22 February 2011

Seloka Gath di Superstar K'ok SB

malam ini malam seloka
seloka kita seloka suka
seloka suka tak mahu duka
kita buat untuk suka-suka



Ahad lepas Ahad yang mesra
 sorang-sorang berjabat hebat
Ahad lepas kita gembira
Wangsa Walk namanya tempat

depan pintu kemaskan baju,
takut pulak nampak serebeh,
dari luar nampak depa semua tu,
sorang pun tak kenal lagi neh...

walau datang agakla lambat
sampai-sampai terkulat-kulat
adui ramainya orang2 hebat
Ahmad Jer pun cakap, "mai la pilih lagu sat"

Berbaju hitam si gadis hebat,
menggamit aku duduk mendekat,
selesai senyum hampir terpikat,
Tia namanya, link blog belum lagi lah dapat

Lagu pertama lagu berdua
Agak celaru jump situ jump sini
Nyanyi berdua dgn cik Tia,
lepas tu orang lain pun get ready

lepas aku bro Syafiq Rosli
suara peh persis si Awie,
kawannya Paan join gak sekali,
wuish, lagi sedap dari Syafiq Rosli

tengah dengar suara memukau,
Kyerol masuk semula adjust
ko jump , dia jump kau,
kepala dia pening, dia cakap 'ahh penat'

Andy dan Akmal gabungan padu
suara pulak memang bes,
sorang suara base lemak merdu,
sorang suara tarik tinggi best!

Ahmad Jer suara macam Aizat,
Kyerol suara macam Kaer,
SR dan Paan suara kus semangat,
kami2 tumpang semangkuk jer...

ada jugak lagu acapella,
rasa macam nak test power,
suara Tia classic gila,
bila bergabung meletop peh~!

Dengar sorang-sorang nyanyi,
macam dalam AF pulak dah,
rasa macam dah kenal sejak sekolah lagi,
happening tak ingat lah~

3 jam beb, nyanyi sampai abih,
lepas karaoke suara pun ilang,
muka semua pun letih-letih
keluar Superstar jadi anak riang

simpan suara biar tak serak,
esok boleh nyanyi-nyanyian,
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

seloka gathering akhirlah sudah
salah silap maaf dipinta,
harapnya gathering tamat tidaklah,
hari lain marilah bersua

^^

p/s: kalau suka LIKE lah.. Komen pun boleh~ zoooomm

4 comments:

@taufiqhelios said...

best giler :) bole publish ni :)

Fahmi Mahat said...

huuu TH komen. wuhu segan dowh XD nak publish kat mana ek? teringin gak tengok... =)

My MiRa said...

pamdai yer berpantun...bila nk wat pantun untuk mira lak??hehehe gurau je

Fahmi Mahat said...

untuk mira bkn setakat pantun, cerpen pun boleh. hahaha XD

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails