3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

22 February 2011

Sejauh Mana Persahabatan Antara Blogger : Dia yang Aku Pernah Kenali




http://kaif-amb.blogspot.com

Dia yang aku pernah kenali..
Banyak yang masih sama dengan aku.
Walau banyak juga yang lain.


Tak kisahlah,
walau dia,
agak aneh pada tingkahnya
namun masih tetap menyenangkan hati yang melihatnya.

Andai CERIA itu jenama pakaian,
seperti Uniqlo, Armani, atau Gucci,
apapun jenama pakaiannya itu memang bervirus,
ke mana dia pergi, pakaiannya menjangkiti.


Dalam hiruk pikuk suara, 
kesakitannya itu tampak seperti garam,
dalam sungai Lui yang tak bertepi,
tak terasa masinnya garam,
tetapi terasa damai duduk2 bersamanya..
biar haru bingit suara mengelilingi.

Dia yang rendah hati,
namun dia antara yang paling kuat hatinya.

Dia kawan yang menghormati,
maka selayaknya dia akan dihormati.

Dia antara yang paling tahu menjaga hati,
tak sedikit yang sedang (dan akan) ada hati dengannya.

Dia yang tidak mahu dikasihani,
maka dia lah yang akan paling disayangi.

Dia .... antara kawan yang susah dicari.
Maka dialah, antara yang akan sering lebih dihargai.


Dalam jumlah masa 24 jam berjumpa,
Dia yang paling banyak senyum dan ketawa bersama,


Jadi, aku tak mahu biarkan kau senyum sendiri, esok kita jumpa yea. Stay strong, kau akan cepat sembuh. Ramai gile orang doakan ko kat SB bro =)



Kata orang2 pandai, kawan  baik bukanlah semestinya kawan sepanjang zaman, tapi kawan terbaik yang dijumpai di akhir zaman.

p/s:  Maaf, aku tak dapat nak singgah tengok lagi hari ni, esok aku pergi ya. =)

6 comments:

forever love said...

nak gak sajak macam nie..

Sunah Sakura said...

nak nangis baca..terharu..kalo kyerull baca, mesti lagi terharu...huhu..

Minggu Persahabatan Ke? :)

aliarosli said...

nak ngis je
terharu :)
semoge die cepat sembuh

Fahmi Mahat said...

forever Love~ nak gak sajak mcm nie? ooo.... boleh jek, jadilah kawan yang baik pada orang yang hati seni (aceh), kalau dia da sayang, satu hari tiga sajak leh dapat ~ ^^

sunah,~ jangan nangis dulu, nanti saya nangis gak. XD ntah, tak tau dia tharu ke tak. hopefully pagi ni dia selamat. Haha, ye la kut, minggu persahabatan. kan? ~

bun~ nak nangis gak? huuu~ >_< betul2. moga dia cepat esmbuh~

KyêrulL said...

:(
terharunyaaaa, lidah ku kelu tak berkata.. terima kasih fahmi.. mendalamnya.. hmmm terima kasih, terima kasih... semoga persahabatan yg terjalin antara kita berkekalan sehingga ke akhir hayat.. terima kasih sekali lagi.. aku betul² terharuu.. best sangat ^.^

Fahmi Mahat said...

sama2 kyeroolll oiiiii. huu =)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails