah Murah!! :)

Salam :) Saya nak kongsi smthing dgn anda semua.

Adakah anda memerlukan computer untuk penggunaan ringan (light usage) seperti menaip assignment, SPSS, programming, atau cuma untuk mendengar lagu-lagu kegemaran anda?

Dapatkan computer2 dell 2nd hand gred A, pada harga kurang dari RM 600!

pakej A:
Pentium 3, 600MHz,
Ram 128Mb,
hard disk 10Gb
bilangan unit yang tinggal: 2
harga: RM 550 each

pakej B:
Pentimum 3, 450 Mhz,
RAm 128 Mb,
hard disk 10Gb
bilangan unit yang tinggal: 2
harga RM 500 each

pakej C:
Pentium 3, 800 Mhz,
Ram 256 Mb,
hard disk 80Gb,
bilangan unit yang tinggal: 1
harga; RM 650


*Monitor disediakan dalam ketiga2 pakej computer ini. Murah betul tau. Kat luar tak dapat monitor ngan cpu skali :)

Kalau nak beli monitor saja pun boleh. tak sampai RM 100 pun. harga RM 80 je :)

Untuk pembayaran, boleh masukkan jumlah harga, campur dengan RM 10 Kos penghantaran, ke akaun maybank Nurul Fahmi bin Mahat 151043978140, sebelum Ahad petang jam 5.00 (kawasan sekitar gombak dan Ampang sahaja). Untuk pembelian di UIAM dan BMI, penghantaran adalah percuma :)

Setelah pembayaran dibuat, sila simpan resit anda. SMSkan:

PAYCOMP jarak AMAUN jarak TARIKH jarak MASA jarak NAMA jarak ALAMAT ke no 0196497437.
#Alamat tidak perlu poskod.
#Masa adalah dalam HH:MM sistem 24 jam

Penghantaran komputer akan dibuat pada hari Isnin ke lokasi anda. :)

Terima kasih :)

03 December 2007

Mesti Mau!




Hari ini adalah hari pertama kelas saya di semester 2 07/08 di kampus. Agak menarik juga.

Walaupun sedaya upaya untuk tidak menonjolkan diri, namun saya tidak dapat menahan diri dari participate bila semua orang diam, dan tidak merespon kepada Miss Mimi Iznita, lecturer Abnormal Psychology saya. Kasihan pula rasanya. Dia seorang lecturer yang cemerlang, dan mengharapkan pelajarnya juga untuk cemerlang. Jadi saya tidak mahu menjadikannya merasa terasing dari kelompok kelas.

Dan saya menjawab.

Menyusun ayat.

satu demi satu.

Walaupun ayatnya terabur juga. maklumlah, sudah lama tidak bertutur dalam English. (Tidak lama sangat sebenarnya. cuma 3 minggu) :P

Dan bila dia memberikan soalan lagi kepada kelompok pelajar, saya mula menunjuk ke arah rakan saya, yang mahu bercakap tapi kurang fasih Englishnya. Alhamdulillah, kawan saya ini berani juga menyusun ayat. Selesai menjawab, dia menghulur tapak tangannya. Sejuk :P

kadang-kadang, dalam perjuangan kita belajar, kita mungkin tidak sedar, cara terbaik untuk kita tolong diri sendiri, adalah dengan menolong rakan kita. Dan untuk kita menolong rakan kita, kita perlu jadi berani, dan kita mesti tolong diri kita untuk jadi berani. Tidak ada orang lain yang akan menolong kita, untuk jadi berani, kecuali diri kita.

Kata advisor counseling group saya, Encik Saiful, reciprocity will always happen. So, make sure we do good, so we get reciprocated goodly.

Macam iklan twisties, "Mesti Mau!"

28 November 2007

Cuti Yang Penuh

Cuti saya kali ni penuh dengan kenduri haji dan kenduri kahwin org2 penting di sekeliling saya.

Ada 4 orang Embah yang pegi Haji tahun ini, Embah Kasmin, Embah Timah, Embah Pairah dan Embah Jah.haraopnya mereka selamat pergi dan pulang :)

kenduri kahwin rakan saya di sekolah rendah, Baiduri Halim. Alhamdulillah, jodoh mereka dipanjangkan. Harap mereka dapat yang terbaik :)

Juga kenduri di tanjung karang, rakan baik di sek menengah, Zulfadli aka Ustaz.

Hai.. lambatnya nak menunggu 2008. Terasa lama :P

13 November 2007

Pengisian Waktu Cuti Fahmimahat

Peperiksaan, buat masa ini, sudah pun tamat.

Kini adalah masa untuk saya melakukan beberapa perkara yang perlu disambung secara aktif.

Pertama, sambung update blog.

Kedua, sambung menulis perkara-perkara yang tertangguh.

Dan ketiga, yang paling penting, sambung membaca beberapa buku pilihan, yang masih tertangguh lagi :)

Saya suka cuti, walaupun ia tak seberapa panjangnya pun. Anda bagaimana? :)

02 November 2007

Awak kena Tag la :P

Kena tag la pulak. Tag ni siapa lah yang gatal2 cipta. Aih, malasnya nak jawab :P

Okeylah, ini adalah 8 perkara tentang diri saya.

[pertama]
Tintamadani, Fahmimahat, Neofahmi (dulu ada, skrg dah takde) adalah orang yang sama. Tapi identitinya pun sama juga, sbb saya takde penyakit multiple personality disorder tau! :P

[kedua]
Nama tintamadani digabungkan dari dua perkataan. Satunya Melayu dan satu lagi adalah perkataan Arab, berasal dari 99 nama Rasul kita. Tinta, bermaksud, pena. Madani, bermaksud pembina tamadun. bila digabungkan, secara kolektifnya, nama TintaMadani bermaksud penulis yang tulisannya ke arah pembinaan tamadun (secara spesifiknya, tamadun diri saya sendiri) :)

[ketiga]
Saya paling suka menulis bila saya dapat idea-idea yang saya nak kritik (baca:kutuk dengan bahasa paling lembut) melalui pembacaan dan pemerhatian. Selalunya saya akan perhatikan apa yang berlaku di sekeliling, dan saya selalunya akan dapat idea dari berita-berita yang saya baca di akhbar, atau pun artikel-artikel menarik dari apa2 bahan bacaan.

[keempat]
saya adalah seorang yang suka explore sesuatu yang baru. Berikan saya satu elemen, barang, atau idea yang anda susah nak faham, dan saya akan cuba sedaya upaya untuk menghuraikannya untuk anda. Apa saja. Dari gadget electronik, software, teori, idea, atau apa saja. Ya, tanpa sebarang kos tambahan! :P

[kelima]
Saya ada masalah dalam menghuraikan perasaan. selalu fail untuk kenalpasti apa yang saya sedang rasa, pada satu2 masa. disebabkan ini juga, saya ada satu masalah untuk kendalikan tekanan. memang kena belajar lagi :P

[keenam]
Saya seorang yang mudah tertarik untuk berbual, dengan sesiapa saja yang:
a) menegur saya terlebih dahulu
b) berpakaian bersih dan menarik
c) orang yang saya rasa takkan menolak kalau saya ajak dia berbual.

Anda yang mana? :P

[ketujuh]
saya bukan seorang yang suka menyusun objek. Ini adalah fakta paling bes. Desktop computer saya, bersepah dengan icon, fail dan folder yang saya perlu buka setiap masa. Saya lebih selesa bekerja dengan tahu di mana saya letakkan idea, atau barang tersebut.

[kelapan]
Saya seorang yang sukar nak meluahkan melalui perkataan bahawa saya sukakan seseorang. Rasa itu biasanya dipendam, dalam-dalam, tidak diluahkan sangat. Ini applicable kepada semua orang di sekeliling, termasuk teman rapat dan teman tersayang. Saya biasanya akan menunjukkan perasaan itu dengan apa yang saya boleh lakukan saja. Mungkin, selalu ajak makan sama2, ajak dia ke tempat yang saya suka pegi, atau, apa2 lah. Bila saya marah, saya lebih suka diam, (tapi kadang-kadang memberontak).

Ok, dah. Saya nak tag:
Paan
Sakinah Sakura
Firdaus
Dhany
Syarif
Pzin
dan Tajamfikir :)

Tagging rules:

1. Each blogger must post these rules.

2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.

3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.

4. Don’t forget to leave them a comment telling them they’ve been tagged and to read your blog

27 October 2007

Tolonglah wahai Encik Polis

Sudah lama saya tidak ke library UIA. Buku pun sudah overdue dua minggu.

Masuk saja ke dalam, selesai pulang buku, saya terus ke ruangan akhbar, melihat2 akhbar hari ini.

Ternampak muka depan Utusan Malaysia - PM Marah. Apa pula yang dimarahkan? Pelik. Saya terus teruja untuk melihat apa yang berlaku :)

oh, rupa2nya isu tentang polis yang ditembak oleh penjenayah.

Saya terfikir, dalam keributan kita tentang isu kepolisan yang belum usai lagi selepas 5 orang suspek Nurin dibebaskan, dan kini dengan isu ini pula, PM dengan nada prihatinnya cuba menghebarkan marah (barangkali kecewa) dengan apa yang telah berlaku.

Tapi ingin saya katakan di sini, kematian dan kecederaan dalam prosedur polis adalah risiko (walaupun bukan calculated risk mgkn) yang memang perlu dihadapi oleh setiap polis yang bertugas.

Apa signifikan dua orang polis itu kepada PM hinggakan dia menjadi marah? Iya, saya tak nafikan, nyawa memang berharga.

Tapi, melontarkan marah dan kecewa kerana dua polis ditembak mati oleh penjenayah yang dikehendaki, hanya kerana polis itu tidak memanggil kawan2 polis yang lain, apakah rasionalnya?

Di manakah marah itu dilontarkan? Kepada siapa?

kepada kawan2 polis itu kah (sebab tak datang menolong rakannya)?

Kepada penjenayah itu kah? (dia mempertahankan diri dari polis. Itu memang fitrah manusia - mempertahankan diri. Tak pula saya katakan saya pro pada penjenayah)

Akhirnya, kepada Tan Sri Musa juga marah itu disampaikan.

Dalam niat kerajaan untuk menyampaikan keprihatinan tentang polis kepada masyarakat, dalam tak sedar, akhirnya kerajaan memperjudikan terus menerus kredibiliti polis.

Yang kena tempelaknya, kerajaan sendiri juga.

Bagaimana? Apa sudahnya? Adakah pihak polis tidak mahu memperbaiki keadaan mereka di mata media dan di mata masyarakat?

Tolonglah wahai polis. Tolonglah. Be Real.



Baca:

PM marah -- Insiden 2 anggota polis mati ditembak penjenayah di Sungai Buloh

Oleh: HAIRULAZIM MAHMUD dan ZULKIFLI MANZOR





KUALA LUMPUR 26 Okt. – Polis akan menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti sama ada serbuan antidadah di sebuah rumah di Sungai Buloh malam tadi yang menyebabkan dua anggotanya mati ditembak penjenayah, dibuat mengikut prosedur atau sebaliknya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, antara perkara yang diteliti dalam siasatan itu termasuk aspek pemakaian baju kalis peluru dan siapa komandan yang memberi arahan.

“Saya kena jalankan pemeriksaan terlebih dahulu. Ini termasuk siapa komandan yang beri arahan dan banyak perkara lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Hari Masyarakat Bersama Polis 2007 di Balai Polis Sungai Besi di sini, hari ini.

Di Pulau Pinang, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi marah dan kecewa dengan insiden tersebut.

Sambil mengakui penjenayah kini semakin berani bertindak balas terhadap pihak berkuasa, beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri mahu polis menggunakan strategi yang betul setiap kali operasi dilakukan selepas ini bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang.

Beliau berkata, kumpulan yang mengendalikan operasi antidadah itu sepatutnya menghubungi pasukan lain terlebih dahulu sebelum bertindak supaya strategi yang sesuai dapat diatur bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Apa yang dimaklumkan kepada saya oleh Musa, sepatutnya sebelum mereka membuat serbuan mereka maklumkan kepada pihak-pihak polis sendiri supaya diadakan satu strategi mengepung dan cara-cara yang lain untuk mengelak apa yang berlaku.

“Tapi dia punya pendekatan itu tak kena. Kalau dibuat dengan betul dan dapatkan bantuan skuad-skuad tertentu, maka dapat kepung dan gunakan pembesar suara bagi tahu yang polis mengepung dan minta mereka keluar, maka tentulah pihak polis bersedia,” tambahnya.

Tegas Perdana Menteri, penjenayah itu pasti akan melakukan apa sahaja untuk meloloskan diri kerana jika mereka ditangkap dan disabitkan kesalahan, mungkin menghadapi hukuman mati.

‘‘Kalau pergi serbu begitu sahaja memanglah orang yang terlibat itu akan ditangkap dan jika disabitkan kesalahan mungkin akan dihukum bunuh. (Jadi) tentulah mereka nak hidup, maka dia melakukan tindakan menembak polis untuk membolehkan dia melepaskan diri.

‘‘Saya diberitahu oleh Musa (mengenai kejadian ini). Saya rasa marah juga bila jadi begitu dan pihak dia bagi jaminan kepada saya akan berusaha bersungguh-sungguh supaya mereka yang terlibat melakukan pembunuhan secara menembak itu dapat ditangkap segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hospital Kepala Batas dan Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) hari ini.

Dalam kejadian pukul 7 malam tadi, dua anggota polis terbunuh dan dua lagi parah ditembak sekumpulan penjenayah lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh, yang dipercayai menjadi tempat menyimpan dadah.

Anggota polis yang terbunuh ialah Lans Koperal J.Jaya Balan dari Jabatan Narkotik Gombak dan Lans Koperal M. Alagesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Dua anggota polis yang cedera pula ialah Cif Inspektor R. Rajakumar dari Cawangan Siasatan Jenayah Komersial dan Cif Inspektor Helmi Zakaria dari Jabatan Narkotik Gombak.

Menjawab soalan pemberita, Musa menjelaskan, serbuan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang selalunya boleh melibatkan pelbagai unit dalam pasukan polis.

Ditanya kenapa anggota terbabit tidak memakai baju kalis peluru, beliau berkata, polis menghadapi masalah kekurangan baju kalis peluru ketika ini.

Tambah Musa, pada masa ini hanya anggota serta pegawai yang menjalankan tugas berbahaya sahaja dibekalkan baju itu.

Menurutnya, polis tidak mampu menyediakan baju kalis peluru bagi setiap pegawai dan anggota yang bertugas pada ketika ini kerana ia memerlukan belanja besar.

Musa berkata, polis bagaimanapun akan memohon kepada kerajaan untuk menambah jumlah baju kalis peluru bagi kegunaan pasukan itu terutama yang bertugas di bahagian rondaan.

“Kita akan memohon kepada kerajaan supaya pasukan polis dapat dibekalkan baju kalis peluru terutama untuk anggota yang menjalankan tugas-tugas berbahaya,” katanya.

Isu kekurangan baju kalis peluru pernah dibangkitkan pada 2004 berikutan kejadian seorang koperal polis, Manja Manaf, 42, mati ditembak perompak di sebuah rumah di Taman Maharani, Jalan Haji Taib, Muar, Johor.

Sementara itu, ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di ibu negara, Musa yang diminta mengulas komen Perdana Menteri bahawa kejadian itu boleh dielakkan jika polis mengambil strategi yang lebih berkesan berkata:

“Itu komen Perdana Menteri, biarkanlah... Saya tak mahu masuk campur dalam hal-hal politik,” katanya.

08 October 2007

Hui Yi, Awak Dah Ok Kan? :)

Hui Yi dah pun beransur pulih, walaupun tak seratus peratus. Saya berasa terharu :)

Harap-harapnya dia boleh meneruskan kehidupannya seperti biasa, walaupun dengan ubat immunosuppresant. sebab, hidup mesti diteruskan! Chaiyok! :)

Baca:

Hui Yee sebut ‘sakit’, boleh gerakkan kakiOleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Beberapa jam selepas sedar daripada pembedahan pemindahan jantung, Tee Hui Yee, 14, sudah boleh menggerakkan bibirnya dan menyebut perkataan ‘sakit’ walaupun ia tidak jelas kerana masih terdapat tiub di dalam mulutnya.

Pagi ini, Hui Yee juga telah mula diberikan makanan iaitu susu melalui tiub yang disambungkan dari mulut ke dalam perutnya.

Penyelaras Pemindahan Jantung dan Paru-Paru Institut Jantung Negara (IJN), Noor Salina Othman berkata, keadaan penerima organ jantung itu yang dibedah sebanyak dua kali pada hari Khamis dan Jumaat lalu adalah stabil.

Selain itu, katanya, Hui Yee juga mampu menggerakkan kaki dan tangannya di atas katil melalui latihan pergerakan anggota badan dengan dibantu oleh doktor dan jururawat.

“Tekanan darah dan suhu badan Hui Yee juga berada dalam keadaan baik dan doktor sedang dalam proses untuk mengembalikan kekuatannya.

“Namun dia masih menggunakan mesin bantuan pernafasan,” kata beliau kepada pemberita di IJN di sini hari ini.

Noor Salina memaklumkan perkembangan Hui Yee itu kepada media bagi pihak Pengarah Klinikal Unit Pemindahan Jantung dan Paru-Paru IJN, Dr. Mohamed Ezani Md. Taib dan Perunding Kardiologi, Datuk Dr. Chew Soon Ping.

Hui Yee selamat menjalani pembedahan menerima jantung kedua pada pukul 8 pagi Jumaat lalu setelah tubuhnya didapati menolak jantung pertama yang dipindahkan kepadanya melalui pembedahan selama 10 jam pada hari Khamis.

Gadis itu bernasib baik kerana badannya memberikan tindak balas positif terhadap jantung kedua yang diterima daripada seorang remaja lelaki berusia 20 tahun dari Johor yang meninggal dunia Khamis lalu setelah mengalami kematian otak akibat kemalangan jalan raya.

Menurut Noor Salina, doktor akan terus memantau keadaan Hui Yee untuk tempoh empat hingga lima hari lagi sebelum boleh dipindahkan ke wad biasa sekiranya tiada apa-apa masalah.

Ditanya sama ada badan Hui Yee berjaya menerima sepenuhnya jantung baru itu, Noor Salina menjelaskan, penolakan organ masih boleh berlaku walaupun dalam tempoh seminggu akan datang.

“Penolakan organ masih boleh berlaku bila-bila masa sahaja, jadi kita akan sentiasa mengawasinya bagi mengelakkan perkara itu berlaku,” katanya.

Setakat ini, menurut Noor Salina, Hui Yee tidak menunjukkan sebarang tanda penolakan terhadap jantung baru itu.

Jelas beliau, Hui Yee perlu bergantung kepada ubat immunosuppressants supaya badannya tidak menolak jantung baru yang dipindahkan kepadanya.

“Hui Yee perlu mengambil ubat tersebut sepanjang hayatnya. Jika dia tidak mengambil ubat itu walaupun sekali, kemungkinan untuk badan Hui Yee menolak organ jantung itu adalah tinggi.

“Walaupun Hui Yee berasa seperti sudah sihat sepenuhnya, dia masih perlu memakan ubat tersebut. Peraturan yang sama juga perlu dipatuhi oleh penerima organ yang lain,” katanya.

Noor Salina berkata, beliau sentiasa menasihatkan penerima organ supaya tidak lupa mengambil ubat immunosuppressants walaupun selepas sembuh sepenuhnya daripada pembedahan pemindahan organ.

Utusan Malaysia turut membantu Hui Yee dengan melancarkan kempen mencari jantung untuknya dan laporan mengenai nasib gadis itu menerima maklum balas yang baik daripada orang ramai.

07 October 2007

Surat Terbuka untuk Hui Yi

Hui Yi, boleh tak kalau saya katakan semalam adalah hari paling bertuah untuk awak? :)

Tak sangka kan, walaupun awak tunggu selama 10 bulan untuk satu jantung, awak dapat dua jantung dan dua2 awak dah rasa pakai selama beberapa jam. tahniah :)

Saya rasa, balik ni awak perlu banyakkan doa dan berterima kasih pada Tuhan. Tak semua orang rasa apa yang awak rasa :)

Saya harap, dan saya doakan, awak akan menjalani hidup yang bermakna, dan berjumpa dengan Tuhan yang sama dengan saya, yang telah memberikan awak peluang kedua, bila awak bangkit semula :)

Nak tahu? Saya teringin benar nak jumpa dengan awak dan berbual tentang ini semua. Tapi saya tak tahu macamana :)

Baca :

KUALA LUMPUR: Just when the doctors thought Tee Hui Yi’s heart transplant was successful, the danger signs appeared.

Her frail body was rejecting the new heart. Pushing aside the fatigue that gnawed at them, the team of doctors at the National Heart Institute (IJN) went into overdrive as they laboured to save Hui Yi.

They pumped drugs into the 14-year-old’s body in a bid to coax it to accept the new heart — to no avail. And just when they were giving up hope, good news arrived. Another heart had been found.

The heart was rushed from Johor to the IJN where a team of 34 doctors and paramedic staff operated on Hui Yi again and performed a second transplant.

This time, they were successful. The team, led by IJN chief cardiothoracic surgeon Datuk Dr Mohd Azhari Yakub, sighed with relief.

By yesterday evening, the girl who had been lugging along a 9kg battery pack to power her mechanical heart, was awake.

It was nothing short of a miracle.

However, IJN’s heart and lung transplant clinical director Dr Mohamed Ezani Md Taib cautioned: “She is still not out of the woods. We need to monitor her closely for the next 72 hours.

“It’s a miracle. Two hearts in two days after waiting for almost 10 months. It’s unbelievable. God is great.”

Recounting the moments after the first surgery on Thursday, Dr Ezani said: “We were monitoring her closely. After the first hour of the surgery we found that her body was rejecting the transplanted heart.

“Three hours later, we realised we were facing a serious problem. We had to open her up again at 2pm to find out what was happening.”

On opening up her chest, he knew that her transplanted heart had been rejected.

“I was scared stiff. I told Dr Azhari my fears and we were pondering our next course of action, including the possibility of placing Hui Yi back on the mechanical heart, when I got a call around 3pm, saying there was another heart donor,” said Dr Ezani.

He said his first question was “What blood group?”

When the reply came that it was “O", Dr Ezani cried out: “Yes, I want the heart.”

He informed Dr Azhari.

“It was God’s blessing. We did not know whether to jump with joy or not because we had to get the heart first.”

Dr Ezani said doctors believe the first heart failed because of antibodies in Hui Yi’s immune system.

“I am quite happy to report that Hui Yi’s heart is functioning very well, with lesser support than the previous surgery.”

He said that doctors believe that as a result of Hui Yi ’s multiple blood transfusions over the past year, she could have developed antibodies that rejected the first heart.

“We are using drugs that suppress her immune system so it will not affect the new organ and we are also making sure that she does not develop an infection.”

The second transplant surgery took place yesterday at 1.30am. It lasted 61/2 hours, finally ending at 8am. The first transplant operation on Wednesday lasted 101/2 hours.

The first donor heart is now being tested to find out why Hui Yi’s body rejected it.

IJN deputy head of anaesthesiology Dr Syarifah Suraya Syed Mohd Tahir said although Hui Yi’s surgery “went very well", the next two or three days would be crucial.

“She only weighs about 30kg and has barely enough muscle on her and she’s had lots of infections. It is going to be difficult for her to cope with the surgery,” she said.

“It remains to be seen whether she can cope. We are hopeful that because she is young, she can overcome, but we are still guarded in our happiness,” said Dr Syarifah.

The second donor, like the first, was also an accident victim and he donated his lungs, liver and kidneys.

“The doctors would like to thank both families for the selfless acts,” said Dr Azhari. They were also grateful to the RMAF and police for their help in transporting the organs.

Mercun! Mercun! Mercun!

Tebabooom!! (maaf, ni bukan nak promote tebaboom.org fahmisyah ya :P )

Aduh, sakitnyaaaaaaa!!!!! Maaaaakkk!!!

Aaa, kan dah kena. Orang cakap jangan main mercun, main juga. Degil!

(suara budak lelaki mengaduh kesakitan kena "piat" dengan mak dia)

Ish, susah kan nak resist main mercun time nak dekat2 raya ni?

Walau polis dan pihak berkuasa lain (RELA) buat tangkapan, kantoikan orang2 yang simpan dan jual mercun, masih ada juga kes2 macam ni tiap2 tahun.

bukan nak tuduh sesapa tak bagus atau apa.

Tapi nak bawa satu point penting. manusia yang terlebih extrovert dan tinggi "thrill seeking" memang suka mencari bunyi letupan agaknya :)


Baca seterusnya :

Baca tentang thrill sensation seeking di sini
Ekstrovert- ape tu?

04 October 2007

Mencari Satu Titik Persamaan

Al Ghazali, seorang tokoh besar dalam Islam, juga merupakan seorang ahli psikologi, mengikut pendapat sesetengah pihak yang berautoriti dalam ilmu psikologi Islam, contohnya Prof Malik Badri, Dr Alizi Alias, dan beberapa tokoh psikologi Islam Malaysia.

Freud, atau nama sebenarnya Sigmund Freu pula, adalah seorang tokoh psikologi Western, yang mengasaskan teori psychodinamic sebagai method dan approach dalam psikologinya.

Apa agaknya penerimaan anda yang membaca, kalau tiba-tiba saya katakan yang Al Ghazali dan Freud ada persamaan?

(Mana boleh!)

(Oi, kau ni gile ke? Al ghazali tu Imam besar, Freud tu dah la gile sex.. buat ide pakai personal experience je)

(eh, mana sama dorang tu.. tak baik awak cakap camtu...)

Nanti, nanti. Saya tak kata dorang tu sama, tapi saya kata ada persamaaan. (Ada beza ke?)

Ada bezanya sama dan ada persamaan. Kalau anda nak tahu. :)

Tadi saya baru belajar tentang Freud dan sejarah tentang psikodinamiknya tu. Kelas History yang dah sebulan saya tak pegi, sbb lecturer pegi US ada conference.

Persamaannya adalah, kedua-dua Al ghazali dan Freud menekankan tentang internal struggle, yang berlaku dalam diri manusia.

Pada al ghazali, struggle tersebut, dikenali sebagai mujahadah, jihad melawan nafsu yang mengajak pada kejahatan.

Pada Freud, struggle tersebut berlaku antara id (kehendak yang mengajak pada keseronokan dan kebebasan) dan juga ego (perasaan ingin menolak kehendak id). Struggle tersebut dikawal oleh superego (rasionalisasi yang sering kita lakukan tiap kali struggle terjadi).

kagum juga saya dgn lecturer saya. Dapat pulak dia cari titik persamaan pada kedua-dua tokoh yang agak kontra pada kebanyakan orang (mesti punya lah.. eh, eh, tak pe ke generalize ni) :)

25 September 2007

Nurin Jazlin Jazimin: Teknik Psikik

Mm, menarik juga kalau PDRM mengaplikasikan teknik psikik ke dalam siasatan ni. Cuma yang jadi isunya adalah reability (kebolehsandaran) dan accuracy (ketepatan) teknik.

Teknik psikik, mungkin pada sesetengah orang, (termasuk saya yang agak skeptikal), macam sama aje dengan teknik mencari barang oleh bomoh2 "so-called" handal. Ada petua pakai tempias air liur (hahaha, dulu2 punya cerita masa kecik, time barang penting hilang).



Ada juga yang amalkan bacaaan ayat2 quran tertentu sambil berwudhu kemudian masuk tidur, mimpi yang diperoleh semasa tidur tadi dijadikan reading kepada lokasi barang yang hilang. (tapi perlu kepada ahli tafsir mimpi).

Tapi kalau ikut kata2 ahli forensik hipnosis (utusan semalam), memang ada teknik psikik yang membolehkan kita mengesan "tenaga" dari barang yang hilang, dengan memegang cebisan dari barang tadi. Tapi ahli forensik hipnosis bukan ahli psikik. kan? Macam bukan orangnya untuk ditanyakan soalan "bolehkah kita mencari barang hilang" ;) Unreliable juga lah jawapan ini.

Terfikir, macamana ya jadinya bila skuad gerak khas ada sorang pawang untuk locate mangsa yang hilang. Mungkin macam ni kut skripnya:

Inspektor Aliza: Sarjan, arahkan ahli psikik kita untuk kesan mangsa, dari cebisan karpet yang ada kesan darah ni.

Sarjan: Baik inspektor. Tok bomoh, tolong scankan menda ni (sambil hulurkan cebisan karpet pada bomoh )

Bomoh: Aaa, kejap.. mm.. (pegang barang tadi, pejam mata, contact dia punya perewang).. ok2.. Orang ni baru je keluar dari kereta, kawasan ni gelap, banyak rumput.. ada satu pokok yang baru kena panah petir kat sini...

Sarjan: lagi?

Bomoh: Tu je yang saya dapat. sini line tak clear sangat, satu bar je..

Sarjan: Eh, awak ni. Kata psikik?

Hahaha :D apa pun kita tgk hasil siastan ahli psikik polis untuk kes nurin ni. mungkin tak sama lah dialognya dengan skrip di atas :P

Nurin Jazlin Jazimin: Satu Analisis



Bukan berlagak cool, tapi sebenarnya, walau macamana hebatnya media melaporkan, bukan satu kes yang pelik lagi di negara kita ni, bila terjadinya kes culik dan bunuh.

Nurin Jazlin Jazimin, adalah satu ikon Malaysia, yang tak disenaraikan dalam pencalonan ikon Malaysia tempoh hari. Ikon kepada satu masyarakat yang semakin hilang arah, hilang focus terhadap apa yang dipanggil sebagai kehidupan. Bila nafsu merajai segala, ini lah hasilnya.

Fikir2kanlah sendiri. Tanya diri kita, puasa kita bulan ni, dapatkah ia menjamin bahawa kita takkan tertipu lagi dengan kejahatan diri kita sendiri? Syaitan dah dirantai, maknanya, bila ada kehendak2 jahat yang ajak kita buat menda2 tak elok, dah sah, memang kita lah yang jahat selama ni, bukan sebab syaitan…

Hiburan melampau. Saban waktu. Walhal dalam kita lagi 13 tahun nak menuju wawasan 2020, tak Nampak pun gaya2 nak ke situ. Macam nak mengundur ada. (tak de rupa langsung macam komik 2020 dulu..sikit pun)

Pagi sahur layan video clip A**RO yang seksi meksi. Pegi keja, dalam keta dengar H***M. Dengar iklan, topic sembang, dan lagu2 merapu yang takde memberi makna pada kehidupan. Waktu rehat, sembang pasal gossip-gossip terhangat.. ngumpat orang tu, orang ni… yang student nya, masuk Lab download youtube-youtube yang tak de manfaat, solat lambat2kan.. waktu rehat malam2 main game yang ntah apa2.. sibuk dengan download ringtone terkini, wallpaper paling cun, dan tak kurang hebatnya, video clip porno, ke dalam henfon masing2..

Orang yang menegur diherdik, dikutuk, dikatakan tak global (atau glokal? Apa2 aje), dilabel fundamentalis.. orang yang ke arah kebaikan dikatakan hipokrit, menunjuk2 kebaikan. (awak tu lagi teruk, buat jahat tapi nak beritau semua orang kejahatan yang dia buat, nak tunjuk siapa lagi power. Siapa lagi hipokrit?)

Kalau nak tau, benda2 cam ni lah yang membuatkan hati kita sebenarnya semakin hilang kekuatan, selalu meronta2 nak lawan nilai moral..

Tak tahu, malas nak berfikir panjang.

Ambil mudah semua perkara.

Ini baru permulaan. Percayalah. Akan datang, kalau kita tak nak berubah, Nurin Jazlin Jazimin, akan jadi cuma 10% dari kejahatan makhluk2 yang bernama manusia dan berwarganegarakan Malaysia.

Baca: Suspek mungkin mahu mayat ditemui supaya ibu bapa Nurin Jazlin derita, tertekan

KUALA LUMPUR: Jenazah Nurin Jazlin Jazimin, 8, selamat dikebumikan Jumaat lalu, namun persoalan mengenai motif mangsa disimpan hampir sebulan sebelum dibunuh serta mayatnya ditinggalkan di tempat yang mudah ditemui, masih belum terjawab.

Sehingga kini, polis dikatakan sedang mengkaji beberapa faktor yang berkemungkinan menjadi motif pembunuhan kejam itu, antaranya dendam terhadap keluarga mangsa.
Menurut sumber, berdasarkan keadaan mayat Nurin Jazlin yang teruk diseksa secara seksual serta mengambil kira lokasi mangsa ditinggalkan, suspek mungkin berdendam terhadap ibu bapa kanak-kanak itu.

"Mangsa diseksa secara seksual dengan dahsyat dan ngeri. Ia mungkin bertujuan membuatkan ibu bapa mangsa berasa sangat sedih dan marah," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Mayat Nurin Jazlin, pelajar Tahun Dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, yang disumbat dalam beg pakaian, ditemui ditinggalkan di sebuah premis syarikat penerbitan di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini, Isnin lalu.
Mangsa yang dilaporkan hilang selepas keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju, kira-kira jam 8 malam, 20 Ogos lalu, disahkan mati akibat jangkitan pada usus perut selepas kemaluannya ditusuk dengan terung dan timun.

Mengenai tindakan suspek menyumbat mayat mangsa ke dalam beg dan ditinggalkan di tempat awam, beliau berkata, suspek mungkin memang mahu mayat itu segera ditemui dan mendapat liputan meluas supaya ibu bapa Nurin lebih menderita dan tertekan.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan Nurin menjadi mangsa keadaan. Suspek mungkin menghadapi masalah mental yang kronik dan tidak berpuas hati terhadap keadaan sekelilingnya.

"Suspek marah dan berdendam dengan semua yang berada di sekelilingnya. Namun dia takut untuk meluahkannya kepada orang dewasa," katanya.

Ditanya sama ada suspek mahu mencabar polis dengan meninggalkan beg mengandungi mayat mangsa di tempat terbuka, beliau menolak kemungkinan itu tetapi berkata:

"Suspek akan meninggalkan lebih banyak kesan yang akan membawa siasatan ke tahap lain. Dalam kes ini, petunjuk yang ditinggalkan adalah secara tidak sengaja."

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, ketika dihubungi enggan mengulas motif dan perkembangan siasatan kes itu.

"Polis masih menyiasat dengan serius kes ini dan kita tidak mahu terjadi apa-apa perkara yang akan mengganggu siasatan," katanya sambil meminta semua pihak bersabar dan bekerjasama dengan polis.

21 September 2007

Salam Ramadhan Untuk Semua!



Salam Ramadhan untuk semua. rasanya belum terlewat lagi pun :)

19 September 2007

"Lagi Lagi Ayam, Takde Lauk Lain Ke Som?"

Nak tau mekanisme barang naik harga dan terus stay dgn harga baru, wlaupun org tak suka? Macam ni. Contoh kita bagi ayam ek.
Langkah #1:
Mula-mula, ni semua keja pemborong. Dorang akan berbincang dgn persatuan tak rasmi dorang satu negeri untuk naikkan harga ayam.
Langkah #2:
Next step, pemborong pergi ke ladang-ladang ternak ayam, dan bagitau dorang nak naikkan harga ayam kat pasaran, supaya “korang semua untung sket. Tak la penat sgt dan rasa tak berbaloi.” Penternak setuju. Tapi dorang tak tau, banyak mana yg akan naik untuk setiap sekor.
Langkah #3:
Kutip ayam dengan jumlah yang lebih sikit dari biasa, untuk dihantar ke kedai dan pasaraya. Bila orang kedai Tanya, cakap, “penternak kata stok kurang”
Langkah #4:
Kedai pun naikkan harga, terpaksa, sebab nak cover kalau rugi.
Langkah #5:
Orang tak nak beli sangat ayam, tapi last2 beli lah jugak sambil marah2.
Langkah #6:
Kerajaan keluarkan kenyataan akan mengawal harga ayam, harga takkan naik . Berunding dengan penternak. (patut berunding skali ngan pemborong. Cis)
Langkah#7:
Esoknya, dan hari seterusnya, pemborong tekan lagi kedai dan penternak.. orang ramai makin tensen, tapi terpaksa beli.
Langkah#8:
Akhirnya naik jugak harga ayam, sebab kerajaan tak nak panjang2 kan isu. jawapan yang bakal diberi;
“dah lama harga ayam tak naik,”
“penternak tanggung kerugian besar sgt”
“kalau tak naik sekarang, esok lusa pun naik juga. Tak nak makan ayam, jangan bising2”

Perkara sama akan berulang untuk tahun berikutnya.

Baca selanjutnya:
Rabu, 19 September 2007

Pasar raya catu ayam 2 ekor setiap pembeli

IPOH: Sebuah pasar raya besar di sini mengehadkan pembelian dua ekor ayam bagi setiap pelanggannya berikutan kekurangan bekalan sejak minggu lalu.

Jurucakapnya berkata, syarikat terpaksa mencatu bekalan bagi memastikan lebih ramai pelanggan dapat membelinya.

Seorang peniaga di Pasar Besar, di sini, Wong Wan Soo, 65, berkata masalah kekurangan bekalan ayam yang berlaku kini adalah paling teruk sejak dia berniaga 50 tahun lalu.
Katanya, kekurangan bekalan turut berlaku kerana tindakan pemborong mencatu jumlah ayam yang diagihkan kepada peniaga.

"Jika dulu, setiap raga mengandungi 10 ayam, sekarang cuma lapan saja yang diagihkan pemborong,” katanya.

Wakil pemborong, Maya Yang Rosli, ketika ditemui berkata, masalah kekurangan bekalan juga berlaku berikutan arahan pengusaha ladang supaya pemborong mengurangkan bekalan ayam yang dihantar kepada peniaga.
"Jika dulu, kami boleh memperoleh 170 ayam sehari untuk diagihkan kepada peniaga, kini cuma 152 saja," katanya.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang menyiasat punca masalah itu.

Di Kuala Lumpur, tinjauan mendapati kebanyakan peniaga ayam mematuhi arahan menjual ayam pada harga siling RM6 sekilogram.

Tinjauan di Pasar Keramat dan Pasar Chow Kit juga mendapati, peniaga akur serta mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu walaupun mendakwa terpaksa membayar pada harga lebih tinggi kepada pembekal.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Pasar Keramat, Shoid Chee, berkata pihaknya kecewa dengan sikap pemborong dan pembekal yang mengaut keuntungan lebih apabila menjual ayam pada harga RM5.80 sekilogram berbanding harga siling kerajaan RM5.40.

"Bagaimanapun, kami tetap membeli ayam kerana perlu dijual kepada pengguna. Setakat ini, tiada pengguna yang boikot ayam kerana peniaga masih menjual pada harga siling RM6 sekilogram," katanya.

Kakitangan kerajaan, Muriza Abd Hamid, berkata walaupun harga ayam naik, beliau tetap membelinya kerana masakan berasaskan ayam menjadi kegemaran keluarga berbanding ikan dan daging.

Kalau PLUS Boleh, Kami Pun Boleh

Nafi untung RM400j

Heading ni nampak menarik. Tapi nampak macam dah biasa sangat. Cuba kalau kita tukar macam ni, jadi apa eh?

Kalau PLUS boleh, kami pun boleh

Ha, macam menarik kut. :P Nak tau apa isunya?

Syarikat tolak dakwaan kaut laba atas angin kendali eKesihatan

Rabu, 19 September 2007 | 7 Ramadan 1428

PETALING JAYA: Supremme Systems Sdn Bhd yang menerima kontrak daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengendalikan aplikasi eKesihatan, semalam menafikan akan meraih keuntungan 'atas angin' hampir RM400 juta dalam tempoh 15 tahun.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Nordin Yahaya, berkata syarikat itu hanya mendapat kontrak mengendalikan aplikasi itu untuk tempoh lima tahun dan bukan 15 tahun seperti dilaporkan sebelum ini.
Beliau berkata, Supremme Systems hanya memperoleh kira-kira 13 peratus atau RM10 daripada kadar bayaran RM80 bagi setiap pemeriksaan kesihatan yang dikenakan terhadap pemandu kenderaan komersial.

Katanya, 50 peratus atau RM35 hingga RM45 daripada bayaran RM80 itu sebenarnya diperoleh doktor panel yang mendaftar dengan eKesihatan, manakala 34 peratus (RM25 hingga RM30) untuk ujian makmal dan RM2 (tiga peratus) pula caj kutipan Pos Malaysia.

"Kami hanya memperoleh RM10 dan jumlah inilah yang akan digunakan untuk membangunkan sistem aplikasi penyaluran data pemeriksaan, penubuhan rangkaian unit pemantauan dan penyeliaan, unit khidmat pelanggan dan sebagainya," katanya pada sidang media di sini bagi menjawab tuduhan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan aplikasi itu.
Minggu lalu, JPJ mengumumkan semua pemandu kenderaan komersial yang hendak memperbaharui atau memohon Lesen Memandu Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) dan Lesen Memandu Kenderaan Barang (GDL) diwajib menjalani pemeriksaan kesihatan serta ujian air kencing di 611 klinik panel menerusi aplikasi eKesihatan mulai 1 Oktober ini.

Bagaimanapun, peraturan baru itu yang turut mewajibkan pemandu membuat bayaran RM80 di pejabat pos, mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang mendakwa pelantikan klinik panel itu melanggar Akta Perubatan 1971.

Supremme Systems juga didakwa mengenakan bayaran yang terlalu tinggi dan dijangka memperoleh RM400 juta berdasarkan unjuran 800,000 pemandu kenderaan komersial di seluruh negara.

Nordin bagaimanapun menjelaskan pelbagai ujian, seperti air kencing bagi mengesan kandungan dadah yang dilakukan di makmal panel eKesihatan hanya mengenakan bayaran antara RM25 hingga RM30, sedangkan ujian sama di makmal komersial boleh mencecah RM68 hingga RM81.

"Dengan bayaran hanya RM80, pemandu juga akan mendapat ujian kesihatan menyeluruh. Adakah munasabah untuk mendapat pemeriksaan komprehensif dan ujian makmal dengan harga RM10 hingga RM20," katanya.

Mengenai dakwaan MMA bahawa persatuan itu tidak diberitahu mengenai pelaksanaan eKesihatan, beliau berkata perbincangan pernah dilakukan dengan MMA sebanyak dua kali pada 2005.

"Selepas menandatangani kontrak dengan JPJ, 3 September lalu, kami juga menulis surat kepada MMA pada 11 September untuk menjalin kerjasama teknikal dengan persatuan itu.

"Bagaimanapun, MMA hanya menjawabnya pada 17 September lalu. Apapun kita akan mengadakan perbincangan dengan MMA minggu depan untuk mengadakan kerjasama teknikal yang dapat meningkatkan lagi mutu pemeriksaan kesihatan," katanya.

Sambil menjelaskan syarikat itu bukan mendaftar doktor seperti didakwa beberapa pihak, beliau berkata, prosedur yang digunakan panel klinik sudah mendapat persetujuan Kementerian Kesihatan berdasarkan beberapa siri perbincangan pada 2005.

Nordin berkata, JPJ juga berhak memantau syarikat berkenaan pada bila-bila masa dan boleh mengenakan penalti jika berlaku kesilapan.

"Kita boleh dikenakan penalti RM50,000 jika ada doktor panel kita didapati palsu, selain RM100 untuk setiap kes jika ada kesilapan dari segi pemeriksaan,” katanya.

27 August 2007

RUMPUN 2007

Me"rumpun"kan diri bersama Yus yang manyak celotehnya, Wan yang gila PSP dan Hafriz yang diam-diam ubi, memang banyak memberikan idea baru :)

Alhamdulillah, sampai juga ke Pelita Nasi Kandar walaupun pada awalnya tak berhajat nak ke sana. Selepas dipujuk2 akhirny, hehe :)




Ramai juga yang datang ke RUMPUN 2007. Semuanya, (ya, hampir semua) adalah muka2 baru yang tak dikenali. Tapi familiar dalam dunia maya ni :)

Bes juga dapat buat kawan2 baru dan juga network :) Dapat kenal dengan ramai org hebat. Contohnya Chot, Wan PSP, Afifi, Am, Doralina, Princess, Hafriz, Bart, Ismail, Fahmi.. Memang bes la dorang ni :)





Semoga persahabatan yang baru ni, akan terus terpupuk mesra, dengan lagu-lagu keceriaan, dan suatu cita yang berwarna :)

10 July 2007

Hai Hai Hai....

Ada dua perkara yang ingin penulis kongsikan bersama, mengenai isu yang sudah pun menghiasi dada akhbar dan berita2 di tv. Isu altantuya. Dan juga isu insinerator.

isu altantuya, pada asasnya, adalah mudah untuk diselesaikan, sekiranya Razak sendiri mengambil Altantuya sebagai isteri yang sah, mengajarnya tentang Islam, dan hidup bersama secara sah. Razak sendiri sudah mampu untuk berkahwin lagi sebenarnya, dengan harta yang beliau miliki. Dalam Islam pun, bila sudah meminati seseorang, masuk saja meminang bila mampu. Apa yang beliau timbulkan, bersama dengan orang yang bukan muhrim dalam jangkamasa yang panjang juga tu, menimbulkan keributan dan kekeliruan pada orang Islam di negara luar. maklum sajalah, tentu mereka tertanya2, adakah ini isu yang berlaku di negara islam yang hadhari?

Saksi2 pula bercanggah pengakuan. Jika ini berterusan, tidak syak lagi, kes akan dibatalkan kerana keterangan saksi bercanggah. Dan nama kehakiman kita akan dipersoalkan lagi. Dan akhirnya nama Malaysia akan buruk lagi, selepas kes DSAI dan Eric Chia. Apa nak jadi?

Tentang insinerator, cadangan itu patut saja diteruskan. Jika tidak boleh buat lima insinerator di seluruh negara, buat sajalah satu, sebagai eksperimen. Sekurang2nya kita bermula dari sekarang.

Takkan nak harapkan saja availability tanah lapang untuk dijadikan tapak pelupusan sampah. Ya, memang, insinerator memang mahal, tapi tidakkah pihak berwajib (khasnya kerajaaan) sedar, kos yang telah digunakan selama ini untuk menguruskan sampah sarap sudah berbilion2. Bila kita mempunyai insinerator, sampah2 tersebut boleh diasing dan diurus dengan mudah. Boleh jadi baja pula tu. kan untung :)

Takkan semua menda nak diswastakan. Bila diswastakan, ia tentu akan melibatkan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi. yang tanggung rakyat juga, bukan kerajaan. Kerajaan cuma tau buat konsesi, yang sakit rakyat lah nak bayar nanti. Cukai tentunya semakin bertambah, bukannya berkurang.

Kesihatan juga boleh lebih terjamin. Tidak perlu lagi kita menghidu bau sampah yang busuk dari tapak2 pelupusan sampah, terutamanya bgi mereka yang tinggal di kawasan berdekatan tapak tersebut. Kan susah kalau akhirnya nanti ada rakyat yang menyaman kerajaan Malaysia atas apa yang kerajaan pilih 10 atau 20 tahun lalu mengenai isu sampah ni?

Kerajaan janganlah cuma buat kempen untuk mengitar semula, tapi buatlah juga something big enough. Semuanya rakyat yang nak kena buat, nak kena berkorban. Apa yang kerajaan buat?

Sekian dulu. Sekadar mengajak kita semua berfikir, bukan mahu memprovokasi sesiapa. Penulis mahu kebaikan untuk semua.

31 May 2007

Salam Terakhir... Untuk bulan May. huhuhu :)

Salam semua. Maaf sebab dah lama tak update blog. banyak perkara yang difikirkan, dan banyak juga perkara yang tak dapat dihuraikan. Banyak juga perkara yang telah terjadi, sepanjang dua bulan ni.

Pertamanya, saya dah pun terlibat secara total dalam bisnes door-to-door. Keduanya, saya dah pun mendaftar domain dan hosting. Jadi lepas ni akan menyambung langkah yang terputus sejak dari sekolah menengah dulu, untuk memiliki laman web sendiri (untuk tahun 2007, ditambah: yang mampu menjual).

Ketiga, saya akan berkahwin dengan yang tercinta pada tahun 2008 Disember. InsyaAllah. Jadi sekarang banyak perkara yang perlu diselesaikan :)

doakan yang terbaik buat saya. Dan saya pun mendoakan yang sama buat semua.

Kepada Aridz, xfahmix, erna, muslim, ajil, aisya humaira, awan badai, mekasih untuk lawatan korang ke rumah saya :)

sekian dulu. ketemu di kelapangan lain. :)

03 May 2007

Awak Runsing?

Runsing adalah salah satu juga fungsi hati. Sebagaimana gembira, runsing juga adalah satu daripada reaksi hati, terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya.

Manusia yang normal, akan merasa runsing pada perkara yang sepatutnya. Manusia yang tidak normal, akan runsing pada kebanyakan perkara.

Tidak dapat tidak, runsing penting bagi kemandirian dan survival manusia. Dengan perasaan ini, manusia berjuang untuk memperbaiki kedudukan dan status kehidupannya.

Cuba kita bayangkan kalau hidup di dunia ini cuma penuh dengan gembira..

Maka gembira itu akan jadi malar.. mungkin juga hilang nilainya. Kerana kita cuma merasakan gembira setiap masa.

Tetapi bila ada sedikit runsing, bila ada sedikit kecewa, barulah gembira menjadi satu nikmat yang bernilai.

Jadi, kawallah kerunsingan itu. Jangan biarkan runsing itu terlalu menguasai fikiran. Runsing itu, biarlah sekadarnya. Dan gembira pun, biarlah sekadarnya.

:)

18 April 2007

idea:Ok ke Tak Ok?

Perkara yang selalu jadi masalah pada kebanyakan orang adalah: takde idea.

tapi masalah lain pulak yang jadi pada orang yang ada idea.

Apa masalahnya ya?

masalahnya, ialah, idea tak jalan, hehe :P

kenapa?

idea tak jalan, sebab kita terlalu melihat pada aspek negatif idea tu. yalah..

"apa akan jadi kalau orang gelakkan?"

"apa nak buat kalau idea tak jadi?"

"boleh ke orang terima idea ni?"

dan kita pun akhirnya tak laksanakan idea tersebut.

akhirnya, idea tu menghantui kita..

"aduh, napa aku tak buat awal2 dulu, kan dah ada orang buat... ruginya..."

"kalau aku buat idea tu, dah banyak peluang aku boleh dapat.."

Jadi, bila ada idea, jangan bertangguh. senarai, dan mulakan satu langkah ke satu langkah hingga berhasil! :)

27 March 2007

exam dah!

peperiksaan, nak atau tidak, kita memang akan tempuhi. apatah lagi bila dah bergelar pelajar.

paling penting, masing2 kena ingatkan diri, peperiksaan bukanlah medan realiti untuk menguji ilmu, peperiksaan cuma medan untuk kita bertempur dengan soalan dan kekeliruan.

ilmu itu diuji pada makam dan masa yang tertentu, bukan sekadar 2 jam (atau mungkin sejam setengah, bagi mereka yang suka keluar dewan exam awal), bukan sekadar jawapan short-answer atau essay.

selamat berjuang! (bg semua pelajar universiti dan kolej yang sedang menduduki minggu peperiksaan)

20 March 2007

Ingat, Jangan Tak Ingat!

Kata² indah, janji² menggunung, dan semangat keazaman sebelum berkahwin saja tidak cukup untuk membina satu mahligai yang tersergam kukuh tanpa cacat, retak dan sumbing sesudah mahligai itu dibina dengan jalan pernikahan.

Sebenarnya, perkahwinan memang menyelesaikan masalah, tapi masalah yang diselesaikan adalah masalah sebelum berkahwin. Oleh itu, pasangan harus bersiap sedia untuk berdepan dengan masalah² baru selepas berkahwin nanti. Tiada jaminan!

Kata Einstein, masalah yang dihadapi manusia tidak dapat diselesaikan dengan pemikiran yang menghasilkan masalah itu. Jadi, sebagai langkah untuk menyelesaikan masalah, kita perlu berfikir setingkat atau beberapa tingkat lebih tinggi untuk menyelesaikan masalah.

Gunakanlah kemahiran berfikir secara kritis dan inovatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Alangkah ruginya kursus Pemikiran Kritikal (Creative Thinking) yang diambil jika tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Buat perabih beras je!

Belajar cara mendengar dengan empati, bukan setakat menyambil sahaja.

Belajar mengambil hati pasangan, dan menghargainya. Penghargaan adalah kunci kepada kepercayaan dan tolak ansur. Ingat iklan mastercard? Priceless. :)

Belajar memaafkan dan memohon maaf. Jangan ego, ia tidak membawa kita ke mana² pun. Satu perkara yang perlu diingati,
kemaafan bukan saja perlu pada penerimaan, ia juga perlu kepada bagaimana ia diujarkan. Jangan tersilap!


Belajar, belajar dan terus belajar untuk hidup bersama. Perkahwinan adalah sinergi. Satu tambah satu boleh jadi tiga, empat ratus, atau infiniti kemungkinan, peluang dan rezeki. Anda tidak boleh memakai baju, seluar, tudung atau telekung dengan sebelah tangan. Suami dan isteri perlu saling membantu.

Paling penting, jangan mengalah dan jangan putus asa. Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari. Empayar Islam tidak dibina dalam seminggu. Semuanya perlu pada masa, rezeki, kesungguhan dan rahmat Tuhan.

Ingat, jangan tak ingat! :)

dari artikel :Suami isteri perlu bersedia terima kelemahan pasangan
Oleh: Nur Rashidah Maarof

01 March 2007

Suatu Penghargaan.

Penghargaan adalah fungsi sosial manusia terhadap rakan2 dalam komunitinya sendiri. Tanpa penghargaan, manusia tidak dapat dikatakan lengkap. Ini termasuklah penghargaan pada dirinya sendiri, atau penghargaan kepada orang lain.

Penghargaan adalah penting, kerana dengan penghargaan, manusia merasa ia wujud dalam kehidupan orang lain.

Pada zaman Islam mula2 berkembang, antara sebab mengapa Islam disambut baik oleh golongan marhaen, adalah kerana Islam menghargai mereka dan membuat mereka rasa wujud. Rata2 mereka yang tertarik dengan Islam ketika itu adalah mereka yang dizalimi, dan harga diri mereka dinafikan. Contoh yang boleh disebutkan adalah keluarga Yasir, dan Bilal bin Rabah ra.

Melalui penghargaan sesama manusia, manusia belajar untuk meletakkan diri orang lain sama pentingnya dengan diri mereka sendiri. Ini adalah komponen penting dalam membentuk suasana komuniti yang kondusif.

Melalui penghargaan kepada diri sendiri, khasnya kepada mengenalpasti kelebihan dan berlapang diri atas kekurangan, manusia belajar memaafkan diri sendiri, selain memberi ruang kepada diri sendiri untuk melonjak lebih tinggi, lebih jauh, mempertingkat potensi diri.

Dalam jenis2 penghargaan yang biasa disampaikan, antara cara yang paling mudah bagi kita untuk membuatkan seseorang rasa dihargai, adalah dengan mengingati namanya dan menyebutnya setiap kali kita menyapanya atau bercerita dengannya.

Cara lain termasuklah menghargai pendapatnya, berkongsi masalah, memberi pujian yang tepat dan tidak meleret2, dan juga hadiah menghadiahkan barang yang disukai.

Dalam perkara ini, perbuatan menghargaan tidak dapat tidak, adalah merupakan suatu sifat yang disukai Tuhan, asal ia tidak berlebihan sehingga boleh membawa kepada maksud negatif yang lain. Di dalam surah AtTin sendiri, Allah menghargai penciptaan manusia itu sebagai sebaik2 penciptaan.

"Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia itu dengan sebaik2 kejadian" (AtTin: 4)

Dengan itu, penghargaan adalah perlu, dan ia adalah kemestian bagi melengkapkan ciri2 kemanusiaan seseorang.

(Entri ini adalah luahan dan respon kepada entri yang telah ditaip khas buat penulis pada 27 Feb lepas.terima kasih atas segalanya. )

sepi itu indah

Kesepian memang selalunya membuatkan kita merindui sesuatu. Tetapi,
tidak semua kesepian itu boleh jadi sesuatu yang bermakna untuk kita.
Terutamanya jika kita memang tidak mahu melakukan sesuatu untuk
keluar dari kesepian itu.

Kadang2, suasana di sekeliling kita sudah cukup bingit. Orang2 di
sekitar kita berbual bercerita dan berceloteh. Atau, bunyi kenderaan
yang lalu lalang di tepi jalan. Atau, suara apek yang menjual roti, atau
aya yang menjual putu mayam.

Tapi hati kita masih rasa kesunyian.

Pernahkah anda rasa sesuatu yang seperti itu?

Tidak perlu risau, sekiranya anda merasa kesepian. Merasa sepi adalah
perkara yang normal untuk kita. Apa yang tidak normal adalah
merasakan kesepian dalam setiap saat, pada setiap masa, untuk setiap ketika.

Sedang banyak lagi perkara yang perlu difikirkan.

Sedang banyak lagi perkara yang mampu dilakukan.

Sedang banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan.

Kadang2, kesepian boleh membuatkan kita terfikir sesuatu tentang
kehidupan. Muhasabah. Sejauh mana kita telah hidup, setinggi mana kita
telah mencapai, dan sesukar mana jalan yang telah ditempuh.

Maka, ketika inilah kesepian itu benar2 berfungsi sebagai satu lembar
mukasurat dari buku berjudul kehidupan yang perlu diselak, dibelek,
dan dibaca, sebelum sampai ke bahagian atau bab seterusnya.

Tetapi, apabila kesepian itu mencederakan kita, mengisi ruang2 hati
kita dengan memori2 silam yang tidak begitu menarik untuk dirasa dan
dikongsikan, ada baiknya jika kita berusaha menyibukkan diri, dengan
perkara2 penting yang lain, supaya kita tidak lagi terperangkap dalam
kesepian yang menyiksa.

Sekurang2nya, kita ini tidak memeningkan kepala kita sendiri.

Sekurang2nya, kita ini berusaha untuk memajukan diri kita sendiri.

Alangkah ruginya jika kesepian kita itu akhirnya tidak membawa kita
ke mana2.

Kesepian itu, juga adalah ciptaan Tuhan, satu rasa dari pelbagai rasa
yang wujud dalam heartware (rujuk mirakimura@revise) kita.
Maka, sebaiknya, apa yang baik dari ciptaan Tuhan, kita ambil, untuk
diingat dan mengingatkan sesama kita.

Tidak semua sepi itu melukakan, dan tidak semua bingit itu
menceriakan.

16 February 2007

Valentine's Day?

valentine day telah pun berlalu. Ada dua perkara yang penulis ingin kongsikan bersama rakan2 semua.

Pertama, satu kisah mengenai basis atau asal usul valentine day (yang ketiga versinya penulis dengar).

Menurut pensyarah yang mengajar Science of Quran, St Valentino adalah sebenarnya seorang paderi Kristian yang menyebarkan ajaran sebenar Jesus, bukannya ajaran yang telah ditokok tambah. Beliau menyebarkan kristian pada 269 AD, sebelum kelahiran nabi kita. Pada ketika ini, mereka yang menganut kristian di Rom akan disiksa dan dihina, sama seperti keadaan umat Islam sekarang yang ditindas di palestin. Mereka dibunuh, disiksa, tidak diberi makan, dan lain2 penyeksaaan.

St Valentino adalah salah seorang paderi yang melawan kekejaman ini, lalu beliau dipenjarakan. Raja rom ketika itu mengarahkan agar beliau keluar dari Kristian, tapi sbaliknya beliau telah menulis kepada raja tersebut agar baginda masuk kristian. Raja menjadi berang (infuriated) lalu mengarahkan st valentino dibunuh.

Maka, pada satu hari, beliau telah dihukum panchung di hadapan orang ramai.ia berlaku pada 14 february 269.

200 tahun kemudian, ketika rom dibawah naungan agama kristian, raja ketika itu telah memulakan hari cuti 14 february, dan menamakannya sebagai valentine's day untuk memperingati st valentino yang mati memperjuangkan agama kristian yang asal.

(bila dilihat di sini, tidak kedapatan pun satu point yang mengatakan valentine's day adalah hari bertukar2 hadiah sesama orang yang berkasih sayang. lihat bagaimana orang2 barat telah menukarkan idea mengenai sambutan ini dan memporak perandakan ideologi manusia itu sendiri, khasnya masyarakat di negara2 islam hadhari.)

kisah kedua, adalah mengenai forum CINTA di UIAM main auditorium. (tak tahu sama ada forum ini dibuat khas pada 14 february untuk mengcounter atttack sambutan valentine's day. wallahu a'lam). forum ini membariskan ajis sattar, ustaz maszlee malik dan datin ismalina ismail. secara amnya, forum ini agak menarik, tetapi pada akhir2nya ia menjadi sangat best(menurut kata yang tersayang dengan merujuk kepada aksi ajis sattar yang meluahkan "aku sayang kau" kepada isterinya yang baru dinikahi, yang memang turut hadir memberi sokongan kepada ajis si suami. :)

p/s: begitulah serba sedikit mengenai valentine's day. alhamdulillah, kebersamaan dengan teman yang sekarang ini, mencambahkan rasa syukur, kerana beliau memahami, dan tidak meminta yang bukan2 ketika V day. tak mcm orang2 yang sebelum ni. :P mekasih...syg. :)

25 January 2007

Letihnya...

keletihan adalah satu fungsi minda. Ia akan membantu minda untuk memulakan fungsi rehat pada badan.

Tapi, bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya kita mengabaikan reaksi badan kepada keletihan.

Paling teruk, emosi dan fikiran pun akan menjadi tak menentu. Perkara mudah akan jadi susah, dan perkara susah akan jadi bertambah susah.

Tertanya2 juga dari dulu lagi, di mana atau apa sebenarnya garis yang membezakan keperluan melayan keletihan sebagai fungsi badan untuk rehat, dan ketakperluan melayan keletihan sebagai latihan ketahanan minda? :)

11 January 2007

iklan jap

"comics for sale"






Assalamualaikum semua.

Komik alwan sedang dijual di booth QYC. Anda juga boleh mendapatkannya dari saya, di Bilal f 1.4. kepada peminat komik dan majalah komik, terutamanya kepada pengumpul koleksi alwan, dapatkan sementara stok masih ada!

kesibukan bukanlah...

"Kesibukan bukan satu alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab. Walaupun tanggungjawab itulah yang kadang2 menimbulkan kesibukan yang maha amat."

"Kesibukan juga bukanlah sebab kenapa kita merasa kita tidak punya masa secukupnya.Sedang kesibukan itulah yang mengajar kita menjadi manusia yang menghargai masa".

"Kesibukan bukanlah maksud kepada hakikat kepentingan, bahawa orang yang sibuk adalah orang yang melakukan kerja2 yang penting, sedang kepentingan dan kesibukan bukanlah bergerak seiring. Ramai je yang mengaku sibuk, tapi tak tahu apakah mereka sedang sibuk melakukan sesuatu yang penting untuk mereka."

"paling penting, kesibukan tidak boleh menjadi jawapan kepada manusia untuk berjauhan dengan diri dan Maha Pencipta. Kerana manusia akan tetap sibuk, dan stress, tetapi hanya melalui kejelekitan diri dan Maha Pencipta, kekuatan untuk mengatasi kesibukan akan datang..."

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header