21 February 2011

Andai Kau Masih Di Sisi

Aku baru terbangun dari lelap pendekku.
Selesai  mengulangbaca juzu 14 dari kalamNya yang mulia tadi, aku terasa kantuk yang amat, entah kenapa. Mungkin memang sudah waktu aku rehat, setelah penat seharian ke hulu ke hilir.

Ruang masjid di sebelah kiri dan kanan ku sudah kosong. Mereka sudah barang kali pulang ke bilik masing-masing.


Ada sisa air mata berseka di pipi. Pelik, aku tak ingat apa yang aku mimpikan. MP3 Player dari telinga aku cabutkan dan simpan di kocek kanan seluarku.

Aku bangun dari baringku. duduk, berlunjur menghadap ke pintu. Aku mengurut2 betis kaki yang terasa lenguh. Tidur sebentar pun sudah lenguh seperti ini? Fikirku sendirian. Esok mungkin perlu turun training badminton seperti biasa, biar hilang lenguhnya, biar jalan kembali darah ini dengan molekul oksigen baru.

Aku berkalih kepala memandang ke depan. Lampu berhampiran mimbar sudah dipadamkan. namun dari jauh aku seperti lihat seseorang berteleku menghadap mimbar.

Anehnya, seolah2 ada suatu cahaya yang terpancar dari jubahnya, sehingga aku mampu nampak sosok orang ini membelakangiku.

"Wah, bagusnya orang ini. bersendirian dalam gelap merenung nasib siapakah barangkali?" fikirku sendiri.

"Apa kata kau kemari saudaraku!"

Satu suara bergumam entah dari mana.. terus ke dalam fikiran ku.


Aku terkejut gila. Tersentak, aku berpaling ke hadapan , mengesut ke belakang menghala ke pintu, seolah ingin lari keluar.

Suara siapakah ini?

"Siapa?"

"Aku. Datanglah ke mimbar ini, aku mahu bertemu denganmu."

Kakiku melangkah perlahan, selangkah dengan selangkah, takut-takut.

10 langkah lagi.

5 langkah lagi.

dan aku duduk di sebelah kanan sosok ini.

"Assalamualaikum saudaraku." tangannya dihulurkan. "wa'alaikumussalam warahmatullah." Aku menyambut tangannya. Kejap pegangan salamnya, namun tangannya tidak terasa kasar. Rasa takutku hilang.

Aneh. Aku tidak pernah merasakan kemesraan yang lebih nyaman dari ini seumur hidupku bersalaman dengan Muslim.

"ana Fahmi. Siapa nama nta, akh?"

"Nama ana... Muhammad." tangannya masih menggenggam jabat tanganku mesra.

Muhammad?

"Ya, Muhammad Abdullah. "

Allahu Akbar. Benarkah..... benarkah ini....

"Saudaraku. Inilah aku. Junjunganmu yang kau selawatkan pagi tadi, dalam ikhlasmu menuntun mereka pada kecintaanku."

Jabatan tangan tadi aku hentikan. Dalam kekaguman yang penuh haru, bahunya aku raih. Kupeluk tubuhnya akrab.

Tangisanku tumpah di bahunya.

"Ya Rasulullah.... aku rindu padamu." Sosok ini mengusap dan menepuk-nepuk belakangku meredakan rasa.

"Ya saudaraku. Aku ada di sini untuk kamu...."  dia melonggarkan pelukannya, dan duduk menghadapku. Lutut bertemu lutut. Tanganku diletakkan di atas ribanya.

"....untuk kamu becerita kepadaku sekarang, seperti mana yang kamu sering luahkan. Dalam ketidakpuashatian jauh di hati kamu apabila hadirin Jumaat tidak berselawat kepadaku seperti mana yang kau fahami... aku ada di sisi kamu."

"Dalam ketidakpuashatian kamu apabila kamu mempertikaikan kewajaran cinta mereka padaku dan kau terus2an menyalahkan diri kamu, hanya kerana kamu tidak mampu membawa mereka hadir berselawat mengingatiku... aku tahu semua itu."


"Dalam ketidakpuashatian kamu apabila orang sekeliling kamu mempertikai sunnah yang lebih besar dari sekadar mengikut jubahku.... aku ada di sisi kamu."

"dan dalam tiap sebak air matamu mengenang pemergianku, aku tahu sebak itu, dan aku mahu kau tahu, aku ada di sisi kamu."


Lerai lagi air mata ku. Sebak bertandang.

Sebak ini mengundang misteri, namun sebak ini memberiku kelapangan yang damai. Aku terasa didengari. Bukan didengari untuk dinafikan perlunya sebak itu dalam masa sekarang. Tetapi didengari oleh yang sangat berhak untuk mengetahui..

Baru aku teringat apa yang berlaku beberapa saat sebelum lelapnya aku. Aku telah mendengar alunan lagu nasyid balada "Pemergian" dari Inteam yang sangat detail, membuai rasa dan membuatkanku terbayang kisah perginya seorang kekasih.


Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Di angkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu
[Pemergianmu, Inteam]



"ya Rasulullah... Maafkan aku. aku masih tidak mampu menyayangimu sehebat sahabat-sahabatmu. ... namun..."

Aku terdiam. Belum lagi mampu mencari kata dalam sebak ini.

"teruskan saudaraku.. aku dengar kamu."

"Aku sedar aku terlalu banyak khilaf, silap. Malah mungkin saja aku ini tidak ada pun dalam pandangan manusia2 sekelilingku.

Namun, aku berharap sudilah kiranya kau pandanglah aku dengan pandangan syaafaatmu atas apa yang aku lakukan selama ini, dalam membawa seramai mungkin cinta mereka kepada mu .. ya Rasulullah."

Tangan kanan nya yang mulia diletak di atas bahu kiriku. Lantas,

"Wahai saudaraku, teruskanlah dengan usahamu sendiri. Allah itu maha menghakimi, maha mengadili, maha mengasihi... Yakinlah dengan kasihNya, yakinlah dengan rahmatNya".

Aku meraih, memeluknya semula. Tangisan ini derainya membasahi bahu jubahnya yang mulia. Terisak-isak.

"Fahmi.... Fahmi! Bangun2, nta menangis dalam tidur ni! Everything okay, kah?" Najmi menggerak2kan ku, cemas.

"Eh,..... Najmi? Kita di mana ni?"

"Nta kat bilik ana lah. Kan malam tadi nta datang lepas balik dari Zikrul Maut Opening Ceremony? dah, dah. bangun na, jom kita pi surau. Pukul 4.30 pagi dah ni. Nta kata nak i'adah sama dalam Qiyamullail? Jadi tak?"

"Allahu Akbar.... Jom Mi. jap, ana nak basuh muka sat." Aku meraup mukaku, menyeka air mata yang tersisa.

Rasulullah. Andai kau masih di sisi..


p/s:Cerpen percubaan sempena Maulidur Rasul... saja berkongsi dengan pembaca + korang semua. Kalau suka, LIKE dan sebar2kanlah, kalau tak suka, syhhhhh. simpan je sorang2.. =)
p/s: Fahmi itu belum saya, mungkin Fahmi lain... =)

3 comments:

Nazz@Purple said...

best sgt..

Fahmi Mahat said...

tq nazz~ =) harap ada manfaaatnya =)

M i s h i e Syakirah said...

terharu baca nie..

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails