Kanak-kanak adalah makhluk ciptaan Allah yang paling memaafkan.
Bila dimarah atas silap mereka, mereka menangis sebentar, dan apabila dipujuk, mereka tersenyum dan mampu gelak ketawa semula, juga meneruskan permainan.
Bila dimarah atas silap yang bukan seratus peratus silap mereka, mereka merajuk, menangis sebentar, dan bila dilekakan dengan yang lain, (kartun , mainan, majalah, buku2 bergambar) , mereka lupa, dan bergelak ketawa semula macam tak ada apa2.
Dengan muka yang berseri-seri. Dengan optimisnya mereka pada kasih sayang ibu bapa...
Namun, over the years, wajah kanak-kanak ini semakin hilang serinya.
Semakin berusia kanak-kanak ini, semakin ia belajar, betapa memaafkan itu tidak semestinya mengajar dunia bersifat lebih adil, lebih baik pada mereka... selagi mereka 'tidak belajar' tentang hidup di dunia.
Hidup yang penuh dengan ujian, persimpangan, dan arahan-arahan yang mengelirukan.
Maka perlahan-lahan sifat pemaaf dan melupakan kesalahan orang lain pada mereka ini, berubah menjadi sifat pendiam, pemendam rasa, dan pendendam.
Lihatlah!
Inilah anak-anak kita yang pernah tatang sedari lahir, dengan kata-kata pujian, dan akhirnya sekarang ternanti-nanti pujian, yang takkan hadir.
Hanya kerana kita rasa dia selayaknya capai yang itu, kerana dia anak kita.
Sedang kita tak tahu pun betapa susahnya dia capai yang itu, buat kita.
Tak mahukah kita sedari,
Betapa bencinya anak kita apabila mereka capai sesuatu dengan usaha mereka sendiri dan mereka tidak menerima penghargaan yang sebaiknya mereka terima?
Tak mahukah kita ketahui,
Betapa anak kita mengejar dewasa kerana tak tahan dipandang leweh sebelah mata, atas tiap permintaan, pendapat dan kata-katanya?
Tak mahukah kita fahami,
Betapa anak tak suka dibanding walau dengan adik beradik mereka sendiri?
Andai aku diberi peluang jadi bapa, aku mahu jadi bapa yang lebih baik.
Yang tidak marah sebelum cuba memahami.
Yang tidak perlu menjerkah hanya untuk meminta anak melakukan sesuatu yang belum sampai tahap kemampuan psikomotornya lagi.
Yang tidak perlu merotan memandai-mandai sebelum memberi contoh terbaik dari mata seorang anak dan isteri
Inilah doaku.Mudah-mudahan.... =)
Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!