3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

29 August 2011

Ketuk-ketuk Ramadhan Versi Inilah Fahmi

Bersama saya dalam ketuk-ketuk Ramadhan versi sesat. =_= Teruja betul. Tahu tak semalam saya buka puasa dengan siapa?

Buat kali keduanya saya berbuka puasa dengan kawan Blogger selepas 3 tahun.

Kali pertamanya adalah di Rumpun Gathering, tahun 2007 di Restoran Pelita Nasi Kandar cawangan KLCC, bersama tukang belanja Josh Lim (Adverlets), Izwan Robotys, MiraKimura, Fahmi Flavert, LisaMelur Raining Heaven dan Saudagar Mimpi Tuan Syarafuddin Sulaiman dan ramai lagi Bloggers seputar launching Advertlets. (Cerita dulu-dulu. Sekarang semua dah jadi manusia luar biasa).

Tapi, semalam, saya buka puasa di Taman Permai, di rumah #retis Tuan Admin SB (sahabat Blogger), bernicknamekan Kunci tertinggal Locker aka ******** nama dirahsiakan atas permintaan empunya badan, wahahaha , mengade betul).

Turut serta adalah old timer Nor Fatiah Yadz.

Sebetulnya nak buka di Sabak Aur Muar, tapi sebab ramai yang tak jadi, jadi, kami tarik diri dan buka di rumah Tuan Admin. Nasib baik keluarga dia okay. Yelah, bagitahu nak datang pukul 4, tak ke pitam mak dia kalau jenis macam mak yang suka entertain tetamu dengan makanan yang banyak, and bersemangat sangat prepare macam2?

Selepas dapat green light, kami terus mencari bazar ramadhan paling meriah terdekat, dan capai lah 4 jenis makanan berbeza.

Saya dapatkan karipap daging + sardin, tau foo fa (yang ayah Tuan Admin nampak suka benar makan, hehe) yadz pula dapatkan murtabak + otak-otak (Sidiq kesedapan, sampai tak cukup rupanya. takpe yadz, tahun depan kita beli rm10 ringggit k? hehe)

Sesampainya di rumah Tuan Admin, reaksi pertama saya dan yadz:

Wooaaaaaaaa~ rumah kaooooo :D

Sebelum makan, adalah sikit sesi ice breaking. Sempatlah mengusik adik beradik Tuan Admin, dan tengok movie Flat 3B 3A dengan Ika (zulaika, budak paling petah kat taman permai haha), Amat, dan lagi dua orang adik beradik Admin, sori belum tahu nama.

Aktiviti lain termasuklah anyam ketupat (nasib Bro takde, kalau tak, maybe dah dapat satu vlog anyam ketupat hahaha), dengan Tuan Admin. Yadz pura2 tak pandai, geram betul..

Usai makan, kami tumpang solat dan bergerak pulang, sebab lewat malamnya nanti saya gerak balik kampung di Semerah Batu Pahat pula.

Terima kasih sebab bagi kami tumpang buka puasa , ya, Tuan Admin? kalau tak , tak tahulah kami nak buka di mana. Hehehe...

p/s: Ade ke patut dikenenkan dengan akak Tuan Admin? Kesian pakwe akak dia jeles nanti #adehhhh




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

27 August 2011

Raya ber Cha Cha~

Bila kereta raya dah ada, duit raya pun dah siap nak dibagi orang, apa lagi yang tak lengkap ya?

[pusing2 cari apa tak kena lagi] Okay, dah nampak. Mungkin henfon dua tahun lebih ni perlu ditukar kut, kan?

Belek2 di online shop, tak semena2 rasa bosan. Saya pun buka twitter tengok apa yang best. Tak ada juga.

Blogwalk pulak. Sampai ke satu blog, baru ternampak iklan HTC Cha Cha.

[wah, macam menarik. ] Belek sat..

Saya terus google dan review.

Nak tahu apa yang best tentang Cha Cha ni?

Kena Saman Atau Tolong Kami



Tajuk di atas takde kaitan dengan entri speed trap okay. :)

Saya nak bercerita tentang Apple sebetulnya.. Cerita apa?
Perginya Steve Jobs dari Apple tak lama lagi (atau mungkin dah pergi saat entri ini ditulis,) mungkin bermakna Apple bakal kehilangan pemimpin prodigal+ talented +visionary nya, yang banyak kali meneka aliran market konsumer untuk produk Apple di masa akan datang.

Kan?

Yelah, sebelum iPhone keluar, mana ada sangat smartphone yang betul2 smart?

Sebelum iPad keluar, ada ke syarikat mana yang buat tablet bersungguh2 macam Apple buat?

Kan?

Saham mereka pun ditutup 5.4 peratus lebih rendah waktu Steve Jobs pergi.

Tapi harapnya, dengan kemasukan bakat-bakat baru dalam manpower mereka, contohnya hacker JailBreakMe , Nicholas Allegra, mungkin mereka boleh bergerak ke arah niche baru dalam industri Apple.
Apple: Eh, kau mamat yang jailbreakme tu kan? Baik ko join kami kerja, kalau takk...

Nicholas :erk. Kalau tak, apa korang nak buat? =_=
Apple:: Kitorang saman ko. Billion. Ko ada duit? xde kan? Jom sign kontrak. >:D

Nicholas ni, pada asalnya, adalah antara hacker yang muda dan berbakat. Beliau telah mencipta sistem JailBreak yang paling mudah, untuk iPhone, iPad dan iPod (versi wifi). Jailbreak adalah...

BYE bukan Jumpa Lagi

Terkadang kita mengerti, pada satu rasa yang sama,
betapa pertemuan itu indah,
namun pahit bertandang tak sedar,
bila semulia kata ungkapan salam,
tersusul dengan ucapan 'BYE"
di akhir bait pertemuan.

Kenapa perlu BYE sedang kita bermula dengan baik?

Dan , kenapa perlu BYE at the first place. kan? KucinganStudio (peke nama dia ni, best betul,) menulis di entrinya tentang istilah BYE. Dari situlah datangnya entri ni.

Hmm. Daripada cakap BYE, apa kata if kita cakap,

26 August 2011

Lawan Speed Trap

Lawan Speed Trap? Ingat korang dah habis superhero ke nak lawan?
Em. Tapi , kalau PDRM masih guna speed trap lama, anda boleh la nak cuba,tapi tak dijamin berhasil.

Cara ini hanya boleh digunakan oleh phone Nokia yang tidak begitu bijak (maksudnya bukan SmartPhone Nokia) , tetapi kool (baca: licik.)

Contoh fon adalah model sebelum nokia 5800 dan ke bawah. biasanya operating sistemnya s40 atau pun basic. Nokia 3310 confirm bolehhh :D

periksa operating system dengan taip *#0000#


Caranya:

pergi ke Settings >> Security , dan pergi ke "closed user Group".

tukarkan nombor tu kepada 00000. (kosong lima kali)

Speed trap lama, akan dikesan kehadirannya dalam lingkungan capaian network telefon anda.
Buat kereta yang memiliki sambungan direct handsfree ke sistem audio, contohnya Kelisa, capaian network dijangka lebih kuat, dan anda akan kesan speed trap (if versi lama lah) lebih awal.

Disclaimer: Nak cuba? Kalau tak jadi jangan salahkan saya okay. Pandai laju pandai la bayar saman. Lagi-lagi kalau pakai kereta dengan horsepower yang tinggi, tak kisahlah Swift, Persona, Inspira, atau kereta2 yang sewaktu dengannya.







Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

23 August 2011

JANGAN SEMBAHYANG


sori andainya tajuk ni macam kontroversi sikit. Sebenarnya nak pesan pada diri sendiri dan readers semua.... 
Jangan Sembahyang dulu JIKA:

1) anda mengantuk. Bila sembahyang dalam keadaan mengantuk, kita tak sedar sangat apa yang kita baca. Worst, tak sedar dah masuk rakaat berapa. Better rehat jap, duduk, pejam mata kosongkan fikiran (bukan tido) dua minit, dan buka semula sebelum solat.
2) anda terlalu lapar. Bila terlalu lapar, otak lebih mudah menerawang dan tak fokus pada apa yang dibaca.
3) anda dalam keadaan tergesa-gesa mengejar sesuatu. Nanti semua tak dapat.  Rukuk dan sujud pun sekadarnya... Kasihan solat tu. Yelah, thoma'ninah takda, apa yang tinggal pada solatnya, kan?





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

21 August 2011

Marah Bukan Tanda Sayang




Marah bukanlah tanda sayang. Marah adalah emosi, dan emosi bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya mampu bermula dari emosi yang baik.

Disebabkan marah adalah emosi, maka batasan rasional kurang relevan. Kita  tak akan sewenangnya mampu kata "kau tak payah nak marah, ni mende kecik aje", sebelum kita memahami mengapa marah tu wujud.


Disebabkan marah adalah emosi yang tak smua orang mampu terima, lahirlah pemahaman yang silap antara bermuka-muka jaga muka orang dan muka sendiri, juga jadi diri sendiri yang pemarah dan tak peduli marah orang lain.

Disebabkan marah adalah emosi, dan bukan logik, maka ia perlu dilatih dan dibentuk untuk membolehkannya fit-in dalam personaliti, seterusnya dalam masyarakat.

Manusia yang emosi nya tidak matang, bakal mencetuskan huru hara yang lebih teruk, dari pada manusia yang intelek atau akalnya tidak matang.

Bukti?
Orang yang tidak tahu, jarang sekali tahu mereka mampu buat huru hara dengan ketidaktahuan mereka.
Orang yang tahu segala, tapi tak tahu apa yang mereka mahu dengan jelas, huru-hara kita ni nak layan mereka. Sekejap nak tu, kejap nak yang ini.


Anak yang sering dilatih untuk mengalah tanpa sebab (give in) yang munasabah, contohnya anak sulung, mampu mengakibatkan kewalangan personaliti (character distortion).

Dengan ketidakmampuan anak untuk memahami rasional ibu bapa di sebalik alasan 'mengalahlah, kau kan abang/kakak", fakta bahawa marahnya anak sering dikaitkan keperluan perhatian (attentivity) dan rasa didengari, akan melahirkan generasi yang kemudiannya hyper attention-seeking; apa pun yang dibuat, semuanya mahukan perhatian, untuk membolehkan mereka rasakan tiap tindakan mereka itu sah (valid).


Bukankah ini yang berlaku kepada gen- Y sekarang?

20 August 2011

MAX vs SuperJunior : Perlukah?

Kenapa kita tak perlu bersungguh sungguh banding MAX dengan SuperJunior...??? Bukan entri backup la sangat, tapi harapnya review entri pada isu kontroversi ni membuka mata kita lebih luas dari sekadar mengikut perasaan dan conform pada public. Kita sedia maklum, tak semua orang bersedia untuk bercakap suatu yang lain dari apa yang majoriti nafikan atau iyakan. Betul, kan? =)


Jika nak senaraikan list (dah lah senarai, list pulak tu, BM hang berapa, Fahmi?) yang boleh dibandingkan, memang lah banyak. Maybe boleh pukal terus.

Namun, Jika kita buat pebandingan secara adil, and secara kritikal, rasanya ada 3 elemen utama yang kita boleh guna untuk bandingkan mereka . Nak tahu lebih lanjut?

19 August 2011

Berkreatif di Header Flash XIV: Deadline


Menanti sebuah realiti
yang takkan menjadi biasa
sebenar-benanrya

membisik kata manis
tika hati masih berantakan lesu

masihkah diri kan diterima
masihkah kata memujuk sukma
kan dihulurkan

mana hilang janji
mana hilang erti

mana setia kata
mana genggam kasih

perlukah kubuang
mimpi mimpi yang teranyam?

Haha, yang atas ni iklan tapi versi panjang. :D

Header terkini adalah:
MummyNemo.com


atiqsalleh.com


KuntumKenyalang/com


emyulan.com






Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

18 August 2011

MY CONTEST : MY PET




Inilah kucing paling hotstuff time belajar dulu. Nama dia terpaksa dirahsiakan atas sebab personal. Hmm...
Teringin nak tahu kenapa kucing ni muka sedeh? Sebetulnya dia baru lepas kena marah sebab kotorkan comforter saya.

Apa lagi, jom ke sini pula untuk tengok seluruh album kucing yang seekor ini. =)

Entri ditulis untuk Entri dari ADO Photography. Banner contest boleh diperolehi di entri tadi, atau boleh copy di atas ni =)

Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

17 August 2011

Mencari Diri : Ramadhan di Perantauan (LA SANGAT)



 "man qaama ramadhaana iimaanan wahtisaaban ghufiralahu ma taqaddama min dzanbika wa mayata'akkhar" (riwayat Muslim)

maksud hadith mengatakan, barangsiapa yang menghidupkan ramadhan dengan penuh keimanan dan berhati-hati dengannya, diampunkan dosa yang terdahulu dan terkemudian. (Riwayat Muslim)

Jom kita combokan entri Ramadhan!

Berpuasa di Perantauan
Walaupun inilah kali pertama puasa sebulan di rumah selepas hampir 10 tahun tinggalkan puasa rumah ke tempat belajar, memang kali ini rasa best. Buka puasa di merata-rata, dan sahur pun macam time belajar dulu.

Kelmarin solat Tarawih di Masjid Wilayah. (Jalan Duta) , hari berikutnya di Surau Sri Iskandar. Puas hati? Hmm.. tak berapa. Tapi alhamdulillah. Imam tarawih import dan majlis agama ada perjanjian Pangkor sulit ke, untuk baca cuma satu - tiga ayat satu rakaat? Kalau dulu satu malam dah boleh dapat separuh juzuk. Kalau sekarang, bukankah sepatutnya sudah juzuk 6? Semalam  di sini baru juz 4.


the Next Milestone
7 jam untuk 4 hari bergila duduk dalam kereta, memanglah syok kalau ada orang layan bual. Lagi syok kalau orang itu #retis. (gelak tak hengat) Nak tahu siapa? Bro Framestone dan Reena Tan laaa ^^

gathering Iftar
Memang betul-betul seronok apabila berjumpa kawan-kawan yang sekepala. Sori lah tak dapat nak bual dengan semua orang lagi ya =) kali ini gathering ada lah dala m28 orang. Oh, dan ada kejutan untuk saya juga. Kawan lama di IIUM turut join, kawan pada Reez. Huda namanya. Ada 3 tahun tak jumpa beliau.

Antara yang datang dan sempat dikenal + dicam termasuklah:
1) jackie koh birhday guy
2) Pisyek
3) Adib
4) Mirul Abu
5) Padil the Penyu guy
6) Reez Luv
7) Rashid
8) Faridzul
9) Bro Framestone
10) Ain Laa
11) Rus Anisza
12) Ruzz Ezanie
13) Amalina Nay
14) Aliaa Farhana the Pinky Moo
15) Cik Reena Tan the Bunian Puteri
16) Syahirah Sabri
17) Qusya Azmi the Organizer
18) Pija Shamsudin
19) kawan sebelah Ain Laa
20) kawan sebelah Rus Anisza
21) kawan sebelah Nay
22) kawan sebelah Reena Tan
23) kawan sebelah kanan Padil
24) kawan sebelah Reez Luv, Huda
25) kawan sebelah Pisyek
26) kawan sebelah Adib
27) kawan sebelah Syahirah Sabri
28) Fahmi Mahat

seronok sebab, makan kuih Padil  buat (Untunglaa sapa jadi bini hang makan je kerja). Makan  bersuap2 dengan orang sebelah. Juga sebab jumpa member yang dah 3 bulan tak jumpa. =)



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

09 August 2011

Apabila RM 50 bertemu RM 1 : Edisi Lain

Babak Satu

Pada suatu hari, duit seringgit terserempak dengan duit lima puluh ringgit. Mereka ni dah lama tak jumpa. Lalu kedua-dua mereka memulakan perbualan.

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
RM50 menjawab, " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah."

Dengan muka bangga + sinis, beliau bertanya kembali, 
"Eh, ko camner lak?"

RM1 menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama............'SURAU...., MASJID......., SURAU........."

Rm50 terkesima. "adehhh.. terkena aku. nape le bijak sangat pegi tanya soalan tu tadi"


Babak Dua

RM50 menoleh ke sana, di kejauhan. Hajat di hati nak ubah topik.
Dia pun bertanya lagi pd RM1,

"Eh, aku dengar anak sedara kau , sePosen, duaPosen dengan limaPosen tu, dorang dah dapat plastic surgery baru.waahhh, hensem la dorg , mcm kau jugakkk. Diorang lepas ni kalau ke surau leh lepak-lepak lama lah dengan kau kan?"

RM1 tiba-tiba berpusing dan menjegil mata.
"Hensem? Memanglah hensem, tapi muka cam Israel buat apa. aku pak penakan depa ni pun segannn org duk kata, canang merata, depa muka Israel.

Aku masuk surau, masjid, surau... depa..? La ni surau pun tak mau pegi. segann kata depa org dok canang lagu ni. La ni depa selalu pegi mesin air mineral je, paling jauh pun nuu ha, Dr Sukida punya mesin depan masjid Pagoh tu. Mana ada lagii public phone mau depa dah"
 (Sob3)

Rm50 terdiam lagi. "aih, salah lagi ke aku cakap??"
Entri diilham dari status ping oleh Mawar Berduri dan entri Amal Espraza tentang duit syiling baru katanya.



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Simple aje Ni III: Tak Perlu Lagi Suruh Mereka Un-Follow!

Bertukarnya domain DotCom dengan hosting sendiri, tak sedikit blogger yang mengeluarkan arahan 'pelik tapi benar' kepada reader masing-masing.

(Arahan apa tu, Fahmi?)

Arahan , atau lebih manis disebut 'permintaan' untuk unfollow dan re-follow, adalah ayat yang biasa kita jumpa, dalam group blogger Facebook.

Arahan ini akan dikeluarkan apabila conversion berlaku dari free blog , ke hosting berbayar, di mana Wordpress digunakan sebagai platform utama.

Setelah selesai import post lama ke Wordpress, biasanya owner atau author akan ping status baru, dengan ayat ini.

Soalnya, adakah ia perlu?

Jawapannya, ia tidak perlu sesukar itu.

Jawapan selanjutnya, terletak kepada daya inisiatif sendiri. Yang jelas, pengendali hosting nampaknya tidak begitu cakna tentang isu follower gadget, mungkin memandangkan jenis khidmat yang mereka tawarkan, adalah  :
a) Hosting Wordpress dengan limited bandwidth + space
b) Khidmat sokongan Blog Conversion yang terhad... atau tiada langsung.

Hakikatnya, adalah suatu yang agak menjengkelkan @ memalukan bagi penyelia hosting, apabila khidmat ini tidak lengkap , mengakibatkan, author blog yang hebat, meminta readernya unfollow + re-follow, dan menghabiskan masa yang boleh diguna untuk promosi link baru?Tak gitu?

Sebetulnya, caranya sangat simple. apa yang anda perlu buat hanyalah 2 langkah. (apa?? biar betik!!!)

08 August 2011

Ihya Ramadhan: Allah Mendengari Kita

Credit buat EnginKorkmaz


Allah berbicara kepada kita , dalam kita tidak benar-benar mendengarnya. Atau benar-benar menyedarinya.

(Benarkah, Fahmi?)

Ya, memang benar.

(Macam mana, tu?)

06 August 2011

Berkreatif Di Flash Header : Semangat Baru!

 ketap ketip jemari berpesta,
bukan lagi berpencak, bingit,
tetikus cempera hiaskan pentas,
agar semangat dan daya takkan pergi begitu saja. ^^

nak kongsikan design2 terbaru yang dah lama tak diupdate. ^^

Jom , tengok apa ada!

05 August 2011

Contest#3: Anda Buat Anda Dapat

Cuba mengalihkan perhatian dari kantuk ya ampun yang amat. Setelah  BlogWalk beberapa ketika, saya terjumpa contest design t shirt, dari Yadz.
Tengok syarat yang simple dan agak mudah.

Jadi, apa yang Fahmi Mahat hantar untuk contest ni?

04 August 2011

Mencari Diri : Basuh Kereta Lepas Sahur

Bukan Kereta Saya! ha3 .Credit to Kereta.Info


Semata-mata tak nak tidur lepas sahur hari ni, akhirnya kereta yang semalam kena hujan , berbilas juga akhirnya .. ha2.

Semasa membersihkan luar dan dalaman kereta, sambil2 mengelap bahagian yang kotor, baru saya tersedar beberapa perkara.

(Apa tu, Fahmi?)

02 August 2011

Simple Aje Ni II: Google Mapskan Lokasi Anda untuk Peta Raya Kawan2




Contact Us adalah satu daripada tab yang penting juga dalam mana2 website. Selalunya apa yang ada dalam contact us, adalah cara untuk kita hubungi adminstrator web tersebut.

Selalu juga kita akan inginkan cara untuk kita temui person in charge yang mungkin perlu kita jumpa face to face.

Jadi, menambah fungsi map pada contact us, adalah satu cara yang sangat berkesan.

Masalahnya, menambah map menggunakan janaan imej persis kad kahwin, kurang berfungsi.

Apakah peta yang berfungsi, mudah digunakan,  dan mampu 'ditanya' dan memandu ke arah destinasi dengan time estimation?

01 August 2011

Angry Bird attack kereta pulak dah

Time puasa2 ni takkan nak post pasal makanan buka pulak, ye dak? baru 4 jam puasa. he2.. =)

Hari ini teringin pula rasanya nak kongsikan video youtube yang best. Tajuk video ini, Angry Bird Serang Perodua. Memang terbaikkkk~ :D

Apa lagi, jom, tengok! =)

 

Depa buat video ni untuk contest promosi Perodua Lagi Bes kut? Ntahlah. Tapi ada je link yang lain. Contohnya, 
Perodua Kereta Pilihan Superhero, Perodua Lagi Best (OjaMoja), Perodua Lagi Best (versi Anas Koq)aku rasa korang kenal dia ni ke3. Video ni pun best bagi saya!). Satu lagi ni Teka Silang Kereta/ Haha kreatif betul!

Jadi, layan je lah jommm~ =D 


Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header