Kalau masa boleh dijadikan pengukur kepada kejayaan, sudah tentu orang yang lebih tua dikira lebih berjaya dari orang muda. Remaja lebih berjaya daripada kanak-kanak, dan orang dewasa lebih berjaya daripada remaja. Dan begitulah seterusnya.
Hakikatnya tidak begitu. Lalu, muncullah soalan-soalan provokatif. (Atau intuitif? Ape-ape ajelah.) Seperti ini..
Kita ni apa? Atau, siapa?
Kita remaja atau dewasa?
Penulis beranggapan bahawa pelajar universiti kebanyakkannya, termasuklah penulis sendiri, terletak antara 2 kelompok ini.
Kelompok pertama, remaja lewat umur.
Kelompok kedua, dewasa tertahan umur.
salah satu definisi dewasa bagi penulis, adalah, seorang yang sudah bekerja dan memiliki pendapatan sendiri, dan dapat menguruskan pendapatannya dengan baik, sekurang-kurangnya kalau tidak dapat sempurna. Jadi, penulis anggap, sekiranya kita ini sudah dewasa, spatutnya kita sudah bekerja, dan merasa pegang duit sekarang ni.
Duduk dalam universiti "paling islamik" ni (menceduk dari ayat mastika keluaran september), lebih membuatkan penulis rasa kita jadi remaja lewat umur dari dewasa tertahan umur. Apa definisi remaja?
Penulis bersetuju dengan pendapat yang mengatakan kadang-kadang remaja lebih matang dari orang dewasa sendiri. Lihat saja Hang Nadim dan Memanda Menteri Temasik (rujuk
sini untuk melihat cerita dari perspektif lain.
Masalahnya, itu
kadang-kadang. Macamana pula yang
selalunya?Dengan studi yang tak terurus (studi last minute, nota tak tersusun, tuang kelas, improper preferences over lecturer [I.P.O.L]), ketakseimbangan masa libur dan masa studi, ini tidak termasuk lagi dengan hantu-hantu Naruto, Bleach, One Piece, FMA, dan lain lain anime serta manga yang sewaktu sekurun dengannya.. tak termasuk lagi yang kantoi studi sebab pressure kena tinggal ngan balaks-balaks atau aweks-aweks...
Kawan-kawan yang dah bekerja dan dah seronok dapat rasa pegang duit tak dapat masuk IPT atau IPTS, merasa rendah diri nak berkawan dengan budak-budak U. Ye ke? Betul ke pendapat ni? Penulis percaya sebenarnya ayat ni ayat terbalik.
Ramai je member-member penulis yang dah keje lebih matang pemikirannya dari penulis dan kebanyakan kawan-kawan penulis. Kehidupan mereka lebih bermakna. Tapi tak bererti kehidupan kita, pelajar-pelajar universiti ni, tak bermakna. bukan begitu maksud penulis.
yang penting, adalah pengurusan matlamat dan impian.
Ramai orang berangan-angan. Dan ramai juga orang yang berimpian.
Tapi tak ramai yang sanggup korbankan apa saja (yang sepatutnya lah, bukan yang tak sepatutnya..) untuk gapai impian dan capai matlamat mereka.
Tak ramai yang nak membayar harga sebuah impian. (Tetiba rasa mcm nak buat lagu bertajuk harga sebuah impian..heh.)
Akhirnya, penulis menyimpulkan, kemahuan nak membayar harga sebuah impian inilah yang sebenarnya menjadikan kita ni dewasa tertahan umur. Atau remaja lewat umur.
Aduh.. susahnya nak jadi orang dewasa.. ;)