PERTAMA
Google sekali lagi mengubah algorithm ranking blog mereka untuk blog layout bagi iklan.
Despite mereka yang mencipta susunan iklan terbaik untuk Google Adsense, 2 hari lepas, 24 Januari 2012, , mereka mengeluarkan kenyataan bahawa, Blog dan Site yang memiliki iklan dari paras atas header ke bahagian yang paling akhir visiblenya, mampu dilihat oleh mata, pada skrin, iklan semata-mata, bakal jatuh macam nangka busuk.
Blog-blog inilah yang saya lihat banyak di Internet Malaysia sekarang ini.
Blog yang entrinya jauh ke bawah, ditolak oleh iklan yang banyak. Tidak kira iklan sendiri, atau iklan syarikat pengiklanan berbayar.
Apa akan jadi pada blog yang memang mengejar trafik untuk syarikat I dan N? Syarikat A? Tak payah fikirlah.. sebab memang semua akan kena!
KEDUA
Blogger akan ramai yang rasa tertipu. Kerana mereka berblog bukan lagi semata untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk mengejar trafik demi mendapat first page Google, dan mendapat keistimewaan syarikat pengiklan.
KETIGA
Manusia yang mengendalikan syarikat pengiklanan dengan cara seperti ini, andainya mereka masih memilih untuk tidak mengubah sistem skrip mereka, samalah seperti psikopath yang membunuh blogger secara bersiri.
Memberi blogger harapan untuk hidup berblog yang lebih baik, income yang lebih stabil, cuma salin, goyang kaki dan tunggu duit masuk, lalu memusnahkan blogger bersama sifat, kebolehan, dan bakat penulisan yang mereka ada perlahan-lahan.
Mungkin ia ekstrim. Tapi hakikatnya, tak semua di dunia ni manis macam aiskrim. Truth somehow hurts.
Andai anda tak mahu percaya, terserahlah. Sebab tugas saya memahamkan, telah saya laksana.
Sekian. Terima kasih kerana sudi baca sampai habis. =)
p/s: Dari blog, mulakanlah langkah seterusnya. Kerana blog itu cuma PLATFORM. Bukan KARYA.
Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!