22 October 2008

Eurocopter EC-725: Sebuah Persamaan - Atau Lebih?

Persamaan Eurocopter dan Kapal Selam berkomisenkan 500 Juta

Anda adalah Kementerian Pertahanan. Bayangkan anda budak berumur 11 tahun. Mak anda suruh ke kedai dan bagi RM5 untuk beli 12 bijik telur. Anda beli telur.. dan mainan anda. Telur berharga RM 2.70, dan mainan anda berhargas rm 2.30. Anda berfikir untuk membodohkan mak anda dengan mengatakan anda beli telur tu dengan RM 5. Kalau anda boleh beli 12 bijik telur dengan harga RM 2.70, tapi anda bagitau mak yang anda bayar RM5 kepada Ah Beng tokay kedai, tanpa apa2 keistimewan pembungkusan atau nilai tambah lain, anda rasa mak anda marah tak? Kalau mak aku dah lama dapat pelempang.


Bayangkan mak anda tu adalah penduduk Malaysia yang waras dan masih siuman. Itu bukan duit anda. Itu kan duit mak anda. Agak2 apa yang mak akan buat? Bayangkan pula sebab ia bukan RM 5, tapi RM 2 Billion... !

persamaannya (yang aku masih boleh fikir, lepas simpan marah selama 1 minggu):

1) Kedua2nya melibatkan keputusan orang2 tertentu dalam Kementerian Pertahanan kita. Keputusan peningkatan pembelian produk untuk pertahanan Malaysia, semestinya diputuskan oleh orang2 di dalam Kementerian Pertahanan. Takkan Kementerian Yang-Tak-Dapat-Tahan pulak kan? Budak amik UPSR pun dah boleh fikir menda ni, takkan lah kamu2 yang sudah jadi Executive2 tu tak boleh..?

2)Kedua2nya melibatkan komisen yang sangat besar. Kapal selam dengan komisen 500 Juta. Helikopter dengan komisen RM 1.2 Billion. Ada pulak duit ya? ke mana duit ni akan pergi sebenarnya (Baca: Siapa yang dapat sebenarnya?) Napa tak guna ajer duit tu untuk perkara2 lebih penting? Bukan ke kita akan diserang kesan global ekonomi AS yang merudum tu... ish2

3) Kedua2nya adalah untuk tujuan peningkatan pertahanan- ya ke? Cuba tengok balik pada kedua2 pembelian tu betul2. Ye, memang, untuk tujuan pertahanan. Tapi, betul ke untuk tujuan pertahanan? Bukan untuk menguntungkan gila2 orang tertentu dalam Kementerian Pertahanan? Kalau tak, kenapa begitu terlalu banyak komisen yang diberikan dalam pembelian kapal selam, sukhoi, dan juga eurocopter ni?

4) Kedua2nya merugikan. Eurocopter (yang menggantikan Nuri tu) yang kita beli dengan harga 2 billion untuk 12 bijk tu, bukan lah dalam full package untuk function pengangkutan dan SAS (mode serangan). Dan ia dibeli pada harga 2 billion untuk 12 bijik. Sedangkan Brazil beli dengan 4 billion untuk 50 bijik. nisbah 12 ke 50 adalah hampir2 seperti 1:4. Untuk harga 2 billion, kita sekurangn2nya akan dapat 25 bijik, bukan 12. Dan Brazil beli sekali dengan pemindahan teknologi untuk buat balik Eurocopter tu di negara mereka. Kita? Kita pindahkan wire transfer ke Bank2 Offshore je kut.

Marah2 ni makin menjadi2, sebab Media alih dari bincang isu helikopter ni dengan isu UMNO+bakal PM+TPM baru. Oi, apeke sengalnye mereka2 ini semua.. Kami tak mahu tahulah sapa yang akan jadi Presiden atau Naib Presiden UMNO. Serupa gak, sapa yang naik pun. Duit2 tu ke tembolok kamu2 semua. Cubalah fikir sikit.

Kita ni dah makin nazakly menghampiri krisis ekonomi global. Tak boleh ke media kurangkan sikit cover up tentang Presidency ni dan tolong inform rakyat tentang krisis ekonomi ni. Tak serik2 lagi dengan apa yang dah jadi masa economic downturn 1997? Kamu Sang Pelelap, kamu Sang Boom-Bang-Boom, dan kamu2 yang lain, fikirkanlah, ini bukan negara kamu seorang. Kami golongan bawahan ini yang bekerja untuk bagi gaji kamu, bagi negara kamu ni keluarkan produk2 yang hebat, naikkan nama Bumi Emas di mata dunia. Tapi kamu, apa yang kamu tau? kamu cuma tau bla bla bla. Kamu nak masukkan RM 5 billion untuk suntik dana supaya economic transaction terus begerak dalam Malaysia, supaya inflasi dapat dikurangkan. Kenapa tak gunakan 2 billiion dan komisen2 tadi untuk tujuan yang lebih baik? Tahukah kamu2 semua, bila RM 5 billion tu habis, apa akan jadi? Apa, kamu nak pinjam dari Bank Dunia tanpa pengetahuan kami pula? Hm, sudah2 lah tu.. Emonya aku.. :(

1 comment:

mira said...

cayalah! yeahh!!! ;)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails