24 May 2009

ISTAK: Perlukah?

Sedap bang?



Fikir2kan:
Haramnya arak bukan kerana ia ada alkohol atau tak. ( betul / salah)
Arak adalah minuman yang memabukkan (betul /salah)
Minuman yang memabukkan adalah dari perahan anggur sahaja. (betul/salah)

Sedara2 sekalian, untuk setiap pilihan jawapan yang anda betul/salahkan, fikirkan, adakah anda akan:



1) salahkan orang yang memasukkan produk ni ke MIHAS (ye, MIHAS. Ekspro produk Halal Dunia untuk malaysia tuh.)
2) try dulu ISTAK, baru beritahu.
3) ambil tahu yang haramnya minuman/unsur2 yang memabukkan itu haramnya secara mutlak.
4) bercita-cita untuk mencipta produk western-alternative lain, kononnya untuk market orang Islam.


Berlegar di sekitar penulisan blog rakan tentang cerita ISTAK, bir tanpa alkohol dari Iran, saya sendiri berfikir macam-macam.



1) ada ke minuman yang memabukkan tanpa unsur alkohol?
2) konfem ke cuma unsur alkohol je yang boleh membuatkan kita mabuk? (makmal sains berlambak, tinggal nak guna je buat ujian.)
3) macamana produk ni boleh lepas ke MIHAS?
4) kenapa pulak nak assimilasikan budaya minum Bir non Muslim ke dalam hidup Muslim seharian. dan kenapa pula kita sanggup nak terima?
5) Sadduzzarai'e kan dah applicable kat sini. Cegah dari berbiasa-biasa dengan perkara yang nampak kecil, boleh membawa kepada perkara yang lebih teruk. Kenapa nak amik mudah sangat?
6) sama macam entri lepas, kalau ham tu akan datang dicipta dengan cacing-pita-free dan ada kemudahan extract-out DNA khinzir menerusi manipulasi teknologi nano, takkanlah kita nak membahamnya?
7) tak boleh ke kalau tak minum minuman yang kandungannya konon-konon malt? Dulu ada Malta, Bircan, pastu yang ni pula. Hm..




Saya sedar, kadang2 melakukan dosa memang taktersedarkan. Namun, perkara macam ni, besar sangat.

Mana pergi autoriti JAKIM dan majlis Fatwa Kebangsaan? Isu Yoga sibuk sangat nak setelkan. Isu makanan macam ni lagi membumi kesannya. Nak tengok berapa cepat dorang akan setelkan.





p/s:By the way, harap pun PPUM pun turut sama turun padang. Ini bukan isu cola Zam atau Mekka lagi.
p/p/s: ....dan pernah dijual di UIA sampelnya? Ush. Ini lagi hangat.

16 comments:

Khairul said...

Hai.

Adik ipar kau disini. Ops sory2. hehe.

3 soalan tu apa jawapannya yea?

and Istak ni memabukkan tak?
kalau memabukkan, confirm haram kan.

krim salam kat laila yea.

نذر الأفندي بن عبد الغني said...

Bohonglah kalau peniaga tu kata pernah jual kat UIA... Yg sekali pernah jual time Konvokesyen 2006, tapi nama lain. Air yg dorang claim air "halal beer" tu lah. Penjual tu pun cuba bawa pengaruh Syiah dengan jualan buku2 akidah Syiah...

نذر الأفندي بن عبد الغني said...

Nampak sangat manusia kat Malaysia tak faham konsep Halal.

Engkau tulis persoalan banyak-banyak tapi "point"-nya cuma minuman mabuk dan ada alkohol.

Tulislah dengan ringkas tapi tepat. Aduhai...

نذر الأفندي بن عبد الغني said...

Tertinggal satu lain perkara: kenapa tak tanya penganjur MIHAS tentang produk itu?

Apa guna ada ilmu tapi luah kat blog saja...

Fahmi Mahat said...

encik kunang :
1)saya tak tanya peniaga tu. saya baca dari blog orang lain. jadi, saya takkan kata sapa2 bohong sapa2.
2)menang itu pun point utamanya. tapi bukan itu saja pointnya. mabuk + alkohol, itu tak cukup besar bagi kamu?

sila baca lagi sekali yek. btw, semua org kan ada cara penulisan sendiri. perlukah persoalkan cara? hm.

3)luah di blog sbb nak berkongsi apa yang saya baca.terpulanglah pada pembacanya untuk membuat tindakan seterusnya.

blog kamu bagus. even saya dapat link ke blog lain yang kemudiannya saya suka.

tapi slalu aje kamu tak puas hati apa yang saya luah di sini ya? apa masalah kamu sbnrya?

apapun, terima kasih untuk f.back.

نذر الأفندي بن عبد الغني said...

Biasa saja. Tak ada masalah. Baca post yg ni, memang pusing benda yang sama. Jadi sakit kepala sekejap. Ditambah pula dengan silau skrin monitor pula. Aduhai... Sorry-lah kalau ada "point" yang nak disampaikan tak kelihatan. Tiga empat kali baca, ayat ko berpusing-pusing juga.

Isu "benda haram jadi halal", isu baru, Shamil bercadang untuk tulis pasal tu dalam tesis dia. Ada perselisihan di kalangan ulama.

Entah kenapalah orang "expect" budak IRK ni ensiklopedia moden. Masing2 ada "specialise" tapi kena tau semua. Kalau tak tau, mesti kena kutuk. "Tak 'kan tak tau?".

Jujur salah, tipu memang salah...

نذر الأفندي بن عبد الغني said...

Malta punya kilang, sekali dengan Carlsberg... Kalau nak kata halal, kena asingkanlah...

mira said...

kenapalah orang islam ni teringin sangat seboleh-boleh, apa yang orang bukan islam ada?

nak buat kordial / jus pun kena guna botol yang seakan². apa salah buat stail ribena / sirap ros tu? kenapa nak jadikannya nampak macam arak?

bukankah bagi yang tau akan bagi fitnah pada si pemakai tudung yang minum? dan yang lebih besar, pada islam.

saya, sekali tengok gambar ni pun terkejut dan nak cakap betapa tak senonohnya perempuan ni.

ada banyak faktor yang tak mengizinkan klon ini direalisasikan. selain daripada nak tutup monopoli minumna haram di malaysia.

siapa yang tak ada kesedaran akan minuman haram, ada ke mereka nak minum yang ni dan tinggalkan yang haram tu? apa sebabnya?

orang yang minum 'arak' halal ni pula, dorang nak kelihatan seperti apa sebenarnya?

ANON~ said...

hangat tol isu nih.. dah macam nak gado pun ader..

dalam nak bincang isu agama nih, sebolehnyer kita menolak hujah berunsurkan emosi. cube gune hujah ilmu dulu.. Islam itu mudah.. back to basic.. yang haram adalah yang bersifat memabukkan.. kalo dah tak bersifat memabukkan, halal la.. kan senang..

buat aper nak tgk kat botol tuh cam arak ke, tah2 dulu nih botol air gas y kiter dok minum tuh same je cam botol arak (haaa.. nih hujah emosi la nih.. takder fakta langsung.. =P), name dier macam arak ke.. y dok minum air tuak tuh, simpan2 leh jadi memabukkan gak.. makan durian ngan air gas, boleh mabuk gak.. telan panadol ngan air gas, mabuk gak.. kat supermarket ader dah pun air anggur yang bukan peram pastuh buh gas byk.. tapi buh dalam botol cam arak siap tutup ngan gabus lagi, rasenyer ader org perasan.. tapi saper bising pasal bende tu?? apsal tak citer bende tuh.. padahal dah lama dah dalam pasaran banding ISTAK nih..

joefbi a.k.a roketx said...

jangan la besarkan isu nih...maaf ye tuan blog..
rokok yang korang isap tuh, mufti dah kuar fatwa haram, ada korang berenti merokok? soal botol tuh cuma soal budaya, dah budaya dorang kat sana design botol bunga2 macam tu nak wat camna? saper sebenarnya yang letak patern, kalau botol bunga2 tuh khas untuk botol arak? jolly shandy tuh rilek jer dalam freezer kat kedai, korang semua poyo pasal istak nih...heran aku...bukan ke kita umat islam dah lama ikut cara yahudi selain daripada botol minuman nih? benda kecik nih yang korang nak poyo...hahaha

Anonymous said...

Assalamualaikum...
sekadar untuk makluman, bagi pandangan saya, penggunaan istilah beer/bir tidak semestinya melambangkan bahawa ia mengandungi alkohol..
Ini kerana, bagi mana-mana minuman yang mengandungi/menggunakan sebanyak 67% atau lebih bahan mentah "malt" @ barli sebagai ramuannya, maka secara perundangan ia layak untuk dilabelkan sebagai "bir/beer".

Buih yang terhasil ketika menuang minuman Istak nie adalah disebabkan gas karbon dioksida yang telah di pamkan ke dalam minuman tersebut.

Sekian. Terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum.. Saya nak tanya.. Ada tak orang sedar yg minuman root beer (atau nama lainnya sarsi) banyak dijual di kedai2 runcit dan termasuklah kantin sekolah.. adakah dgn menggunakan perkataan "beer" itu secara automatik mnyebabkan minuman itu haram? fikir2kan lah..

Fahmi Mahat said...

1) kalau tak mampu mengharamkan perkara yang besar2 kepada diri sendiri, jangan.. :

a) perkecilkan usaha orang lain untuk membezakan apa yg haram/halal untuk diri mereka

b) persenda bahawa arak itu haram baik sedikit atau banyak.

c) keliru tentang packaging, sebab itu isu marketing. tapi contentwisenya, kita boleh pilih nak beli atau tak. i dont have to dictate further kan, sbb ini isu pilihan@memilih yg terbaik dari yg baik2.. :)

d) tanya bukn untuk memahami tapi untuk menyoal. awak imply jawapan awak pada saya. jadi saya tak akan jawab.

apa yang saya boleh kata, banyak lagi minuman lain yang boleh kita beli.

kalau saya kata root beer itu pemula kepada beer yang sebenar, nanti kamu kata saya jumud pula seolah menyamakannya seperti rokok itu pemula kepada dadah.

hakikatnya ini adalah bunga2 kepada masalah sebenar.

e) pilih halal + tayyib itu separuh2. jolly shandy itu kita yang pilih nak minum atau tak. sirap pun ada. twister oren pun ada. nape sibuk nak minum jolly shandy?

kalau boleh minum yang lain, minumlah. bukan nya darurat takde menda lain nak diminum pun

kalau belum boleh ikut Islam secara total, tak mesti kita nafi kebaikan yang kita mampu ikut , bkn?

ArtForAuction said...

Salam perkenalan.
Boleh saya jawab soalan anda, sebagai pelajar jurusan makanan?

1) ada ke minuman yang memabukkan tanpa unsur alkohol?
-tiada. kecuali kamu letak dadah.
2) konfem ke cuma unsur alkohol je yang boleh membuatkan kita mabuk?
(makmal sains berlambak, tinggal nak guna je buat ujian.)
-IPPH (institut produk halal) ada buat research pasal bahan beralkohol. memang alkohol akan buat kita mabuk. juga beberapa jenis alkaloid (yang biasa ada dalam dadah). selain dari tu, tak ada.
3) macamana produk ni boleh lepas ke MIHAS?
-sebab dia halal. non alcoholic. mudah bukan?
4) kenapa pulak nak assimilasikan budaya minum Bir non Muslim ke dalam hidup Muslim seharian. dan kenapa pula kita sanggup nak terima?
-ingat bahawa banyak lagi budaya yang dibawa masuk, seperti budaya minum coca cola dan makan mcD. kenapa kita menerima dengan mudah?
apa jenis makanan, budaya asing tidak salah selagi ia halal dan thoyyiban.
5) Sadduzzarai'e kan dah applicable kat sini. Cegah dari berbiasa-biasa dengan perkara yang nampak kecil, boleh membawa kepada perkara yang lebih teruk. Kenapa nak amik mudah sangat?
-siapa ambil mudah. non alcoholic beer ni sebenarnya dah lama wujud. baru sekarang saja masuk Malaysia. ini sebab kita memang menggunakan masa yang lama untuk mempertimbangkan baik buruk suatu produk ini. dan kalau ada label halal, kenapa perlu ragu?
6) sama macam entri lepas, kalau ham tu akan datang dicipta dengan cacing-pita-free dan ada kemudahan extract-out DNA khinzir menerusi manipulasi teknologi nano, takkanlah kita nak membahamnya?
-tak sama dan tidak relevan. DNA babi menjadi sumber pembuatan makanan bermakna hasilan itu bermula daripada perkara yang nonhalal. kalau non alcoholic beer, yang dijadikan daripada fermentasi yang diberhentikan prosesnya SEBELUM alkohol wujud. maknanya hasilan ini bermula dari perkara halal, dan oleh itu kekal halal
7) tak boleh ke kalau tak minum minuman yang kandungannya konon-konon malt? Dulu ada Malta, Bircan, pastu yang ni pula. Hm
Malt baik untuk kesihatan. cuba cari dalam buku-buku sains makanan.Fermentasi biasanya mewujudkan komponen2 bioaktif yang berguna untuk kesihatan. tiada masalah dalam fermentasi, cuma pastikan ia diberhentikan prosesnya sebelum kwujudan alkohol.

terima kasih kerana menulis :) saya tahu anda prihatin terhadap proses halal haram makanan anda.

anas said...

Sabda Nabi saw :

"Akan ada dikalangan umatku nanti yang meminum arak tetapi meraka tidak menamakannya sebagai arak. Mereka menamakannya sebagai nama2 yang lain..al-hadith"

renung2 lah wahai sahabat semua...

anas said...

Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan sesungguhnya yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya adalah (perkara-perkara) yang syubhat (serupa, samar, tidak jelas), yang kebanyakan (umumnya) orang tidak (dapat) mengetahuinya. Maka barangsiapa yang takut (menjaga diri, berhati-hati) dari perkara yang syubhat itu, maka dia telah menjaga (membebaskan, membersihkan) agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang jatuh / terjerumus kepada yang syubhat, maka dia terjerumus kepada yang haram. Seperti seorang penggembala yang menggembala di sekitar tempat /batas yang terlarang, hampir saja dia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa setiap raja / penguasa mempunyai batas/ larangan. Ingatlah bahawa batas/ larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkannya. Ingatlah bahawa sesungguhnya di dalam jasad (tubuh seseorang) itu ada segumpal daging, (jika) ia baik maka akan baiklah jasad itu seluruhnya. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah jasad itu seluruhnya. Ingatlah ia itu adalah hati.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails