10 February 2014

Cerpen sulung di Ilham


http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2538&idc=12280

Cerpen sulung online di ILHAM Karangkraf saya dengan cover design sendiri, sudah pun menerima 81 jumlah bacaan sejak muatnaik malam tadi sekitar 11.30pm.


"Mahukah aku khabarkan kau dua jenis doa yang makbulnya jauh lebih laju dari roket?"


Alhamdulillah.

Saya cuma mahu kembali kepada fitrah berpenulisan. Mudah-mudahan ia bukan mati di sini saja.

Apa kah yang menarik dalam cerpen ini?

21 January 2014

Maulidur Rasul 1435

Usai ceramah Maulidur Rasul lepas di Institut Perguruan Darul Aman(IPDA) seminggu yang lepas, saya sering terbayang-bayang menaipkan  entri berkongsi pengalaman dan pengetahuan baru dengan para pembaca.

Namun, bayangan itu hanya tinggal bayangan rindu gurauan sahaja. Sibuk ke sana ke sini, terkejar-kejar saya dibuatnya.

Hari ini insya-Allah saya kongsikan ceramah yang telah saya hadiri itu.

(apa kandungan ceramah tu, Fahmi?)

13 January 2014

Balistik: Antara Peluru, Maruah, dan Persahabatan

Klik Gambar Untuk ke Laman Facebook Balistik
Balistik bukan sebarang naskhah cerita. Banyak isu yang dikupas sebetulnya kali ini.

Antara peluru yang dibidik laju, ada bahagia keluarga yang hilang, normal yang tak dapat dikejar, persahabatan yang tak dapat difahami, dan matlamat yang takkan pernah habis.




Isu famili berantakan kerana ayah yang lebih dikenali sebagai pembunuh.
Isu kes pembunuh upahan yang dari dulu lagi wujud, tapi baru kini dihighlightkan dalam media (barangkali untuk mengalih tumpuan dan konspirasi politik)
Isu dari kawan-jadi-isteri.
Isu setiakawan antara bangsa.
Isu pihak berkuasa yang pandai manipulasi ruang dan kelemahan untuk dapatkan bukti dan maklumat.
Isu anak kurang kasih sayang, dan isteri yang belum benar-benar dapat memahami suami.
Isu suami yang tertekan tiada hidup normal kerana amanah tugasan yang amat sulit untuk dikongsikan.

Apalagi, Fahmi, jom kita bedah!

08 January 2014

Counter Ramalan Siber 2014

Ngantuk tapi tak mahu tidur. Jadi inilah entri yang ditulis dalam keadaan otak yang bersimpang siur.~ :D

Dari Ramalan Siber 2014 seperti yang ditulis Afiq Hanif dalam kolum Sinar Harian hari ini, , Ramalan Siber Balasannya adalah:

1) Penjualan Antivirus yang lebih simple tapi power untuk komputer akan meningkat. Makin ramai orang yang akan jual antivirus, berleluasa. Key kaspersky juga mungkin akan naik harga.

Kenapa? Masih kedapatan lagi komputer di bahagian pengurusan awam mahupun swasta yang masih menggunakan windows XP. Disebabkan Microsoft menghentikan sokongan (dari segi add-in, troubleshooting) kepada Windows XP pada April 2014, maka pilihan yang ada untuk komputer2 sezen (seasoned) ini adaah untuk upgrade ke Windows 8 atau tukar antivirus. 

Di seluruh dunia, bukan saja di Malaysia okay? (okay, segala towkey kedai software dan repair laptop, silalah mengambil peluang keemasan untuk jual windows 7 OEM anda yang tak habis lagi tu)

Kenapa?
2) Penggodam akan lebih tertarik untuk menyerang, apabila banyak komputer masih usang ini, beroperasi dalam Standard Operating Procedure awam dan swasta... lebih lebih lagi dalam bahagian Kementerian dan Kehakiman Penting. 

3) Pasaran Apps dan Google Play Store akan jadi lebih menarik. Walaupun umum tahu makin banyak item dalam kedua-dua shop ini yang terdedah pada serangan, tapi, secara tak langsung, apps akan bertambah kualiti apabila mereka boleh naikkan update yang anti kepada serangan2 ini.

4) Peluang untuk banyak bisnes berbentuk pencegahan akan boom. :D yah, masuk tender, masuk tender gomen jom! 

Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

05 January 2014

Trending

Suatu yang trending belum tentu kekal.
Suatu yang trending belum tentu betul.

Paling penting, suatu yang trending belum tentu tiada agenda tersendiri.

Namun, apa yang dilihat orang, tentunya, adalah apa yang mahu dlihatnya.

The mind see what it wants to see.


Minda kita lihat apa yang ia benar-benar mahu lihat. Faham apa yang ia benar-benar mahu faham. Ambil berat apa yang ia benar-benar rasa relevan.

Itu memang sifat minda. 
Bahkan dalam masyarakat kita, berapa banyak jenis minda yang ada, yang bertindak balas dengan
trending baru ini?

03 December 2013

MATIC FEST 2013


MATIC FEST 2013

Aku datang ke sini atas ajakan dan pelawaannya. Mula-mula sampai, di area Saloma Bistro, aku tercari juga; kenapalah rasa macam tak ada sense of direction untuk ke sini? Patutlah tak ramai. (rupanya, dah hari kedua, memanglah tak ramai sangat orang yang datang.)

Asalnya, aku perlu jadi teammate untuk Treasure Hunt. (Ada hikmah aku tak sihat. Kalau tidak, bersaing juga aku dengan kawan-kawan blogger dulu)

Tapi kemudiannya,

02 December 2013

UMTAD: Untungnya Melihat Tabligh Antara Drama

UMTAD mungkin bukan naskhah terbaik dikeluarkan oleh Metrowealth. Serius.

Dalam kebisingan mulut yang skeptikal tentang hala tuju ana-enta filem seawal babak pertama, tak kurang juga mulut yang sangsi : perlukah diajak golongan kaki masjid dan kaki ceramah untuk menonton di pawagam.

Tapi, ini pendapat saya. Boleh pilih untuk bersetuju atau pun tidak.
Kenapa anda kena tengok dulu UMTAD ni?

16 June 2013

Lelaki Yang Besi

Lelaki yang diam,
Dalam diamnya dia teguh,
Pada satu tekad yang amat,
Dalam mata cerun yang membulat,
Azam tak pernah luntur,
Meneruskan juang semangat,

Tegakkan kebenaran
Sebarkan kebaikan
Pegang pancang hidup
itulah azimat

Biar dibenci namun tetap kuat
Selagi ampuh belikat

Bertahan lelaki besi
Agar generasi terus selamat
Dalam manfaat, salaam dan rahmat.

Buat men of steel,  dalam famili Haji Mahat
sempena Hari Bapa, 2013
15.06.2013

28 May 2013

Furious 6 : Garang Enam Kali


Kalau dulu Cakap Laju-laju 5 kali (Fast Five), sekarang jadi lah Garang Enam kali #motiff

Furious 6.

Yang Sebenarnya, Furious6 adalah nama manja untuk Fast Furious Franchise yang terbaru, lakonan, sub-arahan oleh vin Diesel dan Arahan Utama Justin Lin ni. Tapi anda semua mesti dah tahu semua perkara ni, terutamanya kipas susah mati Fast Furious.

(apa yang Best tentang Furious 6 kali ni, Fahmi?)

17 May 2013

Quran dan Games


Jika Dunia adalah Permainan, maka sampai ke "Hari yang Akhir" dengan points terkumpul yang banyak adalah misi nya.

Dalam Quran banyak menyebut tentang sifat dunia. Antara sifat dunia yang jelas disebut adalah mengenai lahwun dan la'ibun.

Dan banyak juga yang disambung selepas ayat berkaitan sifat tersebut, adalah sifat akhirat sebagai sebaik-baik kehidupan, jika kita mendalaminya.

Jika ia cuba dikaitkan dengan apa yang saya dalami waktu dalam pengajian, permainan, atau Games, memiliki beberapa ciri penting yang mampu kita kaitkan dengan isu dalam Quran tadi.


09 May 2013

Pasca PRU13 Top 5



FM TOP 5: Lima Benda yang Anda tak Perlu Buat Waktu Mengundi


#5: SALAM SEMUA WAKIL SPR DALAM BILIK MENGUNDI
 SPRman tu semua tengah buat kerja... Kesian dorang nak salam awak pulak.Karang terganggu, hilang fokus, dah rosak list nama. Haha

#4: AMBIL GAMBAR DENGAN POLIS KAT LUAR BILIK MENGUNDI Dengan polis pun kau nak ambil gambar? Gila fotonista betul laaa~!1 :D

26 April 2013

Iron Man 3: Bukan lagi Lelaki Seterika



Jika Iron Man 3 adalah Lelaki Seterika, sequel ketiga nya memang harus dipuji. (Kenapa, Fahmi?)


1) "Seterikanya" kali ini bukan saja 2, tapi dua belas!
Sut Iron Man kali ini dengan sistem drone adaptasi dari idea Whiplash kali ini bakal buat adrenalin anda terpacu dan pening lalatkan mata anda.  

2) Tarikannya menyebabkan server MBOCinemas.com dan GSC.com.my jadi sangat lagging
Server mereka mungkin sedang alami pekara yang sama macam dalam keadaan MalaysiaKini tahun 2008. Harap kali ini 5 Mei sampai 12 Mei, MalaysiaKini ambil iktibar. :D

3) Effect dan Konsep Jalan Cerita yang lain dari lain
Sistem Saraf Parasimpatetik Manusia dan Konsep Persenjataan adalah satu konsep yang belum betul-betul diterokai dalam arena persenjataan manusia. Kalau betis batang pinang yang dibidas Hang Nadim dulu tu lain ceritalah... Visual Effect jangan cerita. Konfirm awesome gila!

4) Arahan yang Berani Meng'koma'kan Watak
Err... yang ni tak boleh komen banyak sangat. Nanti tak surprise.

5) Bila Iron Man jadi Iron Lady..
Ni pun tak boleh komen banyak... Tengok baru tahu :D

Amacam, teruja? Jom tengok!

Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

08 April 2013

Jalan Keluar

Tidak ada jalan keluar yang benar-benar senang.
Semua datang dengan harga tersendiri.

Andai kita mampu dan sanggup, dan rela bayar harganya, barulah ia jadi benar-benar 'jalan keluar'.

Dan sebaik-baik jalan keluar adalah dengan jalan taqwa. Sebab itulah ia sampai jadi doa dengan nama "ayat seribu dinar".

Kerana seribu dinar, pada zaman Nabi dahulu, mungkin bersamaan dengan satu jumlah yang sangat banyak, andai dibawa dalam poket pada zaman ini. Rm5000 ringgit mungkin belum cukup banyak.



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

22 August 2012

Luahan Syawal

Memilih untuk terus (menamatkan) belajar ketika mampu menghasilkan pendapatan sendiri bukan satu pilihan yang mudah.

Apatah lagi jika ketika itu, situasi yang membolehkan pendapatan tersebut dihasilkan, memberikan peluang yang baik untuk kita terus dalam keadaan 'stress-free', situasi yang penting bagi mereka yang sedang menyembuhkan parut emosi dan mental.


Peluang, tidak semuanya datang dengan cara yang baik. Belum tentu juga menguntungkan.

Meneruskan belajar dalam keadaan banyak perkara yang menekan, bukan pilihan yang tepat.

Namun ia diteruskan demi menjaga nama famili. Tak ramai famili , saudara, yang mahu tahu seseorang itu belajar tak habis.

(Mungkin jadi satu aib?)

Tapi , kesan dari itu, banyak perkara yang snowballed.

Tekanan meningkat. Kapasiti pengeluaran Header Flash menurun. Marketing dah tak serancak dulu.

Cubaan untuk joinventure dengan Flash Header Designer lain tak mampu menghasilkan impian yang diharapkan.

Then the turbulence came within. Two at one time.

Kepergian orang yang disayangi atas kekurangsabaran sendiri. Dek tekanan-tekanan ini.

Dan kapasiti kreatif terus menurun. Namun saya gagahi juga dengan design yang lain. Termasuklah website design. Printing. Dan lain lain lagi.

Server flash mula offline kerana payment issue yang tidak dipolisikan dengan baik waktu awal-awal design dahulu. (Client berpendapat bayaran one shot adalah untuk design dan space selama-lamanya. Sedangkan kita tahu, maintenance hosting untuk setiap tahun tidak pernah turun. silap saya tak bagitahu awal-awal, kan?)

Pengalaman ini mengajar. Lepas ini, saya cuma akan mengambil hosting plan dengan billing setahun, bukan lagi bulan-bulan. Biarlah RM350 setahun pun.

Asalkan client header puas hati dapat tengok hasil nya di blog dan web. Cuma , saya akan pastikan client faham harga itu adalah harga design bersekali dengan kos ruang di hosting untuk SETAHUN sahaja.

Saya minta maaf kerana 4 bulan terkebelakang ini, tak sekali yang bertanya di email, phone, mahupun facebook profile page, kenapa header mereka tak keluar.

Begitu juga untuk design lain yang tertangguh. Ini bukan isu duit semata-mata, tapi isu harga X masa bekerja yang bakal dibahagikan dengan pemalar bernama (profesionalism X persahabatan).

Inilah isu yang biasa dihadapi oleh freelance. Jalan yang tak semua mahu lalui.  :)

Salam Syawal buat semua yang masih di sini.

*Flashfave.com baru diaktifkan semula. InilahFahmi telah pun ditutup. IShutterSix akan diubah pelan pembayarannya (design percuma + pengalihan ke server domestik).




10 June 2012

Design Flash Bermula Semula

design Flash terkini:

banner:



Banner gratisan untuk www.norhafizan.com atas kelambatan yang tidak dapat dielakkan

header












Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

09 June 2012

IceCream yang Tak Boleh Dimakan


ICS memang tengah musim, sekarang , kan?

Siap ada lagi yang buat status dan twitter "bye Roti, hai aiskrem"~

Sekiranya anda teringin benar nak jadikan x8 anda dgn ICS, anda boleh gunakan MiniCM9,

Kelebihannya, dengan MiniCM9, anda dapat smoothness yang lebih terjamin, features sistem yang lebih baru.

Kekurangannya, ICS akan makan space, jadi, anda mungkin perlu beli class 10 micro SD 4Gb (class 6 pun boleh) dan lebihkan swap memory sewaktu partition memory card tadi dalam CMW (ClockWorkMode Recovery).

Kekurangan lain, juga, adalah, ada beberapa bug yang belum diatasi sepenuhnya dalam custom ROM ini. Contohnya camera. Tapi anda boleh cuba flashkan Camera.zip ini untuk perbaiki.

Yang lagi dua ini, anda hanya flashkan bila perlu sahaja =)
Fast Setting
Fast Fix

Yang penting, anda perlu ada kernel nAa versi ICS, MiniCM9.zip, dan X8 yang telah diunroot dan diunlock Bootloadernya (saya gunakan Flashtool untuk Root dan Unlock Bootloader. anda boleh juga gunakan x8toolbox, terpulang ikut kesungguhan dan preference)..

Yang paling penting, sila pastikan
1. Band anda berakhir dengan nombor 15
2.nombor di belakang battery , bahagian bawah kiri di situ, tidak berakhir dengan angka 2.

Sekiranya ia memang berakhir dengan nombor 2,  Jangan teruskan!!


Jika tidak, sebaik saja anda unlock bootloader dan Flash kernel nAa ICS tadi, phone anda dijamin akan brick.  Short akan terus dari USB cable masuk ke motherboard phone.

(Macamana anda tahu, Fahmi?)

Apa yang saya boleh kata, anda  sedang melihat entri yang ditulis dari pengalaman sendiri. :P

p./s : Saya tengah menunggu hari Isnin yang indah.






Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

05 June 2012

I knew you before i met you

pernahkah anda rasakan ,
anda pernah kenal seseorang , sebelum anda jumpa mereka?

Jika ya, hanya ada beberapa kemungkinan yang boleh bantu terangkan situasi ni.

1) anda sekarang sedang berkawan dengan orang tadi
2) tapi orang itu sekarang ini,  dengan imej baru
3) dan anda pernah nampak orang itu, dalam imej nya yang lain
4) yang mungkin, anda sendiri tak sedar anda pernah minati,
5) dalam keadaan anda hanya ternampak dia, beberapa kali,
6) sewaktu anda ada di kejiranan tempat dia tinggal
7) atau, di tempat orang itu pernah belajar
8) di mana anda mungkin ada kawan baik atau sedara,
9) atau mungkin adik beradik sendiri, yang turut belajar di tempat belajar yang sama
10) di mana di situlah, mungkin , anda telah nampak orang itu beberapa kali, sebelum ini..

Dan sekarang, macamana saya nak bagitahu dia, yang saya dah pernah kenal dia, sebelum saya kenal dia sekarang ni. =_=



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

02 June 2012

True Awesomeness Men In Black III

MiB 3 memang best.
Berborak dengan kawan tentang bezanya dengan Avengers , kami sepakat mengatakan bahawa, Avengers dan MiB best dalam kelas nya yang tersendiri. :P
(kenapa MiB Bes, Fahmi?)

25 May 2012

Di sebalik Haramnya X Men

Northstar dan Aurora, kembar berkuasa.
Northstar, adalah satu daripada elemen LBGT yang muncul dalam komik kita hari ini.

Watak dalam siri X Men ini, dari volume tahun 1992 lagi menunjukkan ciri homoseksualnya yang tersendiri. Northstar, memiliki kuasa kelajuan dan penerbangan. Kuasa yang dicetuskan dari tenaga kinetik pergerakan molekul yang terlalu cepat dalam badan ini, turut membantunya menghasilkan cahaya seterang bintang (turut merujuk kepada NorthStar itu sendiri, bintang kejora) sebagai antara kuasa serangannya.

Dalam episode volume 1992, Northstar terharu kerana Colossus berjaga malam. menemaninya di wad  Northstar, yang ketika itu dirawat oleh Jean Grey, telah mengejutkan Colossus dengan soalan "adakah awak single, Colossus?", hingga Colossus bertukar mendadak menjadi besi.

Tidak lah keterlaluan jika , dengan status sosial sekarang ini, LBGT mahu dijadikan suatu yang tidak lagi taboo.

Mungkin bagi Marvel Comics, ini adalah masa yang paling sesuai untuk mereka teruskan langkah 'menormalkan' homoseksual dalam masyarakat dunia. Yalah, jika mereka teruskan dari tahun 1992, di Malaysia, homoseksual dalam akhbar adalah suatu yang sangat janggal.

Namun, 20 tahun selepas itu, janggal benar kalau tak nampak isu2 seksual atau homoseksual di Utusan Melayu. #troll

19 May 2012

MusicPac : Trust Your Ear #eh

tutor TAIO yang tak menjadi, akhirnya kencang mencapai tujuan yang lain. =_=



Jemputlah bermain, ya! gunakan kebijaksanaan anda untuk menyusun notasi lagu anda sendiri.

Perhatian! Sila save file ini ke dalam computer anda terlebih dahulu! =)
Sila rujuk arahan di bawah untuk save


Anda juga boleh belajar mengenali bunyi muzik, dengan telinga anda. Jangan terkejut, kerana, memang ada artis yang hanya kenal note muzik dari telinga dan bukan dari kelas2 muzik. =)

Bagi yang advanced, dalam setup, anda boleh sambungkan wayar Line in, Aux, ke sumber lain, dan rakamkan lagu anda sendiri, yang anda minati, dengan klik -klik mana2 bunyi yang anda perlukan.

Malangnya, saya hanya mampu buat ia diclick menggunakan mouse. Teknik klik dengan keyboard belum saya dapat gunakan lagi dlm  codingnya.


ps/:tutor Piano ini, menggunakan nota dari c3 ke c4 sahaja.
p/p/s: Jika anda mahu bermain @ belajar selalu, dari link entry ini, dari Chrome , tekan icon 'gear' dan Save Page As, pilih Complete Web Page. anda akan boleh bermain piano ini , sebaik saja musicpac.swf masuk ke dalam computer anda nanti =)


Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header