3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

26 February 2011

Suatu Kisah Hari Lahir : Penghormatan

Kalau kita tidak hormat orang, kita tidak akan dihormati. Sebab perlakuan kita yang buatkan kita nampak atau dirasakan tidak begitu menghormati orang, akan menyebabkan kesan domino negatif yang membawa kepada orang lain tidak akan menghormati kita.



Tapi bagaimana kalau kita menghormati orang, tetapi orang itu tidak menghormati kita?

Contohnya, kita menghormati orang dan professsionnya, biarpun ia mungkin berada dalam status sosial yang tidak sama dengan kita.

Mungkin dengan mengikuti caranya, atau peraturan yang digariskan menurut autoriti professionnya. Bahkan kita sesama Muslim, Melayu, tak de sebab untuk kita tidak hormat.

Namun, bila kita menghormatinya dengan cara sebegitu, tetapi dia merasakan kita tunduk kepada kuasanya, bukan menghormatinya, lantas mengarah2 kita bagai, memalukan kita di khayalak ramai, apa lagi penghormatan yang kita patut berikan pada orang sebegini?

Apa yang anda akan buat dalam keadaan sebegini?
Diam, lari dan maki hamun belakang orang itu?
Kirim santau angin, tuju-tuju bola2 api?

Kliche melayu.. perhaps? ;))

Atau anda tergolong dalam mereka yang mampu menegur dengan senyum dan baik2 berhikmah saja bila dalam keadaan ini?

kalau ya, saya memang salute anda. =)

Jadi anda yang tidak menghormati orang itu, jangan marah kalau lepas ini orang ikut cakap anda kerana anda menakutkan, bukan sebab anda itu dihormati.

Jangan marah juga kalau ada mulut2 yang memanjang2kan cerita sampai ke peringkat atasan sampai menyebabkan anda dibuang kerja-yang-anda-bertungkus-lumus-buat-resume-tapi-just-mampu-jadi-customer-service.

Pihak atasan , contohnya management Sekuriti anda ke, kan? yelah, kalau anda sekuriti guard poyo yang tau menyalak tapi tak tau nak senyum layan tetamu datang yg ckp elok2 + cuba untuk memahami keadaaan dan posisi anda sebagai sekuriti dan bukannya pengetua matrikulasi +cuba untuk mencari solusi terbaik untuk semua pihak, dalam keadaan tetamu itu bentuknya bukanlah anjing atau budak tiga suku untuk diherdik2 dimalukan bagai.

Susah ke nak explain elok2? Tahu ke tak, meskipun syarikat sekuriti tendernya bertukar 3 , 4 tahun sekali, sekuriti sebenarnya mampu mewakilkan imej tempat belajar dari pintu masuk? Sebab itu sekuriti perlu berbudi bahasa dengan tetamu yang masuk.

Sekuriti mungkin tak perlu ke kursus wajib seminggu setahun, macam gomen. Tapi kalau sekuriti berbudi bahasa, orang nak patuh arahan pun tak berkira... atau tak ber-muka-muka. Budi bahasa budaya kita bai...

Kita bekerja untuk penghidupan dan kehidupan. Nak ke kalau kerja kita itu kerja yang disumpah orang sana sini? Hmm.

1 comment:

manueng said...

pakgad kerek ade di mane2....huhu~

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails