3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

31 May 2011

I'm Not THAT Genius

If you can't swim, go get a lesson.
If you can't win, go get a coach.

But would you try to win, something which is pointless in nature?
Such win , i doubt, my friend, will benefit or re-value yourself.

Menang hati perempuan sebab kena cabar member?
Lame nya. Kau suka kalau orang buat adik atau kakak kau macamtu?

Bertekak semata2 nak nampak kau saja yang betul?
Pun sama. Kalau dah salah, is it THAT wrong, untuk ambil masa, to say sorry and admit that you are not in that position to actually say that? Yelah, karang klu dan2 tu cakap sorry, ada pulak orang cakap "kau campak ajelah maaf tu ke longkang" out of anger, karang, malu plak.


How about talking on and on about something yang kita tak sure sangat? For the sake of nak nampak tahu semua?

Hmm. My bad. I would concur, to rectify someone who's rattling on and on about something which s/he is not that sure, just before s/he is gonna undress his/her naked mind. But!..

But, if I am doing just that, all this time with you, please point that out, so that I spend some moment to find myself in the middle, and say sorry, before you'd say the abovementioned statement.

So that I would stop talking.
So that I would not feel offended, of offending a mindful creature like you.

But please do not walk away and say that I didn't care enough to understand you, before offering solution.

And please do not say that I pretend to know everything , to make you look like an idiot who know nothing.

I'm so sorry. Please don't walk away.

Berkreatif Di Flash Header XI

Setelah berhempas pulas berehat sambil mengejar semangat yang hilang, inilah hasil terbaru. Jom2, tengok apa ada =)


mylittlesweetoven.blogspot.com
 (banner flash)





Header







AlyaEsprezzo.blogspot.com (First HardCoded Concept Header)







terowonginformasi.blogspot.com







LailyQaisyirah




Salim Harmanain





EmptySoulJudiene (2nd remake on it's way)


Design lain adalah:
AnizaTextile and Fashion (Header dan 2 banner, satu horizontal, satu vertical 125X125)

30 May 2011

Disunfriendable

Disunfriendable,
you're disunfriendable,
sharing all the smiles,
shouldering the cry,

disunfriendable,
you're disunfriendable,
even when you dont,
you dont think like I do,

cause what you've made me,
achieving more today,
believing in my way,
soaring up above the sky,

you're disunfriendable,
and you're disunfriendable.

undeniable,
such undeniable,
regardless of the things we do,
reminds me of you.


unmistakable,
you're unmistakable,
when most the word you say,
you've made me feel this way.

cause what you've made me,
achieving more today,
believing in my way,
soaring up above the sky,


you're disunfriendable,
undeniable,
truly disunfriendable.

Entri Respon untuk tweet dari someone yang bcerita tentang Friend dan Unfriend di Facebook. iaitu Syed Hakim Graphix. Hahah  =)

p/s: Specially made, buat semua kawan2 yang sangat bermakna dalam diri saya buat masa ni. Ramai. Antaranya Penyu, Aliaa, Yana, KureHensem, Anis, Kyerol. Termasuk Geng2 SB , BP juga =)

Gathering Sahabat Blogger


 Dalam senyum yang indah,
dalam tawa yang ceria,
kulihat riangnya bila bersua,
jelas,
masih terlihat persahabatan itu,
meski baru sekali dua berjumpa.

^^

=====================

Gathering kali ni sangat ramai, 30 orang.. ke lebih, kut :)

Antara yang hadir, termasuk saya,  dan AdyBudika, adalah:
1) Fad Ali (cameraman yg hebat tu)
2) Amal Garang  (Garang yang riang ria, haha)
3) Kyerol the Kayif
4) Syafiq Mukhtar (pendiam dia ni)
5) Muaz Faris (dia ni pun, hehe)
6) Faizal Harnis (jumpa haritu di gath Lanun di KLCC)
7) Faris Syazwan
8) Saiful Nizam
9) Azri the Ayie (suka2 je  bagi nama camni)
10) Danial (pun ada time gath haritu,...err, di Taman Tasik Metropolitan)
11) Tetaufiq (member rapat Aiman.. kut?)
12) Taufiq (member rapat Aina Aimi.. kut jugak) Aiman the Halia (jumpa di gath Taman Tasik Metropolitan gak)
14) Zamir Zanon ( ke Zonan? Dah confius jap)
15) AriffFahmi (ingat kazuhiko Fahmi, mula2 tadi. huhu)
16) Along Usop
17) Syed Graphix, (alahai pemalunya bro sorang ni)
18) Nor Azlan Mazli (stailo lah)
19) Aslan As (akhirnya jumpa gak!! Haha)
20) Bro Framestone (akhirnya jumpa gak... jugak. in person. haha. nice2)
21) Ijai Jejai (Jejai? suka terjah artis dia ni, haha)
22) Ahmad Jer (aktif betul dia hari ni haha)
23) Kirin Selama Perak (the KSP! hehe)
24) Zikrey
25) Kudin Oppa
26) Mas Ahmad Safwan
27) Aina Aimi (THE aina aimi, hehe)
28) Fiera Fieryhot (hari ni 1st time tgk dia pose atas arahan jurugambar Nisa Kay haha)
29) Tia Fazunia (vogue as usual)
30) Fariera Hasanz (tak makan , minum je, sambil tersipu2 tengok Bro Framestone)
31) Nisa K (yang dimaksudkan dalam 28 hehe)
32) Cik Bulat (designer paling meletop thegarang.com hehe)
33) Farah Hudson (dan rakan seblognya, sorry, lupa nama =_=)
34) Tengku Mahira (kerabat eh? hehe)
35) Iera Kan (kawan pada orang nombor 36 yang sweet)
36) Riben Putih (yang sweet, mcm nombor 35 gak hehe)
37) Siti Sabariah (wow. #motif-ckp-wow?HAHA)
38) Yana Nanako
39) Ann (Robin latest, DarkBatman punya SideKick hehe)
so total, lebih kurang 37 orang . Ini tak termasuk nama yang tak teringatkan sebab tak berbual sangat dan tak dikenalkan diri =)

Ramai kan?

So, apa yang kita buat kat sana?

29 May 2011

Amendelah 2 : Man U kan Selalu Nak Menang ajek

Bila kita sedar hakikat bahawa, apa pun yang terjadi pada kita, sebagai manusia Muslim, kita semua ini 'sudah ditentukan', dan kita redha, bersyukur dan belajar dari sisa hidup... apa yang akan kita respon, kalau dikatakan, semua, lumba kereta, lumba basikal, basketball, badminton, wrestling, termasuk  match bola sepak Man U - Barca tadi SUDAH DITENTUKAN?


Kalau tak ditentukan, macammana industri bookie nak cari makan? Ngee~
Apapun, kalau dah percaya sbaliknya, terpulanglah. =)

Amendelah: LYNAS dan Ryan Whateva

Antara membeli gula2 cerita berjenama LYNAS dan minum secawan kopi berjenama KAPAL API KARAM (LAGI 4 BULAN expired kot), aku hanya nampak mulut yang berapi dan minda yang membuta tuli. Haruskah begitu?


LYNAS : Baca lagi di Sini, Sini dan Sini.

Rasa macam sangat lama tak introspect (muhasabah diri) tentang kuasa yang kita ada dalam menentukan apa yang orang sekelling kita terima atau tidak. (Baca: Bakal terima).

Nak baca lagi?
Betul ni? Panjang tau entri lepas ni... tak kisah ke?
Betul nak baca lagi? Okay, you asked what you asked for. Jemput baca =)

28 May 2011

Mencari Diri : Percaya

Kepercayaan adalah isu terpenting dalam hidup manusia.

Tak kisah dalam keadaan apa pun.

Baik sebagai manusia biasa, pelajar, pekerja, ibu bapa, atau anak2. Juga rakan.

Perkara yang buatkan kita rasa mahu hidup adalah rasa dipercayai dan diterima dalam hidup orang lain.


Kita mampu ubah macam2 keputusan hanya atas rasa percaya. Benar atau tidak, para pembaca boleh nilaikan.

Hakikatnya, saya merasakan isu percaya itu sangat dibantu oleh :
1) imej kita
2) kemampuan kita

Orang mungkin percaya kita kerana kelebihan dan kemampuan kita.
tapi orang yang sama juga boleh memilih untuk tak percaya kita, kerana imej kita yang mungkin memaksa hatinya utuk tidak mempercayai kita.

Kerana imej, sentuhannya adalah pada hati. Sedang ability, atau skill, sentuhannya pada minda.

Untuk itu, saya minta maaf andai selama ni, saya berkawan dengan kamu, banyak nya perkara yang buatkan kamu hilang kepercayaan pada saya.

Saya sedari, kehilangan kawan lebih mudah dari membuka hati buat kawan baru.

Apapun,kita semua manusia memang berdikit2 dalam mencari dan membina percaya.




p/s: Buat syarikat hosting, biarlah lengkap semua system barulah all-out. Saya minta maaf, saya memang perlukan hosting yang sistem support nya mantap. Sebab saya tak cukup pakar kalau nak troubleshoot, lain la kalau laptop atau CPU sketul depan mata.


p/p/s: Disebabkan second migration, saya sedang dalam proses mengubah configurasi script dan menghalakannya ke google. harap maaf kepada customer yang marah sebab dah bayar, tetapi hilang pulak header nya har ni, saya sedang mengalihkannya berperingkat2.

p/p/p/s : sesudah semua siap, saya akan kongsi cara nak upkan flash ke google

27 May 2011

Berkreatif Di Flash Header VIII

Dalam design, adalah penting untuk kita buka minda pada new possibilities, lagi2 bila terjumpa dengan masalah.

Perlu initiatif.  Perlu force diri untuk cari solutions.

Lagi2 bila kita serius dan jadikna ia sumber income yang seronok. Sebab apa?
Sebab bukan semua orang dibayar untuk buat something yang dia sangat minat. =) Jadi, Fahmi Mahat, sila buang ke tepi isu 2 emosi tu sebentar dan fokus pada ini! HAHA

Jom3, kita tengok design yang dah siap takat hari ni!

seridamai.net


Blah! Ini Port Gua!

Satu hari, sekawan lembu pergi meragut rumput di tempat favourite mereka. Cantik. Tapi memang tempat ni serius diorang suka sangat. Tempat ni selalunya memang banyak rumput2 yang segar

Selalunyalah.

Tapi hari ni, diorang tengok rumput tu semua takde dah. I mean, kurang lah.

Nun di hujung, diorang nampak ada sekor lembu tengah rileks2 macam baru lepas makan rumput yang sangat banyak aje. Muka riang. Mata stim. Kenyang sangat lah tu?

Dengan hairan dan geram, diorang pun berlenggang dengan pantasnya ke arah lembu ini.

"Woi!" Apsal kau abiskan rumput2 ni?" Dogol, ketua kumpulan lembu ni dah start moody.

Lembu yang seekor tu diam je. Sengih.

26 May 2011

Flash Header VS Image Header

apa pun cara,
mengertilah aku,
tidak ada yang mampu,
menandingi kamu.

bila bersuara
hilanglah nestapa
bawaku ke sana,
tak terjangkau hati

bila kau memandang,
saatku terhenti,
membawa harapan,
jauh ke angkasa

..

tak bisakah
engkau hadir sekali ini,

tak bisakah terbuka hatimu lagi..

tak bisakah kau kirimkan kata-kata
yang terlukis dari hati
untuk hati..

===========================================================

Haha. Mengarut lagi :D Abaikan yang atas tu. Tajuk asal entri ni adalah :

Kenapa Anda Harus Gunakan Flash Header dan bukan Image Header?

Kembali semula kepada design. Jom kita kenal pasti kenapa sebenarnya Flash Header ada kelebihan berbanding Photoshop Header, jom!

25 May 2011

Sepah Juara Maharaja Lawak Musim 1?




Tanah Runtuh di Malaysia. (Kasihan remaja anak  yatim tahfiz ini. namun Allah Maha Menyayangi mereka)
Debu gunung berapi (sekali lagi?) di Europe.

Gempa Bumi tak lama lagi di Iran.

Tsunami micro di Jepun.

HAARPed? You bet. Dan kita semua sedang seronok2 guling2 tengok Sepah sepah2kan tembikai kuning atas pentas dengan kaki terhiris oo-em-jay,oo-em-jay, dan berharap gila mereka jadi Maharaja Lawak Musim 1.

Sampai sanggup google dan tengok sapa yang sedang buat prediction tentang Maharaja Lawak Musim 1 punya juara?

Ironik, kan? Dalam pada kita melatah isu Allah , kristian, islam agama rasmi, do we even care about what we are thinking,watching or doing right now? :) (dan sedarkah kita actually isu Kristian - Allah - Islam ini juga dimunculkan sebelum pilihanraya? dah dua kali jadi macam ni, perasan tak?Haa, jangan nak buat muka terkejut hehe )

Tak, tak. Saya tak akan bajet maksum atau baik pun, sebab saya pun bila stress, duk cari gak bahan2 untuk dibuat gelak. :)

Cumanya.. saya fikir. Sekarang macam ni.

Kemudian, apa?

Harga minyak naik perlahan2. Duit gaji praktikal + jumlah total income menaik, namun kuasa membeli menjadi kecil.

Sama ada saya memang sedang dalam mode skeptikal, atau saya sedang menipu diri sendiri, saya tak mampu lari dari rasa tanda tanya.

Dan juga rasa ingin kita semua sedar.

Bahawa semakin banyak movie dikeluarkan di pawagam, semakin banyak isu2 dalam dan luar negara yang membabitkan perubahan geo-structure bumi, semakin banyak isu2 yang dipolemikkan, sedarkanlah diri kita bahawa..

24 May 2011

Berkreatif Di Flash Header VI

Tersandar pada perdu ini,
dan kutatap jauh dalam matanya,
ada sinar harapan yang menyala.

Kembalikan lah aku pada hati itu.
=======================

Haha. Merapu lagi. Jom3, sementara ada masa, saya nak kongsikan hasil2 kerja yang terkini.

 =)

www.kidzhome.com.my

www.darkbatman.com


faizalfredley.com

macamnilahkita.com

wwww.fadzli-rt.blogspot.com


antara header yang mencabar , menggalakkan saya explore OnMouseEvent, setProperty dan conditioning dlm AS2.

Tapi belum hadam lagi. :(

Bila Wordpress jadi Heart CMS

Bila rasa resah kerana kehilangan pemacu hati (heart-drive) cuba direalisasikan dalam bentuk flash, inilah jadinya.

Andainya Wordpress tu boleh dianalogikan kepada Content Management dalam hati sekarang ni, inilah yang berlaku.

Nak tahu apa jadi? cuba gerak2kan mouse anda di atas skrin tu.


Tolong selamatkan aku. Aku merayu padaMu ya Allah, bantulah aku buka hati dan rasa ni untuk orang lain. Kesian mereka. Kesian kat hati aku sendiri ya Allah~.....




Aarghhh! jiwa kacau. Haha.

Nak belajar buat mcm ni? betul tak tipu ni? Okay jom!

23 May 2011

Birthday itu Hari Lahir


Bila Birthday tiba, ramai orang yang gembira.

Sebab gembira tu , biasanya :
a) dapat hadiah dari orang yang kita harap2kan dari dulu lagi
b) dapat wish tak terhingga banyaknya , Kalau dulu takat dari phone,  sekarang ni duk mengira wish di Wall Facebook dan RT2 di Twitter. Diorang lah, bukan saya. :D
c) dapat prank yang maha hebat. Haha
d) yang blogger tu, untung2 dapat vlog barang sekilo dua dari blogger lain. contohnya cam ni di Kayif.com buat Ayie.


Tapi ...

Menegur: Antara Teknik Dan Taktik


Dalam 4 hari ni, saya rasakan, antara isu yang best berlegar2 sekitar blogosphere tentulah 2 Perkara kan?

1) Pirates of Carribean
2) Nur Kasih the Movie

tapi dengan tak disangka2, muncul lagi 1 perkara kesan kemunculan Nur Kasih the Movie. Apa dia? Rasanya dah ramai yang tahu, cuma mungkin saya yang lambat fikir dan respon..

3)isu pelakon Nur Kasih (kita pendekkan TZ,) dan rakan seblog kita, solihinzubir.com (kita pendekkan SZ, eh, lebih kurang lak nama mereka).


22 May 2011

Senyumnya Si Matahari



Senyumnya mentari,
takkan sama dengan senyum dari hati,
kerana senyum dari hati
lebih terang
andai tak sepanas senyumnya mentari~

^^
Untuk contest ni, saya dengan sukacitanya tag:
Fiera Pirot (sebab dia suka bergambar)
Kyerul L Fresco (sebab dia suka bergaya)
Nordiyana Khairudin (sebab dia stailo.err, sama ke dgn y kat atas? ntah. )

Entri khas untuk contes sunshine smile. nak join? Jom baca kat bwh~=)


diserang Lanun KLCC

Nyatakanlah apa adanya dalam minda,
namun,
bila letih menguasainya,
sebelum ia hancur,
haruslah aku rehatkan,
biar minda ini akan terus mampu ada
untuk kamu, kamu dan kamu.

Semalam adalah hari yang menarik untuk diceritakan di sini.
(Kenapa Fahmi, apa yang best sangat tu?)

20 May 2011

Mencari Diri: Sebuah Pemergian

Mata hati pun terbuka,
Bila kebenaran itu kembali ku sua,
hakikat pemergian manusia,
takkan pernah sebenar2 Muslim menolaknya.

Sedang Nabi kita pergi akhirnya,
tinggalkan hikmah, pedoman, dan kata2,
meski Nabi bukanlah dia,
tapi dia adalah insan, juga insan yang mulia..

saat pertama ku menatap mata itu,
mata yang hanya kulihat mungkin di celah sini dan situ,
ku tahu banyak cerita yang ingin diberitahu,
mungkin sebab itu,
kita dijumpakan di wadah yang satu.

Allah  Maha Menyayangimu,
meski ramai makhluk di bumi menyayangimu,
izinkan ku dakap penuh pengertian tiap katamu,
izinkan kami mengiring sekalung fatihah buatmu.

Meski tak pernah benar bersua,
namun sentuhanmu pada hati-hati kami,
kan tetap mengalir, segar dalam ingatan,
sesegar persahabatan di alam penulisan.

Al- Fatihah buat blogger blog TelurDibasuh.blogspot.com, Abdul Hakim Kamal..



Meski cuma jumpa sekali di shoutbox.. pun dah rasa kehilangan. apekan korang yang selalu beep2,ping2 dan-segala-macam-bunyi-yang-boleh-buat dengan dia. Aku pernah kehilangan seorang kawan  baik yang takkan kembali sampai bila2.. Dear reader, lebih2 yang kenal arwah, i wish i'd be there for you now, so I can help you alleviate the pain, and share the grief together..

19 May 2011

Pinky Moo: Behind The Scene




Seperti yang dijanjikan, behind the scene. pinky moo, :)

Flash Header
Saya gunakan motion guide untuk thePinkyMoo punya lembu. Motion guide yang dilukis adalah separa elipse.
Fully vectorized, maksudnya, image  lembu yang ada telah ditrace. Dan objek lain dilukis dan dibentuk dalam Flash.

Pengumuman Penting Sekali Lagi!

Dalam masa yang semakin suntuk, sementara menunggu hosting dan domain propagation, saya mengambil keputusan untuk relocate semula flash2 header yang pernah disiapkan ke username lain.

Namun demikian, inisiatif ini tetap punya risiko. Kepada blog dengan hosting berbayar, dan traffic lebih dari 800+ sehari, saya cadangkan file ini anda upkan ke server anda terlebih dahulu. Saya akan upkan file link ke FB anda, dengan syarat anda perlu check purata traffic current sehari anda, dalam pageStat.

Saya jangka masalah ini akan disiapkan dalam masa kurang dari 36 jam, bermula jam 9.00 PM tadi.

Langkah yang saya ambil buat masa sekarang adalah:
1) retrace email + contact link semua customer untuk saya sendkan file asal (3-5 jam)
2) siapkan username dan gallery flash header baru, temporary (30 minit-1 jam)
3) hold tempahan setakat hari semalam (18/5/2011) dan siapkan mana yang ada dulu sampailah perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. (done)
4) study coding untuk cache download with group. cache download akan mengurangkan beban yang diakibatkan oleh traffic ke atas bandwidth, membolehkan komputer mengakses header flash dari diri sendiri, dan hanya mendownload dari remote apabila ada perubahan dari header flash asal. (3,4 jam)

Sekian laporan buat masa ni.

Tukang Flash Header,
Fahmi Mahat

Mencari Diri: Kosong

Kosong,
Sekosongnya ruang yang hampa,
aku rasakan kini.

Meski jejarum waktu terus berlari,
Meski jejari roda masa putarnya belum terhenti,
meski awan dan arus tetap bergerak
menyusuri hari,

Namun aku relai,
dan senyumku tak lagi benar akan kau lihat,
seperti hari sebelum ini
yang lebih terang sinarnya dari mentari.

Apabila peminjam kunci masih belum memulangkan
sedangkan sudah perlu kuganti perabut2 yang pernah terisikan
agar kosong tak lagi ku rasakan..
agar taman hati berganti tiang serinya.

Pulangkanlah kunci itu,
agar bisa kuhias taman hati ini dengan tiang astaka yang baru.


18 May 2011

Mencari Diri: Hilang Dalam Masa

Berhenti di sini,

dan ku melihat ,

dalam geluk masa ini,

hanya ada aku.



Dalam bayang-bayang masa yang pegi,

aku lihat kamu.



Dan dalam masa yang akan datang,

jua aku lihat kamu.



soalnya,



...



Adakah kamu mampu lihat aku,

atau aku hanya dihujung matamu,

dalam pandanganmu pada insan yang

mungkin lebih unggul dari aku?



Mungkin aku tak bisa,

dalam semua perhentian masa hidupmu,

tapi tidakkah aku ini pernah ada dalam hidupmu?



Mungkinkah sudah cukup aku dalam masa silammu,

tapi aku rasa aku masih perlukan kamu.



Janganlah pergi.





17 May 2011

mencari diri: Hari Guru, Ibu dan Bapa Combo

Harapnya tak terlambat lagi untuk buat entri nih.... =)


Hari Guru mungkin disambut pada 16 Mei di seluruh Malaysia.

Tapi bagi saya, sama seperti hari Ibu dan hari Bapa, saya sambut setiap hari.

Macamana?

Cuba kita tengok doa nih =)

YaAllah ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua IBU BAPA kami , dan kasihanilah mereka seperti mereka masih mengasihai kami sedari kecil lagi..

Dan juga kasihankanlah buat GURU2 kami, orang2 tua yang kami hormati, dan buat seluruh Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat, dari yang masih hidup ataupun yang telah pergi dari sisi kami~


Cantik kan Islam~? =)

Takde nak ada hari2 bagai gini. Tu semua untuk penuhkan cuti dalam kalendar je  =)

16 May 2011

Harga sebuah Setia



Suatu hari, di senja yang sangat indah, Xantania berkata kepada bakal kekasihnya Phytocum, "andainya kita ditakdir menjadi pasangan kekasih, sudikah kanda menemani dinda sepanjang hayat?"

Phytocum yang pada masa itu hanyalah ketua panglima kepada ketumbukan Nanopawaka, tahu bahawa Xantania adalah orang yang paling rapat di hatinya.

Xantanialah orang yang paling dia ambil berat selepas ibu , ayah, dan adik beradiknya sendiri.

Masakan dia tidak suka Xantania?

Namun Phytocum juga tahu, Xantania ketika itu sedang mengalami masalah perhubungan dengan Putera Armisephos, spoilt brat dari Istana yang hanya tahu bermain psilon dengan suara yang sedap buat mencari wanita pengisi masa lapangnya.

"Xantania, andai kanda menerima dinda lebih dari sekarang, apakah jaminan yang dinda tidak akan lagi bersama Armisephos?"

"Kanda tidak mahu dinda bersedih2 lagi. Kanda sanggup menemani dinda, mendengar masalah dinda, menjadi penghibur dinda waktu dinda suka dan juga waktu dinda dalam lara.  Kanda juga kanda seorang panglima yang kelakar juga. Kan? Cukupkah itu sebagai jawapan kanda?"

Pada masa itu, Phytocum sudah pun menyerahkan jiwa raganya pada Xanntania. Dan dalam hati Phytocum, cumalah Xantania.

Cintanya terkunci, dalam hati Xantania.

Xantania tersenyum manja.  Phytocum tersenyum saja.

----

Biarpun tugasnya sebagai ketua panglima ketumbukan memungkinnya mendapat wanita tercantik dari wilayah2 taklukan.

Biarpun tugasnya sebagai ketua panglima ketumbukan memberikannya peluang untuk meninggalkan wilayah berjauhan, dan berfoya2, dan mencari wanita yang lebih baik.

Bukan tidak ada wanita yang sanggup memberikan lebih dari itu.

Dalam Nebula-Sohaab, rangkaian sosial online, Phytocum sedar dari jumlah rakan taliannya yang mencecah hampir 5 angka itu, 89% adalah wanita yang mahukan dia lebih dari kawan.

Tapi Phytocum bulat hati. Dia sedar dia bukan lagi muda. Dia sedar banyak kesilapan yang pernah dilakukannya.

Dan dia mahu menghentikan itu semua dengan memilih Xantania sebagai suri hatinya, buat selama2nya.

Buat tahun pertama, mereka berjalan dengan baik. Dari taman ke taman, segala bungaan dan rumput menjadi saksi, betapa akrabnya mereka.

Tiap kali Phytocum balik ke wilayah halaman, sebulan sekali, sekurang-kurangnya, Xantania pasti dikunjungi berbual2 mesra, bertukar-tukar senyum tawa dan berkongsi duka lara.


Namun, dunia juga semakin tua.
Semakin banyak peperangan yang semakin leluasa antara wilayah, termasuk wilayah2 dalam taklukan. Wilayah mahu bebas dari kuasa. Wilayah kekurangan perhatian dan kasih sayang. Juga wilayah yang kesempitan tenaga kerja.

Phytocum dinaikkan menjadi orang kanan Armada.

Phytocum terpaksa bekerja lebih keras: mempertahankan wilayahnya, juga mempertahankan maruah keluarganya. Setelah  kemalangan yang mengurangupayakan ayah ibunya, Phytocum antara anak yang dipertanggungjawabkan untuk menyara kehidupan keluarga mereka.

Juga perhatian yang sedikit terkurang buat Xantania, namun selalu cuba ditebus dengan kiriman kiriman Bayu.

Tiba2, semalam, ketika hujan lebat menyerang wilayah, membanjiri kawasan agraria, Phytocum terpaksa menahan banjir itu ,bersama banjir yang ada dalam hatinya.

Perkhabaran terakhir dari Bayu memaparkan ucapan maaf dari Xantania.

Dalam amarah Tuhan yang lebat di luar, dan dalam amarahnya pada penghinaan, Phytocum melemparkan Bayu sejauh mata memandang.

Akhirnya Phytocum sedar, betapa selama ini, Xantania masih berhubungan dengan spoill brat Armisephos.

Dan akhirnya Xantania memilih untuk tidak menipu Armisephos , dengan kembali bersamanya.

Dan meninggalkan Phytocum sendirian. Dalam banjir yang cukup hebat di sudut hatinya.

Dalam diam yang sepi itu, Phytocum masih berfikir.. hingga ke saat ini.

Muliakah Xantania kerana memilih untuk menipu Armisephos yang tidak tahu bersyukur, dan meninggalkan Phytocum yang memilih harga sebuah setia, mengunci cinta hanya buat Xantania dan bukan orang lain?

Berbaloikah pengorbanan Phytocum melepaskan Xantania agar Xantania boleh keluar dari hidup  yang menipu? Sedangkan Phytocum terseksa dalam rindu tak berbalas?

Berbaloikah?

Agraria: kawasan berlembah yang sangat sesuai untuk tujuan pertanian.
Bayu : sistem perhubungan kalis cuaca. Bentuk pesanan ringkas tercanggih, dengan uptime 99.97. Mampu digabung bersama sistem rangkaian sosial Nebula-Sohaab.
NanoPawaka: ketumbukan tentera dengan jentera dan perkakasan berteknologi nano. Dari sekecil2 pisau kepada sebesar2 kenderaan perang, teknologi kekulit nano memberikan keupayaan lebih dan perlindungan dari kerosakan berterusan.

Nebula-Sohaab : Di dunia kita, ia adalah Facebook.

psilon: alat bunyian semacam gitar. Melepaskan notasi double-octet. Khabarnya penciptaaan psilon adalah diasaskan dari kitab Al Farabi tentang octave of music.

Cerita di atas ADA kaitan dengan yang hidup tapi  bukan yang mati.

Pengumuman Penting

Pengumuman!!

Pada semua tempahan Header Flash, kurang dari 48 jam, andainya masalah flash header "image not found," masih tidak selesai, saya akan mengalihkan semua flash header ke server baru yang unlimited bandwidthnya.

Proses pengalihan adalah percuma, dan semua penempah dinasihatkan agar turut sama membuat bekup template, selain bekup template anda yang masih ada dalam simpanan saya.

Hanya perlu ke Design > Edit HTML > download Full Template.

Segala kesulitan anda amat saya kesali, dan saya jamin masalah ini tidak diusahakan untuk tidak berulang lagi.

Tukang Buat Flash Header yang sayang customer2 nya semua,
FahmiMahat

Pinky Moo:Behind the Scene

Semua dah berubah. Totally changed.
Suddenly i'm not even half the man i used to be.

Maybe betul kata orang.
bila kita menangis kerana Allah dan untuk Allah, hati akan jadi lembut.

Tapi  bila kita mengalirkan air mata untuk manusia, (untuk sebab yang negatif, of course) ada kemungkinan hati kita akan jadi keras, penuh dendam, and hatred.

Now I understand why would someone choose to be orang minyak instead of choosing a better path of life.

It's like, when you can't get to that masterpiece, you'd rather destroy every masterpiece available, so everyone else can't get to it the same way that you do.

:)

Thanks for the memory.
And don't u worry, I wouldn't be orang minyak because of you. I would rather be an entrepreneur so I would always be better than him. Manager pam minyak pun okay. :D

Get a life , both of you. Cheapskate.

Okay, cukup. :)

----------------

 Sebetulnya post ni nak becerita the making of Pinky Moo. Sorry atas tu cuma luahan geram jek.  Apa, tak tengok lagi blognya? mehlah, jemput ke sini.~ =)


Mencari Diri: Gath Blogger SB melayang2~


Kredit dari masikarfan.blogspot.com



Meriahnya petang ini.

Penuh dengan bisik2 gembira.

Tawa.

Dan suka.

Indahnya!~

Meski kau hadir cuma sementara,
kita tetap berbual bagai sudah kenal lama.

Meski angin itu cemburu pada kita,
tetap layang2 tinggi, kita terbangkan sama.

Meski dalam hati tak kurang lebat hujan
bagai rintik yang tak pernah akan sampai kesudahan,
wajah dihias haruslah secerah matahari,
kawan2 bukanlah yang ketiga atau keempat, dan
yang tak harus ku papar hujan di hati..
Kredit buat Nisa yang juga dari masikarfan.blogspot.com

kata orang, kawan mungkin tidak akan selamanya bersama,
kahwin pun tak semestinya dengan kawan yang sama,
betul?

namun,
kata aku?

aku kata,
senyum kawan itu, bagai permata
cukup jari di tangan, lengkaplah sifat manusia.
tapi tak cukup meriangkan, andai tiada permata
menghias jari..

hadir kawan itu bagai keretapi
ditumpang buat bersusah2, dikongsi bersama dalam bergembira


hadir kawan itu bagai lauk makanan
boleh, andai makan nasi kosong,
tapi tawar,
khasiat tiada.

dan aku gembira,
ada kamu, sebagai kawan.
kerana aku tak akan pernah tahu,
betapa hidup indah,
bila adanya kawan2 seperti kamu.

What do I get from all these moments? Priceless! =)

14 May 2011

Review Filem: Fast Five


Once a family, twice a family. Eh, salah kut?

once a family, always a family :D

Inilah antara mesej yang cuba dimenangkan dalam Fast Five.

Cemas dalam Harap

Cemas bila blog tak dapat diakses, kan? Tipulah kalau tak rasa apa2. Cuma saya cuba alihkan tumpuan aje, walau saya sedari masalahnya tetap kekal ada. :)

Alhamdulillah, Blogger.com kembali pulih selepas hampir 36 jam tersadai.

12 May 2011

Mencari Diri : Teringinnya~!

List2 Movie Wajib Tonton kalau pegi gathering lagi pasni:

1) Thor 
(hak elah haiii, alak lambat sangat lakkk~) :D


2) Fast n Furious 5 

(peh smart keta GTR tu, knight rider baru pakai kereta ni laa)
3) Pirates of Carribean: The Stranger Tides
4) Kongsi (nak tengok Shahiezy berlakon lagi, okay ke dak)
5) XMen First Class
Diambil dari FlicksandBits.com

Aci kerat jari, Pirates of Carribean kali ini akan ada kaitan dengan Nusantara gak, mcm Hikayat Merong Mahawangsa. Aci tak, aci tak?

Menunggu review dari orang2 yang dah tengok. Korang , cuba citer  sikit cerita2 ni okay ke dak?

p/s: X Men First Class dengan Transformers 3 bila keluar eh? Ke dah keluar?

11 May 2011

Berkreatif Di Flash Header: IV



Mengejar due yang dah berzaman rasanya. Tercungap2. Tapi still perlu go on dan keep up untuk kejar KPI sendiri.

Tengoklah hasil yang disediakan ni pulak~ =)

10 May 2011

Hanya Menunggu


Dan ku nafikan senyum insan lain
hanya tuk menunggu
senyum dari kamu
senyum dari kamu

dan ku nafikan rasa insan lain
hanya tuk menunggu
rasa dari kamu
rasa dari kamu

dan maafkanlah aku
dan maafkanlah aku
dan maafkan atas ketiadasengajaan

dan maafkanlah aku
dan maafkanlah aku
kerna belum mampu hilang dari rindu

Miss you so much... 

Mencari Diri : Training II


Anak itu tersenyum ketika melihat saya. Adakah dia tahu apa yang saya fikirkan ketika saya merenung ibunya, ayah nya , dan juga merenungnya?


Hakikatnya, dalam rosaknya telefon dari program fasi hari tu, saya menemukan lagi hikmah tentang kesombongan dunia dan pengaruh material dalam menentukan jatuh bangunnya jati diri anak dan keluarga.

(peh intro, poyo tak, poyo tak)

Ni lah rupa telefon yang masuk air tu


tapi bukan henfon ni yang saya repair. Sebetulnya saya repairkan henfon yang ini, sebab .... saya yang buat rosaknya jadi makin teruk~ =(



09 May 2011

Mencari Diri: Training

Dewan di Alang Sedayu. http://www.klwheretogo.com/attractions/outdoor/jungle-lodge-alang-sedayu/



Kalau dulu cuma ber'weight training", tiga hari lepas saya 'training' dalam erti hidup yang baru. Saya telah diamanah menjadi fasilitator untuk program Smart Camp anjuran Sekolah Islam Swasta Al-Imtaar, bertempat di kaki Gunung Nuang Alang Sedayu, Batu 12 Gombak.
Training yang menemukan saya dengan sisi hidup yang sukar untuk saya elakkan~ (saspen2)

05 May 2011

Berkreatif di Flash Header III



Meskipun saya sedang mengalami ribut kosmik dalam hati, Alhamdulilah, tempahan kali ini, masih boleh ditempatkan dalam kategori 'siap'.

Setelah menempuh beberapa kesukaran, antaranya,

Blogging: Cyberwriting atau Cybershmucking


Blogging mungkin tak semudah bowling, lempar,  hentam  bola, samada split, strike atau longkang.
Perlu fikir isu, entri, opening dan closing.
Perlu fikir reader.
Perlu fikir sentimen yang mahu dipertimbang atau dijaga.

04 May 2011

Testing Background Transparent

Hmm.... Sapa suka gi langkawi? Haa, ni saya nak iklankan ,homestay kat langkawi antara yang best. Mai2 tengok. Saya buatkan header ganti untuk admin blog nih =)

Mencari Diri:Bila Harus Memilih II

Persoalan memilih antara ni, bukan lagi nak pilih antara sapa lagi cantik, atau sapa lagi hensem.

It goes way beyond that.

03 May 2011

Tak Salah Berharap



Harapan adalah fitrah manusia. 
To be human is to be hopeful, and to be hoped for.

Sebab itu dalam Islam, selain konsep Taqwa (berjaga-jaga dalam melaksanakan wajib dan meninggalkan yang haram), kita ada konsep "khauf" (takut membuat Allah marah dengan kita) dan "roja" (berharap Allah selalu senang dengan kita).

Kerana harapan adalah antara kuasa paling kuat dalam membantu manusia menjadi manusia yang lebih baik dari hari ke hari, masa ke masa. =)

Tetapi, ada beberapa perkara yang kita perlu sedar tentang harapan, berharap dan juga memberi harapan.

Apa Ada pada Follower #200


Wooo~
Maybe achievement ni tak lah seberapa sangat , tapi pada benchmarking saya, serious, tak sangka sangat2, da ada lebih dari 200 followers.

Terima kasih pada sang follower-sang follower semua ~ =)

Sebetulnya itu bukanlah fokus utama entri saya kali ni. Tapi saya sebetulnya nak highlight kat sini :

Berkreatif di Flash Header: Next Design II

Hasil kerja terbaru disiapkan, buat miss Wawa Abdullah. Ini header asalnya~


02 May 2011

Mencari Diri : Adventuras III


Melangkah ke majlis walimah kawan yang seorang ini, perjalanan nya saja telah membawa saya mengimbau kenangan yang bukan sedikit.

Jalan-jalan yang saya lalui dari Exit Tol Pagoh ke Durian Tunggal ini, adalah jalan-jalan yang saya pernah lalui dengan kerap, sekitar tahun 2009-2010.

Tak kira dari sudut mana pun, pusing-pusing akan nampak bayang-bayang yang sama.

Betul orang kata, jauh berjalan, banyak pengalaman.

Masalahnya, kalau pengalaman itu bukan semestinya pengalaman yang kita suka untuk ingat. Maka melaluinya semula adalah pengalaman yang mampu membuatkan kita rasa bersalah tak semena-mena, walaupun pada asalnya kita berusaha dan bersungguh2 untuk datang dengan gembiranya.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header