3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

23 February 2011

Combo Entry pertama 2011 : Melawat Rakan Blogger

Combo 1: Adab2 Ziarah orang kurang sihat

Ziarah menziarahi orang sakit adalah sunnah nabi yang sangat dituntut kerana ia memberikan manusia rasa penghargaan dan rasa wujud dalam hidup orang lain. Nabi dan para sahabat sering menziarahi sahabat lain yang sakit, dan contohnya turut beramai2 memasakkan makanan untuk ahli keluarga sahabat yang ditimpa kesakitan . Bak kata pepatah, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah (Munira pernah tanya kuman ada hati ke? aku ingat lagi k hehe)

Siapa kata ziarah kawan sakit kat hospital tak fun? Fun gile. Tapi ada adabnya.
Menurut hadith Nabi Junjugan kita, antara adab ziarah orang tak sihat ialah:

a) Menghiburkan beliau dengan .. offcourse la bukan dengan hiburan yang melalaikan =_= kata2 yang baik. Kita boleh update cerita2 menarik yang boleh membuatkan beliau tak sabar untuk jadi sihat dan berjumpa kita semula. Tak perlu lah cerita tentang kesedihan2 kita waktu beliau tak ada, atau cerita pulak kesusahan yang kita alami waktu nak singgah jumpa beliau.
b) Memberikan hadiah2 yang menggembirakan, makanan yang disukai
c) Ni yang paling penting. Datanglah kerap tapi sekejap2. Tidak perlu berlama2 terlalu lama dengan pesakit. Dorang pun serba salah nak beritahu, jadi kita perlu fahamkan lah sendiri. =)

Oh ya. Malam ni dari jam 9, Kyerol dah kena puasa. dia operate esok pagi dari kul 9am, masuk besi baru dalam tulang. Jom kita doakan dia beramai2... Hopefully pembedahan beliau berjalan dengan lancar. nak selebrate birthday dengan budak besday sehari sebelumnya iaitu cheq  ramai2 dnegan korang katanya. =) 

Combo 2: Gift yang elok dibawa untuk menziarah orang sakit

1) makanan yang sesuai. Ada hospital yang melaksana polisi makanan luar tidak boleh dibawa masuk.  namun rata2nya okay je. Buah2an biasanya amat digalakkan. Begitu juga makanan berkhasiat lain seperti yogurt, susu. Spirulina pun okay. bagi yang berada, plasma marine sangat bagus. Tetapi untuk makanan yang bersifat 'mengidam' contohnya fast food, lauk kegemaran, perlu mendapatkan pengesahan dari doktor. Bukan apa, takut pula makanan bereaksi dengan ubat2an yang aneh.
2) bunga2an. Auww sweetnya. sila pastikan bukan bunga yang pesakit allergic, tak pasal2 anda boleh dituduh membunuh tanpa niat. maklumlah, dalam keadaan sakit, tindak balas antibodi melawan allergi lebih dahsyat dari biasa

3) Peralatan yang diperlukan oleh pesakit untuk membuatkannya terasa ingin bersemangat hidup semula. Kalau dia suka muzik, bawakanlah smentara Mp4 player dengan lagu kegemarannya. Kalau dia suka melukis, bawakanlah set melukis simple kegemarannya.Kalau dia suka blog, bawa2kanlah netbook beserta broadband untuk dia guna sekejap. Jangan tertinggal pulak, nanti hilang, kita gak yang sedih. haha

Okay. Tamat sudah combos. mahu teruskan kerja repair. laptop menanti dengan penuh sabar. Haha XD Zoom2, salam alaikum~

2 comments:

ijam ismail said...

NICE ENTRY...
thanks 4 d info k..
=D

Fahmi Mahat said...

moga2 ada manfaatnya.terima kasih encik ijam. huuu~ XD ijam komen seh.... terasa hebat sat~ oka,y fahmi sila kembalikan normal anda haha

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails